Thursday, March 30, 2017

Kih...kih....kih nak kata apa lagi?

PAS dakwa Umno flip flop, Najib tertekan
Kow Gah Chie    Hari ini, 3:39 petang
Pemimpin PAS memberi reaksi berbelah bahagi mengenai keputusan Majlis Tertinggi BN bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau tidak melihat ini sebagai satu pengkhianatan oleh Umno, manakala Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyelar Umno kerana bersikap "flip-flop".

Bagi pesuruhjaya PAS Selangor itu, usul berkenaan tetap akan dibentangkan oleh presiden parti itu,

Datuk Abdul Hadi Awang kerana asalnya iadalah sebuah rang undang-undang persendirian.

“PAS ada tanggungjawab sebagai parti Islam. Kami perlu teruskan.

“Keputusan juga menunjukkan kempimpinan Umno di dalam BN telah tercabar. Sikap flip flop Umno jelas kelihatan,” katanya dalam satu pesanan teks ringkas.

Bagi Takiyuddin pula, beliau percaya wakil rakyat Umno akan bersama PAS dalam menyokong pindaan akta itu.

"Kita percaya bahawa ahli parlimen Islam, terutama dari Umno, akan bersama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Bukan diperkudakan

Takiyuddin juga menafikan bahawa PAS telah "diperkudakan” oleh Umno, yang menghulurkan salam perdamaian bagi kerjasama politik.


"(Ini kerana) kita sedar dari awal bahawa kita adalah orang yang membawa rang undang-undang persendirian ini. Jadi, bukan isu sama ada Umno tidak menyokong kita," katanya.

Takiyuddin bagaimanapun percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan sedemikian kerana tekanan dari parti-parti komponen BN.

"Tetapi, sebagai seorang Islam, saya fikir dia bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini (Akta 355) dapat diluluskan," katanya, sambil menambah bahawa PAS akan terus memujuk wakil rakyat Islam mahupun bukan Islam untuk menyokong pindaan itu.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN semalam, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta 355.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz juga percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan usaha parti itu dan yakin speaker Dewan Rakyat akan membenarkan rang undang-undang persendirian itu dibentang dan dibahaskan.

“Kita dua kali speaker benarkan. Kali ini sambungan dari yang lepas, maksudnya akan dibahas.

“Insya-Allah, sekarang bergantung kepada speaker. Speaker dah bagi laluan yang positif,” katanya
yang ditemui Malaysiakini di parlimen hari ini.

Seperti Takiyuddin, Nik Abduh tidak menganggap tindakan itu sebagai satu pengkhianatan dan berkata beliau memahami kedudukan Najib.

“Saya cuma anggap ini kegagalan Umno meyakinkan komponen BN. Ini kerana dalam BN perlu konsensus maka PM terpaksa. Sedikit pun tidak jejaskan usaha kita.

“Rakyat sudah faham. Kita dah yakinkan dua tiga tahun. Kalau ahli parlimen sendiri tak faham saya rasa itu lebih teruk dari rakyat,” katanya.

* Bukan diperkudakan tetapi jadi kuda kerana sendiri lembam!
flip flop - apa kurangnya Tuang Presideng?

5 comments:

  1. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.

    apa kira pung amno dah tersepit
    lain dimulut lain dihati
    Allah perlihatkan ngan jelas perangai depa
    takut hilang undi dari takut pada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang munafik tak tahu lagi siapa. Entah-entah orang pas tak?

      Macam Allah sedang membalas tipuan korang je??,

      Hari tu kan Allah dah perdayakan PAS jadi 'PIGS'!!!

      DAH JADI 'BABI' PUN MASIH TAK MALU MENGAKU PEJUANG ISLAM???

      Pergi bertaubatlah lagi bagus!!! Dosa jual agama dah banyak!!!

      Delete
  2. Seperti yang dijangkakan, golongan Munafiq Laknatullah didalam Pakatan Hopeless (PAN Imayam, OKR & PPBM & DAPigs) amat bergumbira bersama kaum kafir harbi didalam BN dan juga Pakatan Hopeless kerana amat bangga usaha PAS untuk mendaulatkan Undang-Undang Islam terbantut!

    Kepada kaum Islam di Malaysia..adalah jelas sekali kaum Munafiq Laknatullah dalam Pakatan Hopeless adalah hamba kepada kaum Kafir Harbi Laknatullah! Ini bermakna sebarang undi kepada kaum Munafik ini samalah dengan mengundi kaum Kafir Harbi yang suka Berzina, Sodom, Berjudi, Minum Arak, kaki Rasuah, dan sebagainya!

    ReplyDelete
  3. Pigs, Pigs,Pigs Pigs pigs

    ReplyDelete