Wednesday, March 30, 2016

Binawe.........sendiri buat hal, orang lain yang dimarah!

Assalamualaikum

Sekumpulan pemandu teksi berkumpul d Bukit Bintang....bagi menyuarakan bantahan terhadap perkhidmatan Uber & Grab Car yang  semakin meluas empayarnya d negara ini....

Himpunan kecil yang d adakan dari jam 11 am tanpa kebenaran pihak berkuasa....berhampiran Fahrenheit 88 & Pavillion itu telah menyebabkan kesesakkan yang teruk....ekoran itu polis telah mengarahkan kump pemandu teksi itu bersurai....dan beberapa pemandu teksi d tahan termasuk timb presiden PERSIM Kamarudin Mohd Hussain

Menurut jurucakap suruhanjaya pengangkutan awam darat SPAD.....pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu dalam sedikit masa lagi

Komen.....

Bila Uber bersepah tahu pula nak marah....pandai pula nak mogok dan protes.....habis 90% yang bawak teksi ni tak nak ikut meter....siapa suruh....saya dah pernah kena sebelum ini....dari pasar seni pergi ke Bkt Bintang....cas sebanyak rm50 dengan alasan jalan jam...kena dengan bangsa sendiri pula tu... memang elok pun Uber semakin banyak.....sekurang2nya harga mereka boleh diterima akal....teksi?  dah bagi meter tak nak guna....siap pancung kepala lagi bagi harga....fikir2kanlah

Layar Impian 8.41pm

1 comment:

  1. Padan muka..kira nak sembelih orang je.baru taau.

    ReplyDelete