Wednesday, March 29, 2017

Lebai nak kelentong sape ni?

SELASA, 28 MAC 2017 
AZMIN NAIK JADI MB SGOR KERANA LEBAI? MAHU TIPU WALAUN BOLEH LAH !! 

GENG2 lebai ungkit sbb marah kat Azmin. Mereka kata kerana lebai lah maka Azmin jadi MB Sgor. Nak tipu walaun, boleh la. 

Faktanya, Lebai sendiri calonkan dua nama dlm mesyuarat AJK pusat, iaitu nama Kak Wan (Presiden sendiri yg calon) dan satu lagi nama Azmin.    
Azmin, pilihan KEADILAN setelah Istana tolak Kak Wan 

Dua nama itu dibawa ke dlm Mesyuarat Majlis Presiden PR. Dlm mesyuarat itu, Keadilan bawa nama Kak Wan. Dap juga bawa nama Kak Wan. Puak lebai bawa dua nama iaitu Kak Wan dan Azmin. 

Tapi, Azmin menarik diri kerana menghormati pencalonan nama Presiden Keadilan, Kak Wan. Maka, yang tinggal hanya nama Kak Wan. 

Mat Sabu mewakili puak lebai akhirnya bersetuju dgn keputusan bersama, apatah lagi Azmin sendiri menarik diri. 

Keputusan Majlis Presiden PR itu diumumkan iaitu PR setuju Kak Wan sebagai calon MB Selangor, Keesokannya, Hadi bgtahu Kak Wan tak layak jadi MB Selangor, sedangkan beliau sendiri yg letak nama Kak Wan sebagai salah satu calon. Pelik tak?   
Kak Wan - Namanya Hadi yang calon, tapi Hadi kata tidak layak? 

Maka, kemelut berterusan. Cubaan untuk menarik Azmin agar bersama Umno untuk meletakkan beliau sebagai MB Sgor ditolak oleh Azmin. Sebelum itu, Zuhdi jentik2 buat teori jika lebai bersama Umno dan Azmin boleh tarik seorang dua lagi dlm Keadilan utk bersama lebai, maka mereka boleh perintah Sgor serta boleh jentik gereja di Sgor, Teori dlm grup wassap ini kantoi. Maka, terbongkarlah rahsia pakatan jahat ini. 

Alhamdulillah, Azmin setia dgn Keadilan dan PR. Azmin menolak usaha jahat berkenaan. Apabila Azmin menolak usaha jahat lebai ini, maka lebai pun buat pencalonan baru kpd Istana dan nama Azmin tiada tersenarai kerana marah pada Azmin sebab tidak mahu 'mengawan' sama Umno. Lebai letak 3 nama termasuk dari calon lebai sendiri sedangkan sebelum itu mereka sendiri putuskan Kerusi MB Sgor adalah Kerusi Keadilan. Mengapa letak juga nama calon lebai? Tidak semua lebai ni jujur bila berjanji. 

Apabila nama Kak Wan dibawa ke Istana, akhirnya pihak Istana menolak dan mahu calon lain. Anwar tidak mahu meneruskan konfrantasi dgn Istana dan mahu hubungan dgn Istana terus baik, maka Keadilan membuat keputusan untuk menggantikan nama Kak Wan sebagai calon MB. Siapa lagi yg layak gantikan Presiden sbg calon? Tentulah Timbalan Presiden. Maka, Keadilan sebulat suara meletakkan Azmin sebagai calon MB. Nama Azmin akhirnya dipersetujui oleh PR. Andainya lebai mahu juga nama lain selain Azmin, pastinya gagal kerana tidak cukup sokongan dlm Dun Sgor. Tambah pula dua lagi Adun lebai melompat menyokong Kak Wan dari awal seterusnya menyokong pengganti Kak Wan. 

Maka, tidak perlulah ungkit bahawa Azmin naik jadi MB Sgor adalah keranai sokongan lebai sedangkan senarai akhir nama Azmin tiada dlm pencalonan lebai ke pihak Istana. Dap yg bukan dipimpin oleh ulamak itu pun tidak ungkit mengungkit. Dap juga sebulat suara bersetuju dgn Azmin menggantikan Kak Wan. 

Lebai marah bila Azmin buat tweet membalas kenyataan lebai muda yg tewas di Pengkalan Chepa. Cakap kat orang boleh, kena kat diri sendiri tak boleh terima. Itulah lebai !!

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 10:19 PTG

4 comments:

  1. LEBAI MALANGGGG..... mamca tu la ceritanya...
    masalahnya semua org nampak & tau... tp dia sndiri ingat semua org bodo gamaknya

    ReplyDelete
  2. Puok lebai2 pimpinan lebai dari Marang dah tk boleh diajak berkira-bicara, takde integriti, takde ketegasan krn sentiasa kluk-klek!!!

    Wahai lebai dari Marang, letak la jawatan mr presideng tu krn anda sudah tak layak untuk memimpin!!

    ReplyDelete
  3. Pasapa ni tiba2 terkeluaq org kelantan plak. Fening ke apa?

    ReplyDelete