Friday, March 31, 2017

Ada Hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian 1 dan 2

THURSDAY, 30 MARCH 2017
Ada Hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian 1

Saya mahu poskan artikel ini, malam ini. Baru sebentar dapat makluman bahawa Najib tidak akan bentangkan RUU355. Pejuang Islam dalam PAS serata negara mengatakan tidak apa- aspirasi Islam PAS tetap membara. Apa yang mereka boleh kata?

Mereka boleh lah kata apa sahaja yang mereka mahu untuk mengubat hati nan luka. Fakta nya, ialah PAS sudah ditipu lagi oleh UMNO. PAS boleh terus berkata yang kena tipu bukan orang PAS tapi semua umat Islam di Malaysia. 

Mungkin PAS tidak dengar agaknya, PAS tidaklah mewakili semua umat Islam di Malaysia. Bukan semua orang Islam percayakan PAS dan ada sebahagian besar orang Melayu, menerima bahawa ada cara lain memuliakan Islam.

Itu karakter Najib yang sebenar. Mengapa PAS tidak mahu belajar karakter Najib dari skendel 1MDB? Mungkin pemimpin PAS dalam parlimen tidak faham isu ini. Atau tidak peduli. Bukankah nampak jelas dari 1MDB- Najib ialah seorang yang tidak amanah, suka berbohong, bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang dari 1MDB dan sifat2 keji yang lain? Namun PAS merasakan boleh berkawan dengan orang yang seperti ini.

Mari kita lihat karakter Najib secara lebih mendalam.

Semalam, saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan dari Pekan, Pahang. Kata nya-awak bersyarah macam mana pun, tak lut kat orang Pekan. Dia kata- semua orang Pekan tahu Najib Razak adalah perompak nombor 1. Tapi orang Pekan akan terus sokong Najib. Nak buat macam mana- katanya, memang fiil orang Pekan demikian. Walaupun Najib itu bapak perompak, mereka akan tetap memilih Najib.

Saya tidak terkejut dengan pandangan seperti ini. Sedikit sebanyak, saya pun tahu saikoloji orang Pekan.

Saya percaya pada kebenaran pandangan tersebut. Memang orang Pekan demikian. Mereka akan lupa bahawa Najib itu perompak besar. Attention span orang Pekan tidak lama.

Mereka pun lebih kurang politik cara sebahagian orang asli. Last in first out. Yang menyentuh mereka kali akhir lah yang mendapat layanan utama. Maka pada saat akhir, bila Najib beri gula2 dan ole2, maka Najib lah yang diutamakan.

Tapi itu orang Pekan. Biarkan mereka demikian. Saya tetap dengan pendirian saya bahawa tidak ada negara yang boleh kekal berjaya dengan pemimpin, pimpinan dan kerajaan yang korap dan bengap/inept. Najib percaya semua masaalah selesai dengan membeli orang yang bising mengenai nya. Dia ingat selesai masaalah dengan membayar pengacau.Dia ingat dia boleh membeli kesetiaan rakyat.

Rakyat mahu tahu mengapa orang bising? Mengapa orang hendak kacau? Itu bukan kerja main2 dan menanggung risiko.

Kita bukan hendak jatuhkan kerajaan- kita hendak tubuhkan kerajaan baru. Dan rahsia kejayaan sesebuah kerajaan ialah menentukan ianya ditadbir oleh orang2 baik.

Dibawah Najib, kerajaan nya penuh dengan penyamun dan pegawai korap. Dan tidak ada yang lebih korap dan tamak haloba dari Najib Tun Razak. Maka, sama dengan ‘kedegilan’ orang Pekan, tapi berlawanan pendirian, buat macam mana pun, saya rasa Najib membawa malang kepada negara kita.

Saya harap orang Melayu ditempat lain mempunyai prinsip yang berlainan dari orang Pekan. Orang Pekan pun ada prinsip- seperti yang saya katakan tadi. Siapa yang tahu mana benar, mana salah, mana untung, mana rugi? Mungkin orang Pekan pun geliga otak mereka- mereka mencongak cost-benefit analysis. Mereka kata, pencuri pencurilah, kawan tetap sokong Najib, wok.

Jadi untuk sementara ini, biarkan mereka dengan prinsip mereka. Kata orang, Siluncai terjun dengan labu2 nya- biarkan biarkan. Kita harap dan berusaha untuk mengubah pemikiran mereka. Bahawa masa depan mereka dan bangsa bukan dalam tangan Najib, tapi dalam tangan sendiri. Langkah pertama ialah tukar Najib dan kerajaan nya.

Kepada mereka, Najib  membawa kemajuan ke Pekan. Maklum sahajalah, kalau tidak ada Najib, maka kebulurlah orang Pekan. Dunia mereka gelap. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.

Benarlah kata Plato- harga yang kita bayar kerana tidak mempedulikan bagaimana kerajaan diurus ialah, akhirya kita mendapati diri kita diperintah oleh orang yang jahat.

Saya tiada syak bahawa Najib ialah ketua kerajaan perompak, oleh perompak dan untuk perompak. Saya mengatakan demikian as a matter of factly. Barangsiapa yang menyelidiik dengan suara hati akan mendapati fakta ini.

Sungguh benar apa yang disebut dalam al Quran- kita mendapat apa yang kita usahakan dan segala musibah yang melanda diri kita adalah hasil usaha tangan kita sendiri.

Tambahan pula, tabiat orang Pekan ialah mereka mudah dibeli dengan wang ringgit dan akan melupakan dosa anak Pekan seperti Najib.

