Thursday, March 31, 2016

Orang Politik: Cer dengar nasihat Najib ni!

'Pemimpin hilang maruah diri bila tidak amal politik berprinsip' - Najib
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |  Mac 30, 2016 19:52 MYT

'Pemimpin hilang maruah diri bila tidak amal politik berprinsip' - Najib
Najib semasa majlis perasmian perhimpunan ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS) pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPURMana-mana pemimpin disifatkan hilang maruah diri bila tidak lagi memegang amalan politik berprinsip dan bermoral seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang dalam mana-mana majlis anjuran mereka.

"Dahulu sokong parti, nasihat orang kalau sudah bersara sokong parti, nasihat kalau dah bersara jangan lupa, waktu jadi pemimpin kita sokong.

"Di mana duduk orang itu sekarang? Dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan, dia duduk dengan orang yang dahulu dia kata rasis, cauvanis.

"Apa kita hendak gelar dia sekarang? Dahulu kita pertahankan dia, orang kata dia 'maha zalim', ada orang kata dia 'maha Firaun'. Di mana letak maruah diri?" katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian perhimpunan ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.

Dalam pada itu kata Najib, keperluan maruah dalam politik adalah bagi memastikan negara tidak huru-hara sekali gus hancur.

"Kerana itu kena ada undang-undang dan Perlembagaan negara. Apa yang hendak ditinggalkan kepada anak-anak jika negara huru-hara?

"Sebab itu kalau ada kesilapan kita betulkan sesama kita, jangan hancurkan parti, kalau parti hancur tidak ada perjuangan lagi," ujarnya.
Jelas Najib, sebarang pertukaran pemimpin jika mahu dibuat adalah selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

"Jangan cuba jatuhkan pemimpin. Jangan biar orang luar tentukan kepimpinan kita.

"Banyak lagi agenda kita untuk rakyat. Tugas kita teruskan agenda rakyat, istiqamah, fokus dan negara akan terus berjaya," jelasnya.

2 comments:

  1. Kalau dah takut cakap je takut.1 dunia dah tahu siapa orangyg bermaruah dan berintegriti.najib pesan pesan kpd Presiden umno

    ReplyDelete
  2. Cehh..nasihat taraf pil kuda gak ni

    ReplyDelete