Thursday, 10 March 2016
SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB
Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.
Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.
Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.
Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya".
Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.
"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.
Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.
Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan?
Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?
Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan" sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?
Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?
Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?
Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?
Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?
Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu lain "sakit", yang mengganti juga "sakit".(SH 10/03/2016). - sumber
No comments:
Post a Comment