Dan Najib ialah mahaguru mengurus persepsi- untuk mengurus persepsi bahawa dia seorang  yang hampir dengan rakyat dan berjiwa rakyat- dia pulang ke kawasan melakukan kerja2 sosial. Bertandang ke rumah orang kahwin, merasmi tandas awam, menyampaikan hamper makanan, bersewang dengan orang asli, menghadhiri majlis bersunat, tendang bola sebiji dua, merasmikan itu dan ini dan segala media yang UMNO kawal , akan menyanyi lagu2 indah dan muluk mengenai ‘kerapatan’ Najib dengan rakyat biasa. Dia akan gunakan segala kemudahan dan sumber milik kerajaan untuk mengurus persepsi2 yang dia kehendaki.

Dan setiap kali pulang kePekan, menelan belanja yang banyak. Bayangkan ini- body guards perlu dibayar elaun overtime – RM500 seorang dan ada 20 orang, kenderaan hendak pergi airport- 30 buah dengan 30 buah driver- satu kereta dengan minyak dan segala nya, RM500 sehari x 30 driver 30 x 500 sehari,. Kemudian ole2 yang diberi, pegawai keselamatan setempat yang kena dibayar, penggerak2 acara yang perlu dibayar, kemudahan setepat- khemah kerusi meja, kos acara makanan dsb- RM150-200,000 setiap kali. Ertinya, untuk menonjolkan persepsi kerapatan dengan rakyat, menelan kos yang banyak. Duit siapa? Bukan duit Najib.

Dan hari ini dalam dewan rakyat( 26 mac 2017) Najib berkata menabur rasa moderasi lebih susah dari menanam kebencian. Saya sangat setuju kerana reakitinya Najib lah yang menanam rasa kebencian dan kesangsian antara kaum dalam negara ini.

Sesiapa sahaja dengan kemudahan dan sumber kewangan yang tidak terbatas boleh mencipta persepsi, ketrampilan dan imej yang dikehendaki. Tidak ada rahsia.

Saya katakan kepada rakan saya- kalau awak sediakan kemudahan dan sumber kewangan begitu banyak- Mat Tompel pun boleh lakukan apa yang Najib lakukan. Mat Tompel ialah seorang karakter yang benar2 ujud di Pekan yang boleh kita anggap sebagai the likeable village idiot. Kawan saya tahu siapa Mat Tompel ini. Semasa kecil kami bermain main dengan nya.

Walau bagaimana pun, biarpun orang Pekan tutup sebelah mata, elok lah saya ingatkan karakter Najib. Bersambung......

Posted by Ariff Sabri at 1:54 am

FRIDAY, 31 MARCH 2017
Ada hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian 2

Bahagian 2.

Kita tidak mahulah berkata- kan saya dah beritahu? Masaalah nya, ramai sangat pemimpin PAS melupakan karakter Najib yang sebenar. Mungkin kerana ramai pemimpin mereka di gula2kan oleh pegawai2 Najib.

Mungkin ada kebenaran bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta atau lebih. Wang dalam tangan tidak tahu ianya berada dalam tangan tok lebai, ustaz, ketua geng 04, ayahanda bonda dan sebagainya.

Ada yang melawat keluar negara- berlibur di Afrika Selatan dan Eropah. Sekelip mata ada wang yang banyak dan boleh beli kereta yang harga hampir RM600 ribu dengan tunai. Ada yang menikmati keseronokan hidup sekular diluar negara. Mereka lupa kepada kerendahan diri dan kabur untuk melihat karakter Najib yang sebenar.

Bukan nya karakter yang dicipta secara artifisial oleh pegawai2 hubungan awam nya- sama ada mantan pegawai TV3 atau PR consultants dari Eropoh atau USA. Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.

Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar. 

Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.

Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.

Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.

Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.

Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka. Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap. Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.

Kesemua ini membayangkan karakter Najib yan tamak haloba dan yang paling releven kepada PAS ialah Najib seorang yang tidak boleh dipercayai. Adakah pemimpin PAS jantan untuk mengatakan Najib seorang munafik?

Ini suatu perkara yang berat- sebab jika Najib seorang munafik, maka PAS yang menyokong nya juga orang2 munafik.

At Tawbah: 67

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Lelaki dan perempuan yang munafik sama antara satu sama lain. Mereka menganjurkan kemungkaran dan menegah ma’ruf dan tangan mereka tertutup. Mereka telah melupakan Allah jadi Dia melupakan mereka. Sesungguhnya golongan munafik adalah golongan yang tersangat ingkar dan fasik.

Tapi itu semua diketepikan oleh pemimpin PAS dan kenalah mereka berjawab kepada ahli mereka sendiri. Bererti PAS dipimpin oleh mereka yang orang Islam tidak boleh percaya dan diberikan amanah.

Di dalam al Quran 3:75 menyebutkan; 
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan diantara ahli kitab jika engkau percayakan harta yang banyak, niscaya dia akan mengembalikan kepada mu. Tapi ada pula dintara mereka yg jika engkau percayakan hanya satu dinar, dia tidak akan mengembalikan nya kecuali engkau selalu menagih kepada nya. Ini adalah kerana mereka mengatakan tidak ada dosa dan tanggung jawab kami kepada mereka yg ummi dan buta huuf. Mereka mengatakan hal yang dusta kpd Allah, pada hal mereka mengetahui.

PAS sebetulya tidak peduli kepada penyokong nya yang sebahagian besarnya dianggap oleh pimpinan PAS sebagai tidaklah cerdik walaupun taat beragama.

Saya mengajak penyokong PAS menolak pemimpin yang anggap penyokong nya bodoh dan oleh yang demikian tidak perlu bertanggung jawab keatas mereka. Anggaplah mereka semua bersubahat dengan Najib menjahanamkan negara.Ingatlah keIslaman kita tidak memerlukan pensijilan daripada pihak ke-3.

Posted by Ariff Sabri at 7:00 am 

No comments:

Post a Comment