Azmin tetap mahu satu lawan satu di Sarawak
Shakira Buang Hari ini, 14.3.16 - 3:25 petang
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali menegaskan bahawa beliau mahu hanya ada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Malah, timbalan presiden PKR itu berkata masih terdapat ruang perbincangan antara parti pembangkang itu dalam soal pembahagian kerusi di negeri bumi kenyalang itu.
"Saya rasa apa yang penting sekarang adalah semua parti terima hakikat bahawa perlu pertahan satu lawan satu.
"Maknanya kita masih ada ruang untuk berbincang. Biasanya kerusi ini kita bincang sampailah sebelum hari calon,” kata ADUN Bukit Antarabangsa itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Azmin berkata demikian mengulas tindakan PAS mahu meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.
Mengulas lanjut anggota Parlimen Gombak itu berkata perbincangan itu perlu bagi mengelak sebarang pertindahan kerusi dikalangan pakatan pembangkang sekali gus mengakibat kerugian besar.
"Itu sebaik-saiknya sebab kita nak lakukan perubahan dan ia kena buat secara kolektif, tak boleh buat bersendirian. Dan ini hanya boleh dlakukan kalau pakatan rakyat dan pakatan harapan boleh meletakkan hanya seorg calon melawan bagi melawan BN," tegas Azmin.
Hak PAS tubuh blok baru
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan PAS menubuhkan blok pembangkang Azmin berkata beliau tiada halangan yang penting niatnya tetap sama.
"Tak apa-lah itu demokrasi. Yang penting matlamat kita nak lakukan reformasi dalam sistem kenegaraan. Ia boleh dibuat secara individu, berkumpulan atau gabungan kerana Deklarasi Rakyat juga menjurus ke arah yang sama.
"Ia tak akan halang usaha melakukan perubahan. Cuma ia beri pilihan tambahan kepada rakyat," kata Azmin.
Salam tuan,
ReplyDeleteMountdweller bernafas kembali.
Teruskan perjuangan
Waalaikuumussalam sdr. tanya sama itu hud hud
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 di atas sokongan saudara
Mati kutu juga dibuatnya tak dapat buka dan baca blog ini entah berapa hari dah. Selamat bersiaran kembali.
ReplyDeleteAnon 11:31 PM
ReplyDeleteTerima kasih tak terhingga di atas sokongan membangkit semangat dari saudara.
Insya Allah saya akan kembalikan isi blog mountdweller ke sini sikit demi sikit terutama ilmu reksreasi dan pengalaman dengan hantu