Tuesday, March 22, 2016

'Ultra kiasu' juga yang salah?

Singapura adalah negara orang

Yang ramai pemimpin disekat masuk ke Sabah dan Sarawak tu siapa pula yang salah?


Ridhuan Tee dihalang masuk Singapura, salahkan ultra kiasu

 | March 21, 2016
Beliau menasihatkan rakyat supaya tidak terlalu percaya dengan golongan ultra kiasu yang tidak akan puas selagi tidak menguasai negara ini.
Ridhuan-Tee
PETALING JAYA : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau dihalang memasuki Singapura baru-baru ini dan dilayan seperti seorang pengganas oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Pensyarah dan penceramah bebas berkata, tindakan kerajaan Singapura itu berpunca daripada komen-komen yang dibuatnya terhadap golongan ultra kiasu.
Menceritakan insiden itu menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini, Ridhuan Tee menyatakan, beliau bersama rakannya pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi.
“Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.
“Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun diiringi sampai melepasi Tambak,” katanya.
Ridhuan Tee menegaskan, beliau tidak rugi satu sen pun apabila tidak ke Singapura tetapi hanya mahu mengingatkan bahawa betapa bahayanya ultra kiasu.
Beliau juga mahu orang ramai untuk mengenali ultra kiasu yang sebenarnya dan menyatakan ultra kiasu tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman mereka.
“Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata,” tegasnya.

2 comments:

  1. Pandai kata org ultra.
    Yg kao sendiri tu bkn ultra ke?
    Sedap mulut n jari jer menulis bedal org yg tak sealiran..

    Skrg rasa lah apa yg dah lama geng2 yg kao kutuk tu rasa...
    Kat forum pandai jer suruh org muhasabah..

    Nak tanya nape diam tak jwb psl plagiat tesis kao dulu...
    Org bkn nk tuduh kao tak tentu hala..org nal dgr dr kao pulak.
    Aku harap semua tu tak betul psl nanti jd malu plak imej agama islam yg kao bwk tuh...

    ReplyDelete
  2. Riduan Tee? Buang masa je layan mamat yang sama je IQ dengan Jamal tongkol tauke Ikan bakar. Sebab tak nak layan manusia2 bebal macam dia ni lah Kerajaan Singapura tak bagi masuk dalam negara diorang. Tak dak faedah nak bagi masuk sebab orang2 kat Mesia ni pun tak layan mamat tu. Biar jelah dia melalak nak cari publisiti untuk "cari makan". Lama2 bila takde orang layan, diam le tu.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete