Wednesday, March 29, 2017

Bukankah bermakna yang dipertahankan sebenarnya hanyalah jawatan?

Wednesday, 29 March 2017
TAK SAYANG JAWATAN KONON, TAPI....

Di sebalik beberapa Pas kawasan semakin banyak meluluskan usul agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, Pas Selangor nampaknya agak keberatan untuk mengambil tindakan yang sama dengan cuba memberi gambaran daripada sudut yang berbeza.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya usul putus hubungan itu diluluskan, ia hanya akan menguntungkan seteru politik mereka iaitu Amanah.

Katanya, keberadaan Pas dalam kerajaan negeri ialah untuk memastikan Amanah terus berada di luar lingkungan kuasa di Selangor.
Kita tak takut hilang jawatan....tapi kita takut Amanah masuk dalam pentadbiran kerajaan Selangor, ujar beliau.

Hehehe....tak takut hilang jawatan konon, tapi takut pula Amanah jadi ganti dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pengertian yang mudah, kalau Pas putuskan hubungan dengan PKR, automatik Amanah akan masuk sebagai pengganti dan hilanglah semua jawatan yang dipegang selama ini.

Selagi tak putus hubungan dengan PKR, selagi itulah Pas kekal dengan nikmat jawatan dalam kerajaan Selangor.

Dalam masa yang sama, selagi itulah Amanah dapat dihalang daripada memegang jawatan.

Bukankah ia bermakna yang dipertahankan sebenarnya hanyalah jawatan?

Itu pun masih lagi nak berdalih mengatakan tidak sayang jawatan kononnya. Lawaklah dol.... (ShahbudinHusin 29/03/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 08:57

2 comments:

  1. Ini common sense kan

    Bebudak PAS tuh nak cari makan apa nanti kalau dah keluar Selangor

    Bukan senang penipu nak cari makan sekarang

    Muka tak malu betul

    Makan gaji buta saja sekarang nih

    ReplyDelete
  2. X banyak dah pemimpin dalam PAS yg kononnya lebih utamakan akhirat dari duniawi dan nampaknya dah kurang yakin dengan qada' dan qadar.

    Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

    Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:

    Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

    (Surah al-Anaam: ayat 59).

    Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

    (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

    ReplyDelete