Sunday, March 27, 2016

Aiik....Hadi dah jadi penasihat pun Utusan Malaysia konar juga?

PAS desak media minta maaf atau disaman

 | March 27, 2016
Laporan itu didakwa salah dan mempunyai motif yang berniat jahat.
sam-pas-utusan-malaysia-2
PETALING JAYA: PAS mendesak laman-laman portal dan media yang melaporkan berita mengenai ucapan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diambil dari akhbar Utusan Malaysia supaya memohon maaf.
Ini kerana menurut Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, laporan yang ditulis di akhbar berkenaan berhubung ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS di Bandar Tun Razak tidak tepat dan berniat jahat.
Menurutnya laporan yang ditulis dengan tajuk “Bersatu Tentang Agenda DAP – Hadi” disiarkan pada 22 Mac lalu didakwa ditulis dengan niat untuk menjatukan kredibiliti Presiden PAS.
“Tentang point tulisan pertama, ingin saya tegaskan di sini, Presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk memerintah negara.
“Tentang point ucapan kedua, Presiden PAS menegaskan bahawa DAP tidak boleh memimpin pemerintahan negara dalam suasana 30% penduduk bukan Islam yang memimpin 60% penduduk Islam. Keadaan ini akan menimbulkan suasana kekacauan dan tidak stabil dalam politik negara. Presiden PAS juga menegaskan bahawa Islam boleh menerima masyarakat majmuk kerana politik perkauman dilarang oleh Islam.
“Dalam point ucapan ketiga, Presiden PAS tidak pernah menyebut tentang cita-cita lebih besar DAP yang bukan sekadar menguasai ekonomi,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Samsuri berkata, Presiden PAS menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.
Katanya, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30% sedangkan jumlah umat Islam adalah 60% dan disebabkan itu DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi.
Tambahnya, PAS kesal dengan laporan yang disifatkan fitnah itu dan mendesak agar Utusan Malaysia menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada Presiden parti sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang.
Sehubungan itu katanya, PAS turut mendesak semua portal-portal berita dan media yang mengambil sumber laporan Utusan Malaysia untuk membuat perkara sama ekoran sumber berita yang tidak disahihkan terlebih dahulu itu.

# aku harap PAS boleh siarkan video penuh atau bahagian-bahagian ucapan Hadi yang didakwa telah diputar belitkan itu........

2 comments:

  1. Dia banyak belajar dari umno dengan penafian.dah beberapa tahun utusan dan awang selamat tak kutuk pas malah membantu pas.takkan utusan ada agenda tersirat kot.atau baru sedar bila kena hentam.konar sokmo.susah orang nak percaya penafian presiden.

    ReplyDelete
  2. Setiausaha Jabatan Penafian dan Putar Belit PAS. PAS berlakun dan berbohong je tu antara dua kawan yang sama jenis dan species.
    Jangan kita ikut tertipu dengan lakunan dan episod-episod drama PAS dan UMNO. Kan dah jelas PAS dah jadi macai Najib/UMNO. Cukup-cukuplah tu, jangan dah nak berlakun lagi.
    Isytihar cepat secara jelas PAS dah bekerjasama bersama dengan UMNO dan jangan cakap putar belit. UMNO dan Utusan sudah jadi sahabat sejati bawa ke mati.

    ReplyDelete