Prof ini cadang supaya PAS dibubarkan sahaja
Blok politik ketiga antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukanlah gabungan yang kukuh yang boleh menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, hala tuju gabungan kedua-dua parti itu tidak cukup jelas, malah kekuatannya boleh dipersoalkan.
“Ikatan adalah sebuah parti baharu, tidak cukup kuat. Bahkan Ikatan dianggap sebagai parti ‘serpihan’ Umno, yang kecewa lalu menubuhkan sebuah parti.
“Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan Ikatan di peringkat akar umbi, berapa jumlah keahliannya. Rakyat juga tidak mengenali parti ini,” katanya.
Selain itu, katanya, isu yang bakal diperjuangkan juga tidak bermatlamat untuk mencapai kuasa, sebaliknya memilih pendekatan politik lebih matang dan menasihati kerajaan dengan mengemukakan pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan cara berdepan dan bukan secara ekstrem.
“Jika isu yang dijadikan agenda perjuangan tidak bermatlamat mencapai kuasa, saya rasa baik bubar sahaja Pas menjadi NGO dan perjuangkan isu yang bercorak keislaman,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kerjasama kedua-dua parti itu yang lebih menumpukan agenda umum berbanding isu hudud seperti yang diperjuangkan Pas sebelum ini.
“Soalnya, apa bezanya ketika Pas bersama dengan PR sebelum ini?
“Gabungan ini tidak jelas apa hala tujunya. Ia dilihat seolah-olah Ikatan mahu mengambil kesempatan ke atas Pas. Persoalannya di mana kekuatan gabungan ini, adakah mereka boleh menjadi kekuatan kepada BN dan Pakatan Harapan?” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azizuddin tidak menafikan, blok politik ketiga ini mempunyai kekuatan di Kelantan dan Terengganu, namun jika gabungan ini dikekalkan sehingga ke hari pilihan raya umum akan datang, ia hanya akan memecahkan undi BN dan Pakatan Harapan.
“Silap langkah, Kelantan boleh dikalahkan oleh BN dan Pakatan Harapan. Namun jika blok politik baharu ini kuat, ia boleh mengimbangi kuasa BN dan Pakatan Harapan.
“Untuk mengukuhkan gabungan Pas dan Ikatan ia memerlukan kerjasama dari kumpulan dan parti politik yang sudah kukuh terutama dari Sabah dan Sarawak selain perlu mempunyai pemimpin berkaliber,” katanya.
Katanya, tiada masalah menubuhkan blok politik ketiga tetapi untuk mendapat kuasa agak terbatas kerana kekangan yang ada selain Pas telah ‘mengorbankan’ isu hudud yang diperjuangkan sebelum ini.
“Pada saya, Pas bukannya melangkah ke hadapan tetapi terkebelakang. Berkaitan isu hudud ia seolah-olah memakan diri Pas, kerana punca perpecahan PR adalah kerana Pas mahu hudud dilaksanakan,” katanya.- sumber

No comments:
Post a Comment