Thursday, March 17, 2016

Sasau: Siapa ekstrem? Amanat Banggol Peradong dah tarik ke belum?

Tidak timbul soal ekstrem seperti didakwa Hadi – Azmin

 | March 16, 2016
Gerak kerja PH, sepertimana PAS, mengikut saluran demokrasi dan Perlembagaan
azmin
SHAH ALAM : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan tidak timbul soal ekstrem yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang didakwa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, PH menyertai semua pilihan raya dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat.
“Pendirian Keadilan dan Pakatan Harapan kita bersama-sama termasuk dengan PAS sebelum ini untuk melakukan perubahan menggunakan saluran demokrasi dan perlembagaan.
“Tidak timbul soal ekstrem,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada 100 Usahawan E-Dagang dan Perasmian Studio SITEC di I-City di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang dibuat oleh Abdul Hadi yang menyatakan penubuhan “blok kuasa ketiga pembangkang” antara PAS dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang dilakukan oleh PH.
Kata Hadi, mereka memilih untuk membangkang secara nasihat dan pada masa yang sama menolak untuk menjadi pembangkang yang menyusahkan rakyat.
Dalam pada itu, Azmin turut diminta mengulas samada kewujudan blok ketiga pembangkang akan memberi kesan kepada PKR di Selangor.
“Tak ada. Saya percaya matlamat mereka sama untuk membawa perubahan dalam sistem kenegaraan,” jawab Azmin; dan menambah PKR sedia menjalin kerjasama dengan blok baharu itu.
Azmin turut melihat kewujudan blok ketiga pembangkang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada pentadbiran Selangor daripada gabungan PKR, PAS dan DAP.

No comments:

Post a Comment