Friday, March 31, 2017

Hebat!

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghadiri majlis perasmian pertukaran nama Lapangan Terbang Madeira, Portugal kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo pada 29 Mac 2017. Ronaldo yang berasal dari kepulauan itu diangkat sebagai wira atas pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan antarabangsa. - REUTERS/Rafael Marchante
Pertukaran nama lapangan terbang di Funchal diputuskan kerajaan wilayah Madeira selepas Portugal menjuarai kempen Euro 2016 di Perancis. Ketika ini, Ronaldo sudahpun memiliki muzium, patung dan hotel yang dinamakan sempena namanya di kepulauan itu. - REUTERS/Rafael Marchante
Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa merasmikan nama baharu lapangan terbang Funchal di kepulauan Madeira, Portugal pada 29 Mac 2017. - REUTERS/Rafael Marchante
Arca Ronaldo diletakkan di Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo pada majlis perasmian nama baharu lapangan terbang itu di kepulauan Madeira, Portugal pada 29 Mac 2017. - REUTERS/Rafael Marchante
Ronaldo yang dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Hospital Dr. Nelio Mendonca di Funchal, kepulauan Madeira, menjadi kebanggaan seluruh penduduk di situ. - REUTERS/Rafael Marchante
Cristiano Ronaldo tersenyum kepada kamera pada majlis perasmian nama baharu lapangan terbang Madeira, yang turut disertai rakan-rakan pemain skuad kebangsaan Portugal. - REUTERS/Rafael Marchante

No comments:

Post a Comment