Wednesday, March 23, 2016

Tang ni aku sokong Zaid!

PAS tidak dijemput kerana terlalu bercanggah – Zaid

 | March 23, 2016
Parti Islamik itu selalu tukar kedudukannya berkenaan hudud dan penyelewengan, justeru menyukarkan kerjasama
Zaid-Ibrahim_pas_selamatkan-malaysia_600KUALA LUMPUR: Sikap PAS terlalu bercanggah dengan kenyataan mereka maka tidak membolehkan parti Islamik itu menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’, kata bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.
“Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…dimana Islamik-nya? Hari ini mereka mahu hudud, esok mereka kata tangguh dahulu…sebagai sebuah kumpulan reformasi, kita tidak boleh terima politik seperti itu. Lebih baik bagi saja PAS pada UMNO,” kata Zaid.
Beliau juga menambah perikatan pembangkang kurang beban dan lebih bersih tanpa pembabitan PAS.
Katanya, PAS tidak sepatutnya meliang-liuk dalam isu-isu besar seperti hudud dan demokrasi, serta menambah, “Samada kamu lawan penyelewengan atau tidak. Mereka (PAS) kata mereka lawan penyelewengan tetapi menyokong Najib (Razak) dan BN. Mereka kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak mahukan hudud, tetapi kemudian mereka bekerjasama dengan (IKATAN). Mereka tidak keruan.”
Walaubagaimanapun, dua pemimpin PAS iaitu ADUN Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, akan tampil dalam acara tertutup Kongres Rakyat yang dianjurkan Zaid pada 27 Mac depan.
“Husam dan Mahfuz masih dalam PAS untuk alasan strategik. Saya berpuas hati dengan pandangan mereka,” kata Zaid dalam temubual dengan FMT.
Husam, katanya, mewakili kumpulan sederhana dalam PAS yang melawan BN.
“Saya menjemput mereka bukan kerana mereka daripada PAS, tetapi kerana pandangan mereka. Saya mahu pemimpin yang mampu menuturkan pemikiran mereka secara jelas,” katanya.
Begitu juga dengan S Ambiga, katanya, yang dijemput atas dasar individu, dan bukan kerana beliau sebahagian daripada Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih).
Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lepas. Deklarasi itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan reformasi politik.

2 comments:

  1. Buat ape nak jemput pas.presiden pas dah selamatkan umno walau kena kincin.pas hanya ikut pru walaupun pemerintah langgar undeng2.kenyataan2 presiden pas menggambarkan pas bukan pembangkang kalau bangkang secara ekstrem.entah ape yg ekstrem

    ReplyDelete
  2. Pas parti broka dan barua umno.
    presidengnya munafik yg berbohong bila bercakap,memungkiri janji dan tidak amanah.bukti dah berbakul2

    ReplyDelete