Sunday, March 26, 2017

Kalau benar PAS ada 'kote' kenapa tak putuskan terus hubungan dengan PKR?

* Dah dok bising yang PAS tak mahu ada hubungan dengan mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah tapi kerana kedudukan dan kuasa di Selangor, PAS hilang 'kote', cakap Presidengnya dah jadi merapu

PKR tak ada hubungan dengan DAP dan Amanahkah?
Lagi satu kenapa kecut dan gelabah bewak sangat bila Amanah kata nak tawan Kelantan? Katanya PAS semakin kuat bila bersendirian?
Aku rasa di Pasir Mas pun dia sendiri akan hanyut

Bukankah satu kenyataan 'ngok' bila libatkan Selangor yang ditadbir bersama dengan PKR dengan hasrat Amanah nak rampas Kelantan?

Rampas Selangor: Azmin dinasihat jangan emosi, tegur dulu Amanah
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Mac 25, 2017 17:26 MYT
Rampas Selangor: Azmin dinasihat jangan emosi, tegur dulu Amanah
Nik Mohamad Abduh (gambar) berkata kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai tindak balas terhadap parti serpihan Pas itu yang begitu bertekad merampas Kelantan. -Gambar fail
KOTA BHARU: Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak terlalu emosi berhubung kenyataannya bahawa Pas sedia merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nik Mohamad Abduh berkata kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai tindak balas terhadap parti serpihan Pas itu yang begitu bertekad merampas Kelantan.

Beliau berkata sekiranya Mohamed Azmin menghormati hubungan dengan Pas, Timbalan Presiden PKR itu sepatutnya terlebih dahulu menegur Amanah.

“Mohamed Azmin sepatutnya menegur Parti Amanah kerana PKR masih mempunyai hubungan dengan Pas.
“Kalau dia (Azmin) tidak selesa dengan kenyataan saya (hendak tawan Selangor), dia juga patut berasa tidak selesa dengan kenyataan Parti Amanah yang berulang kali menyebut untuk merampas Kelantan.

Beliau juga melahirkan rasa janggal dengan tindakan PKR yang sanggup berada satu pentas dengan Amanah yang terang-terangan menghentam Pas.

“Apa yang peliknya apabila pakatan pembangkang menyerang Pas, PKR hanya mengambil jalan senyap dan pada masa sama sanggup menghantar orangnya berceramah sepentas dengan Parti Amanah di Kelantan,” kata Nik Mohamad Abduh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini hari ini.

Selasa lalu, Mohamed Azmin menerusi akaun twitternya menyindir Nik Mohamad Abduh dengan menulis kenyataan: “Ada Tok Lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Sindiran pedas Mohamed Azmin itu mendapat kecaman hebat oleh akar umbi Pas khususnya di Selangor sehingga terdapat banyak kawasan parti itu menyarankan agar Pas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan PKR.

Sementara itu, Nik Mohamed Abduh menjelaskan Pas masih bertahaluf siyasi dengan PKR dan partinya sentiasa berlembut dengan parti itu.

Beliau menjelaskan Pas terbuka menerima teguran daripada PKR bahkan menghormati hubungan ini demi kebaikan rakyat di Selangor.

4 comments:

  1. Bagus juga jika Nik Abduh dinobatkan sebagai ikon politikus bodoh dalam PAS, dalam UMNO telah diwakili oleh Ahmad Maslan.

    ReplyDelete
  2. Beduh mana ada k_te
    Walak kat beduh ni walak pala toya..
    Tak ada tokoh langsung sebagai pemimpin

    ReplyDelete
  3. Meroyan semacam nik beduh sejak kalah pemilihan. Jauh menyimpang. Yg nak di lawan kononnya Amanah dan DAP. Dah Amanah nak tawan Kelantan Pasai apa dia x berani nak tawan pulau pinang. Yg masih bertahaluf (pkr) pulak nak dijatuhkan. Syok sendiri. Wallahua'alam...

    ReplyDelete
  4. Elok dah pas ngan umno bersekutu. Parti auta dan parti penyamun. Satu membodohkan pengikut dan satu lg membodohkan rakyat. Lepas pru 14 dua2 lingkup. In Shaa Allah.

    ReplyDelete