Saturday, March 12, 2016

Tuntutan Reformasi

Tuntutan Reformasi - Mantan MB Selangor
----------------

Tidak ramai yg sanggup masuk penjara atas prinsip dan ketegasan perjuangannya.

Di sini Anwar Ibrahim menyerlah api perjuangan serta tuntutan refomasi yang dibawanya sekian lama.

Masyarakat Melayu terutama di luar bandar kini sedikit demi sedikit telah mula memahami apa yang dikatakan reforms atau refomasi ini.

Sejak tahun 1998 jeritan refomasi bergema dengan kuatnya di seluruh negara.

Akan tetapi pada hakikatnya tidak ramai benar2 memahami apa sebenarnya isi dan maksud refomasi ini.

Saya berada di suatu kampung kurang tiga puluh kilometer dari Grik Perak minggu lepas dalam program 'Melayu Bermaruah' anjuran PKR Ibu Pejabat.

Beberapa orang tokoh PKR seperti YB Abdullah Sani Ahli Parlimen Kuala Langat yang  juga selaku Pemangku Presiden MTUC serta Syed Ibrahim Ketua Penerangan PKR Malaysia dan lain2 pemimpin turut hadir di majlis tersebut.

Penduduk2 kampung yang rata2 penoreh getah keluar ramai  untuk mendengar ucapan2 dari pemimpin2 yang datang.

Biasanya kita ingat mereka tidak  akan faham dan tidak kisah dengan tajuk2 seperti 1MDB, RM2.6b dan GST.

Rupa2 saya silap. Mereka amat tahu dan berasa sangat marah kepada kerajaan Umno/BN dan berkata 'kami hidup menderita di kampong walhal mereka hidup bermewah2 di negara ini'. Harga getah cuma berapa sen sekilo.
Kami susah.

Hari ini cubalah kita bertanya mengenai tajuk2 di atas kepada orang ramai di bandar atau di kampung mereka semua tahu dan berasa sakit hati dengan apa yang telah berlaku.

Bila cadangan reforms atau refomasi dicadang kan terhadap institusi2 seperti perbankan, judisari, pentadbiran dan lain2 mereka pasti bersetuju dan bertepuk tangan.

Di sinilah kehebatan Anwar Ibrahim yang mempelopori gerakan pembaharuan dan reformasi hampir2 dua puluh tahun yang lalu.

Yang agak ajaibnya Tun Dr Mahathir pun bersetuju reforms atau reformasi ini perlu dilakukan sekarang seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Rakyat yang beliau sendiri tandatangani.

Selain mendesak DS Najib selaku Perdana Menteri untuk meletak jawatan perkara ke dua di dalam Deklarasi Rakyat menuntut reforms dilakukan di Malaysia.

Gelombang tuntutan reformasi ini sedang bergema ketika ini di bandar2 dan di kampong2. Kumpulan demi kumpulan diwujudkan semua berbicara mengenai reforms atau refomasi yang perlu dilaksana di negara ini.

Penyalahgunaan kuasa dianggap oleh rakyat terlalu berleluasa pada ketika ini. Dan membebankan.

Rakyat sudah amat bosan.

Jawapan2 dan penerangan2 yang dibuat oleh pemimpin2 Umno/BN seperti Anuar Musa Ketua Penerangan Umno Malaysia serta Menteri2 D Rahman Dahlan, Azalina, D Said Keruak dan lain2 bahawa gerakan untuk menjatuhkan DS Najib akan gagal kerena pada masa lepas mereka juga adalah taat kepada pemimpin termasuk menyokong tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Dr Mahathir.

Mereka ini pada pandangan saya tersasar dari seruan dan objektif ramai orang sekarang ini yang bukan semata2 mahu Perdana Menteri meletak jawatan tetapi yang lebih penting rakyat mahu intitutional reforms atau reformasi dilakukan segera di negara ini dalam pelbagai bidang dan pentadbiran.

Rakyat sudah bosan dengan scandal2 yang terlalu berleluasa berlaku di negara ini.

Kesah2 seperti yg berlaku di Mara, Tabung Haji, Felda dan lain2 menyebabkan rakyat kecewa dan marah.

Kalau pun Dr Mahathir sendiri sekarang ini menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia tuntutan reforms ini pasti bergema. Ia tidak lagi menjadi perkara kecil atau sampingan.

Kalau dahulu ia cuma slogan2 politik semata2 tetapi hari ini ia seolah2 sudah bertukar menjadi 'sunami' besar yg dituntut oleh rakyat. Dr Mahathir juga sudah menyeru untuk refomasi.

Menukar Perdana Menteri sahaja sudah tidak memadai.

Rakyat menuntut reforms atau refomasi dilakukan segera.

Dan inilah jasa besar yang disumbangkan oleh Anwar Ibrahim. Rakyat menuntut refomasi.

Refomasi !!!

TS Muhammad Muhammad Taib.

11 Mac 2016

No comments:

Post a Comment