Tuesday, March 29, 2016

Pembangkang dan kerajaan: Gajah tumbang di depan mata tak nampak, kambing rebah tiba-tiba menjadi celik!

Yang jelas 2.6b semua buta dan pekak, yang belum tentu RM2.8 juta tetiba celik dan melenting berguling-guling!

Kenapa tak biarkan SPRM menjalankan tanggung jawab mereka?


Hentikan serangan terhadap Guan Eng!

March 29, 2016
Ia telah mencalarkan aspek kebebasan media di negara ini apabila penyiaran beritanya memberi layanan berbeza terhadap pemimpin UMNO dan pembangkang.
COMMENT
lim-guan-eng
Media arus perdana perlu berhenti daripada menyerang secara keterlaluan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu banglo yang dibangkitkan pertengahan bulan ini.
Serangan bertalu-talu, setiap hari itu bukan sahaja membuatkan rakyat negara ini menjadi muak dengan berita yang sama malah, turut mencalarkan lagi aspek kebebasan media di negara ini dengan layanan berbeza antara tuduhan terhadap pemimpin UMNO dan pembangkang.
Serangan bertali arus oleh media-media arus perdana terhadap Guan Eng berhubung perkara tersebut setiap hari boleh dipersoalkan kerana siasatan mengenainya baru bermula.
Apakah semasa Dr. Khir Toyo mula-mula didakwa dan menghadapi tuduhan yang sedemikian rupa turut ‘dilayan’ seteruk ini oleh media arus perdana, sampai setiap hari berita di televisyen mengambil masa yang panjang ‘menyerang’ Guan Eng manakala akhbar pula menggunakan banyak muka surat untuk ‘menghukum’ beliau?
Media arus perdana di Malaysia yang diketahui tidak bebas dengan dikuasai oleh parti pemerintah terus dicengkam dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mengambil peluang ‘menghentam’ Guan Eng selaku pembangkang dan hanya memberi layanan lebih baik kepada pemimpin UMNO seperti Khir.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan telah memulakan siasatan terhadap Guan Eng ekoran dakwaan membeli hartanah di bawah harga pasaran dan sejak pendedahan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang pada pertengahan bulan ini, media-media arus perdana dari kategori elektronik dan akhbar berlumba-lumba memainkan isu tersebut.
Bagaikan ‘beruk mendapat bunga’, media-media arus perdana menyiarkan lebih banyak berita-berita yang bersifat negatif berbanding fakta-fakta yang terkandung dalam isu tersebut dalam usaha mereka untuk mencipta persepsi negatif terhadap Guan Eng, parti DAP dan seterusnya Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh beliau.
Sebagai pendokong isu-isu yang diperjuangkan oleh kesatuan sekerja di negara ini terutama kebebasan media, serangan ke atas Guan Eng secara keterlaluan ini diusahakan untuk mencipta sentimen negatif terhadap Guan Eng yang belum pasti dibuktikan bersalah.
Perbicaraan menerusi media dengan hukuman telah dijatuhkan menerusi penciptaan persepsi negatif di kalangan pembaca walaupun belum ada keputusan secara adil adalah sesuatu yang tidak sihat.
Sebagai seorang bekas wartawan, saya memahami modus operandi media-media arus perdana di negara ini yang menyedia serta menyiarkan berita-berita yang memihak kepada pemilik syarikat, namun, keadaan seharusnya berubah dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar pembaca mendapat maklumat yang betul.
Amran Ahmad merupakan pembaca FMT.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

1 comment:

  1. Dalam isu dap akhbar diarah menyerang habis2san supaya nampak berlaku penyelewengan.biasala laah.tak perlu ambil pot.ramai yg dah cedik.

    ReplyDelete