Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Sabtu 3 Dis 2016 jam 6 petang berlabuhlah tirai Perhimpunan Agung Umno 2016 dengan riuh rendah tepukan dan sorakan tanpa tujuan.Sejarah Perhimpunan kali ini terpahat bekas Presiden Umno yang ke - 5 Tun Dr Mahathir diusia 91 tahun diserang bertalu-talu dari Presiden Umno yang ke -7 Najib Razak yang sedang mengalami krisis Wala' (Kesetiaan) dari kalangan ahli akar umbi Umno dan rakyat Malaysia khusus bangsa Melayu yang beragama Islam.
2.'Terkejut beruk' rakyat Malaysia bila Presiden Umno Najib menjadi pengugut Wala' dari perwakilan dan ahli Umno serta rakyat Malaysia.Yang terkejutnya sebagai Presiden Umno Najib meminta,memaksa dan mengugut kesetiaan (Wala') dari mereka .Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan (Wala') oleh orang bawahan atau rakyat keseluruhan.
3. Kini Wala' sedang menjadi kalimah peras ugut oleh pemimpin di kaki lima jalan bila ada pemimpin yang tidak lagi mendapat sokongan ahli parti dan rakyat terbanyak walaupun dengan dedak BR1M dan sebagainya rakyat faham apa itu erti wala' dan pada siapa yang mereka harus berwala'.
" Wala’ tidak boleh melahirkan orang yang mengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli.Sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.
Setia membuta tuli hanya akan menghancurkan masa depan negara".
WALA' DIPERAS UGUT
4.Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwala' kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.Dalam kontek parti, Khalifah itu adalah Presiden dan dalam kontek negara Khalifah itu adalah Perdana Menteri walaupun seorang yang mengamalkan Klaptokrasi ( Pencuritokrasi).
5.Umno sebagai pertubuhan berdaftar kini sudah bertukar pendekatan menjadi seperti kumpulan kongsi gelap,gengster dan mafia yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.
"Seperti ahli kumpulan Mafia yang belot atau kianat ( tak wala') kepada ketua dan kumpulan akan dihapus.
Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno dimana mereka yang bercakap benar menegak yang ma'ruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak Wala' pada Presiden dan dihapuskan (pecat).
6.Wala' sebagai istilah agama disalah guna untuk melindungi jenayah curi rasuah sang pemimpin. Wala' cuba dijadikan candu untuk orang bawahan dan pengikut memberikan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli walaupun kepada seorang pemimpin pencuri.
"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa".
Tahniah Najib menjadikan Wala' melindungi diri.
Tahniah perwakilan yang sudah pun pulang dan selamat sampai dengan 'dedak' yang berat.
Hoi.... hoi yahoi...hoi yahoi
Kita semua gembira
Hoi....hoi....ya
Kita pulang bawa harta
Wang berjuta
Intan permata.
#SiapaMO1
#Wala'CanduNegara
#Wala'UmnoNajibNegaraRosak
#SelamatkanMalaysia.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10:30am Hotel WP K.Lumpur
6 Dis 2016/6 Rabiulawal 1438H

pongpang2 tuang presideng hang pun walak kat lanun bugis mahfuz oii..
ReplyDelete
ReplyDeleteMungkin nanti ahli UMNO terutama perwakilan akan di lukakan hujung jari untuk di titikkan darah dalam mangkuk air yang ada titisan darah Najib Zahid dan lagi .. dan lagi.