Kisah Anwar....
Jika takut risiko, jangan bicara mengenai perjuangan....
Mukadimah ringkas pra Reformasi...
Tokoh ABIM yang dibawa masuk dalam UMNO... mendapat sokongan kuat dan diangkat sebagai Panglima UMNO bagi berhadapan dgn pembangkang iatu PAS...
Anwar memiliki karisma yang tidak ada pada Tun M.. sering mengadakan usrah dan sembahyang berjemaah dikediaman beliau dan pendekatan wawasan islamnya terus menarik sokongan dari pelbagai peringkat......malah Presiden PAS ketika itu Allahyarham Ustaz Fadzil Noor adalah rakan politik beliau.. Kelantan negeri pembangkang yang dikuasai PAS menerima banyak peruntukan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan..
Anwar adalah pemimpin negara yang tersenarai dalam dalam majalah tersohor The Times sebagai individu paling perpengaruh pada tahun 2008..
Mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Tun M membuat keputusan untuk memecat Anwar atas dakwaan liwat... bukti kan di pegang oleh Tun M ketika itu adalah dari buku karangan sdr Khalid Jaffri yang kini telah meninggal dunia akibat kencing manis pada 2005.. ( Anwar menang saman malu diatas Khalid Jaffri yang diarahkan membayar RM4.5 juta) Pemecatan ni menimbulkan ketegangan dalam UMNO sendiri, antara tokoh Pemuda yang menyokong beliau adalah Zahid Hamidi yang kini Timbalan Perdana Menteri.. dan ramai lagi.. samada kini telah hilang dari arus perdana politik negara atau malap bintangnya..termasuk Sdr Ezam..
Pergerakan Anwar sentiasa dipantau..setelah dipecat dari UMNO...dalam masa yang sama Anwar terus mengeluarkan kenyataan menyerang kepimpinan Tun M. ceramahnya sentiasa mendapat sambutan hangat,pada skala yang belum pernah berlaku dlm sejarah negara.. malah kehadiran penyokongndan pemimpin pembangkang dari PAS dan DAP menjadikan Anwar pemimpin dimata rakyat ketika itu.. Kebolehan beliau menaikkan semangat rakyat dgn pelbagai pendedahan membangkitkan sentimen anti kerajaan dikalangan anak muda.. kehadiran pemimpin muda antara Zahid, Zambry Kadir, Ezam, Shafuddin N dan Rahim Ghause, Ruslan Kassim membimbangkan Tun M.. malah ada ura ura berlaku rancangan dikalangan Menteri sendiri untuk menolak kepimpinan Tun M dan membawa Anwar masuk kembali dalam kerajaan.. Tun M dgn kroni unonya Tun Daim merasakan Anwar harus dikekang..
Meeting diadakan dgn Ketua Polis ketika itu..Dato Rahim Noor dan UTK dihantar bagi menahan Anwar dikediamannya di Bukit Damansara setelah mengadakan ceramah umum yang dihadiri begitu ramai penyokong beliau di Masjid Negara....ratusan UTK dikerahkan bagi menangkap Anwar yang ditahap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.., begitu juga ramai pemimpin lain yang cuba mempertahankan Anwar..salah sorangnya :) . (perlu dinyatakan disini.. Anwar bukan saja mendapat sokongan dari kaum Melayu.. antara penyokong kuat beliau adalah Sdr Tian Chua kini YB Batu yg ditahan dibawah ISA selama 2 tahun bersama Azmin Ali.. MB Selangor, Ezam Md Noor, Badrul Amin..)gerakan dimulakan dgn menghantar UTK berpakaian preman yang menyamar sebagai penyokong beliau..
Jam 5.00 petang..
UTK mengawasi sekitar kediaman beliau dan merekodkan pemimpin yang berada disana..
Jam 8.00 mlm.. Arahan dikeluarkan oleh KPN untuk Komando bertindak..
Jam 8.55 mlm : Serbuan dilakukan, suasana kecoh bila UTK dan diringi oleh FRU mula menyerbu masuk .. tindakan ni mengejutkan walaupun telah dijangka oleh penyokong Anwar dan beliau sendiri...
Jam 9.30 mlm : Rundingan bagi memastikan keselamatan semua yang ada didalam selamat dan Anwar bersetuju untuk dibawa oleh UTK
Jam 10.00 mlm : Anwar dibawa keluar oleh UTK.. media yang cuba mendapatkan gambar dihalang oleh anggota polis bantuan dan FRU..(pasal tu xde banyak gambar ketika kejadian berlaku )
REFORMASI...
Apa yang ramai tidak tahu.. tempoh Anwar dipecat dari UMNO dan ditangkap dibawah AKta Keselamatan Dalam Negeri adalah 18 hari saja.. dalam masa itu, bermulalah apa yang kini kekal dlm sejarah negara iatu.. REFORMASI...
Kebangkitan bermula di Masjid Negara seelpas Anwar selesai mengdakan cereramahnya bila Ketua Pemuda UMNO P.Pinang ketika itu Sdr Rahim Ghause mengepalai hampir 10,000 reformis menuju ke Sri Perdana kediamana rasmi Tun M.. disitulah lahirnya gerakan REFORMASI tanggal 20 September 1998...itu tarikh yang ramai lupa....
Pada 29 September 1998, Anwar muncul setelah ditahan.. dan gambar ikon itu dgn mata lebam menjadi tumpuan dunia.. kemarahan rakyat yang menyokong beliau tambah membuak buak dan pelbagai gelaran terhadap Tun M.. antaranya MahaFiraun dan MahaZalim...(fakta kes Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Noor didapati bersalah kerana mencederakan Anwar dan dijatuhkan hukuman penjara 2 bulan pada tahun 2001)..
Bila kes didengar dimahkamah pada dgn 10 pertuduhan terhadap Anwar dan Anwar mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan, kes kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan Hakim ketika itu adalah Agustine Paul..pada 2 Novermber 1998.....
Reformasi telah bertapak dinegara ni, walaupun Anwar dipenjara ramai aktivis yang berani kehadapan dan bertempur dgn pihak berkuasa..bukan sedikit air mata, darah dan sumbangan mereka...jika dibandingkan dgn gerakan sekarang.. mereka jauh lebih vokal dan ada aura tersendiri... mereka adalah pejuang yang muncul setelah sekian lama rakyat hanya menjadi pak turut.. dan Anwar adalah pencetusnya.....
No comments:
Post a Comment