Tuesday, March 28, 2017

Kalau macam ni statementsnya, pentingkah PAS pada mereka?

UMNO tidak terkilan jika Pas muktamad tiada kerjasama - Syed Ali
Astro Awani |  Mac 27, 2017 22:12 MYT
UMNO tidak terkilan jika Pas muktamad tiada kerjasama - Syed Ali
UMNO tidak terkilan jika Pas mengambil keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan parti itu pada PRU ke-14 akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO tidak terkilan jika Pas mengambil keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Pas yang dilihat bermain tarik tali sememangnya sudah diduga dan UMNO tidak pernah menggantung harapan terlalu tinggi kepada parti pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu.

"UMNO sebelum ini pernah menghulurkan salam perpaduan dengan Pas atas dasar kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi ditolak mentah-mentah oleh parti itu.

"Dahulu sewaktu era Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas dengan angkuh menegaskan tidak akan berlaku sebarang kerjasama politik dengan UMNO.

"Oleh sebab itu, pengumuman Abdul Hadi bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun UMNO pada PRU akan datang bukan sesuatu yang perlu dikesali," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Rampas Selangor: Azmin dinasihat jangan emosi, tegur dulu Amanah

BACA: 
Pas perlu buat keputusan segera atau hilang sokongan pengundi - Guan Eng

Secara peribadi tegasnya, UMNO tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan PAS yang disifatkan tindakan mereka untuk bersendirian berdepan PRU akan datang.

Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa parti itu mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan UMNO mahupun Pakatan Harapan pada PRU akan datang.

Hadi dipetik sebagai berkata pengumuman tersebut bagi menamatkan pelbagai spekulasi sebelum ini yang mendakwa PAS akan berkerjasama dengan UMNO.

UMNO ujar Syed Ali lagi, berniat ikhlas jika berlaku kerjasama politik dengan Pas kerana mengambil kira kedudukan dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Persekitaran politik masa kini secara jelas menunjukkan kedudukan orang Melayu agak meruncing kerana berdepan dengan politik perkauman yang disemarakkan oleh pembangkang.

"Bagaimanapun, apabila Pas mengambil keputusan untuk bersendirian pada PRU akan datang bermakna parti itu sudah bersedia untuk menerima tentangan UMNO.

"UMNO sudah masak dengan sepak terajang politik yang dibawa oleh Pas dan sudah semestinya kita (UMNO) akan menentang mereka habis-habisan termasuk mana-mana parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan," tegasnya.

Menurut beliau, UMNO sudah mempersiapkan jentera pilihan rayanya dan sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada PRU akan datang.

"Seperti yang ditegaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO akan menentang mana-mana musuh politik secara agresif, kerana kita mahukan kemenangan lebih cemerlang," jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan Pas supaya tidak 'menjaja' isu agama untuk mengemis simpati pengundi.

"Jika DAP bermain dengan politik rasis, saya harap Pas jangan pula memperalatkan isu agama hanya kerana ingin mendapat sokongan pengundi Melayu.

"Pas sepatutnya sudah boleh menilai kemampuan sebenar mereka apabila mengambil keputusan menjauhkan diri daripada blok pembangkang.

"Pas juga sepatutnya sudah boleh 'ukur baju di badan sendiri' dan mereka kena faham senario politik sudah berubah," ujarnya.

Mengenai kesepakatan Pakatan Harapan yang kini dicadangkan menggunakan nama Barisan Rakyat, Syed Ali berkata perkembangan itu bukan sesuatu yang boleh menyebabkan UMNO panik.

Beliau berkata, pakatan parti-parti pembangkang di Malaysia tidak akan kemana selagi mereka bertuankan DAP yang berpegang kuat kepada amalan politik rasis.

Tambah beliau, pakatan pembangkang hanya nampak segar sewaktu hampirnya PRU dan selepas itu akan kembali layu dan tidak menarik minat orang ramai.

Mengulas kemungkinan wujud satu lagi parti baru diketuai bekas senator, Datuk Ezam Mohd Noor, beliau menjelaskan semua pihak berhak menubuhkan parti politik jika niatnya untuk bertanding dalam PRU.

"Tetapi ramai orang bertanya,  apa sebenarnya dia (Ezam) mahu, sekejap masuk PKR, masuk UMNO, masuk PPBM dan kini nak tubuh parti baru, ini menunjukkan beliau tak ada prinsip," tegasnya.

Beliau menjelaskan, UMNO boleh berbangga kerana tidak mempunyai individu seumpama 'katak' yang suka lompat-melompat kerana mengejar sesuatu.

2 comments:

  1. Jangan tak tahu kerja PAS ialah untuk pecahkan undi.

    Tak mungkin PAS bersama UMNO yang ada hubungan adik beradik dengan MCA.

    Jadi nak cantik kan cerita, PAS kena lah buat-buat tolak UMNO.

    UMNO pun kutuk lah PAS. Maka jadi lah dalam pembangkang ada dua blok.

    ReplyDelete
  2. amno harap sabah sarawak saja lah
    sia sia ada kuasa 60 thaun tapi maseh pakai hukum lapuk penjajah

    ReplyDelete