Wednesday, March 23, 2016

Kita tengok kesetiaan Hadi pada UMNO

Lapas ni kita boleh nilai
Cerdik atau bebal!

Dun tergantung: Pas berpeluang tubuh kerajaan baharu
NIZAM ZAIN - 22 MAC 2016
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.

"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.

"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.

Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.

Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.

Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat.

"Razif telah melantik Pas (Abdul Hadi) sebagai penasihat Terengganu sebelum ini. Jadi di mana pendirian penasihat ini? Terus menasihat atau mestikah beliau mengambil satu keputusan untuk menghilangkan kerisauan rakyat," ujarnya.

Sementara itu Adun Bandar, Azan Ismail yang dihubungi Sinar Harian berkata, apabila seorang wakil rakyat mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, secara otomatik kedudukan sebagai wakil kerajaan negeri tergugur.

Katanya keadaan itu sekaligus tidak memberi kelebihan kepada BN apabila Ahmad kini dianggap sebagai wakil rakyat pembangkang menjadikan jumlah kerusi berkurang satu kepada 16 kerusi dalam Dun Terengganu.

"Walaupun Ahmad Said belum keluar BN, keadaan kerusi Dun Terengganu sudah jadi 16 BN dan 16 pembangkang. Bila Dun tergantung, pentadbiran tak boleh dibuat, tak boleh meluluskan bajet, cara terbaik ialah dengan membubarkan Dun.

"Dalam keadaan tergantung ini, kita tak mahu kerajaan buat keputusan yang menyalahi undang-undang. Dengan cara bubarkan Dun, biar rakyat buat pilihan baharu," katanya lagi.

6 comments:

  1. Hadi Sutung takut kalau bubar DUN maka di adakan PRN dan PAS pastinya kalah teruk kali ini atas sebab mulut busuk Hadi terhadap parti serpihan.

    ReplyDelete
  2. Jadi MB tergantung laah?

    ReplyDelete
  3. Eh ..tak boleh! Najib kan dah berkopiah dan berjubah. Dah jadi ahli kumpulan ulamak. Maka "haram dan berdosalah" kalau kerajaan BN trengganu dijatuhkan. Najib bila dah berkopiah dan berjubah maka dia dah laksanakan islam yang sebenarnya ikut fahaman waluanta2 dan tok2 garu mereka.

    Tak kisahlah UMNO dah banyak kali kencing atas kepala pemimpin2 PAS sekarang. Tak hirau le dah banyak kali UMNO zalim dan khianat kat orang2 PAS terengganu. Janji dah pakai kopiah dan jubah maka Najib dah masuk suku dengan kem ulamak. Maka Najib and UMNO is "off limit" dan haram di usik! Kalau nak hentam, pi hentam DAP, Amanah dan PKR sebab diorang tu anti Hudud walaupun hudum tu ikut kata Tuang Presideng boleh ditangguhkan sampai entah bila masanya.

    UMNO selalu kencing kat kepala pemimpin PAS? Apa mau kesah? Bukan ke dah banyak kali pemimpin PAS kena kencing dengan UMNO ni! So, kena siram dua, tiga kali lagi pun tak de hal punya. Alah bisa, tegal biasa!

    Tentang masalah DUN Terengganu tu dok tergantung, kena redha je lah. Kalau Allah nak bagi jadi, tak buat apa2 pun akan dapat gak jadi MB. Ye lah, macam hari tu bawak usul akta 355 ke Parlimen, Allah tak nak bagi jadi maka Tuang Presideng pun dengan selambanya pi makan angin kat Jepun dan dengan tawakal berserah agar ada musuh politik yang kan bawak masuk usul tu dalam dewan. Amacam, hebat tak, tawakal Tok Presideng! Tawakal orang2 yang pergi perang dan nak menang perang tapi bawak sudip kayu ke medan perang. Usaha tak mau, cari ilmu ala kadar pastu langsung tak dak semangat nak amalkan ilmu. Itu le dia kelaku pimpinan PAS yang ada sekarang. Jubah dan serban mau gah tapi otak IQ rendah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Ulamak duniawi berkepentingan pribadi bukan pewaris nabi tp musuh nabi.DUN tidak akan tergantung kerana hj hadi mungkin akan sokong usul ameeno.dia dah kawan baik dengan pm dan mb.

    ReplyDelete
  5. Penasihat yg bersifat broka dan barua ni akan menyebelahi umno.
    Tunggu dan tengok je la jwpn dia

    ReplyDelete
  6. Korang tak tau ke kalo bubar DUN nanti DAP yg kapir tu memerintah trengganu..
    Mesti bersatu utk selamatkan melayu n Islam.

    Kah kah kah kah kah kah..
    Sampai aku pon terkena badi phill khuddaa....
    Ih kih kih

    ReplyDelete