Thursday, January 19, 2017

Datuk lagii!

Rasuah: Lagi ‘Datuk’ ditahan SPRM
WARTAWAN SINAR HARIAN - 19 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang suspek  bergelar ‘Datuk’ atas dakwaan rasuah.

Suspek berusia 58 tahun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu ditahan di bawah satu operasi Ops Guinea oleh sepasukan pegawai SPRM kira-kira tengah hari tadi.

Turut ditahan adalah pengurus jualan antarabangsa yang bekerja di bawah syarikat yang sama.

Memetik laporan The Star, ‘Datuk’ berkenaan ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, Petaling Jaya.

Sementara suspek kedua yang berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.

Mereka dikatakan terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan suatu projek e-pasport di rantau Afrika.

Sumber berkata, kedua-dua suspek meminta rasuah antara 2013 dan 2015.

Rasuah itu didakwa diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat yang berpangkalan di luar negara swasta.

Difahamkan, syarikat  itu menandatangani kontrak dengan negara itu bagi tempoh 15 tahun sebagai persediaan untuk pelaksanaan kemudahan e-pasport.

1 comment:

  1. Malaysia neh kalo sprm btol2 berkuasa tanpa campur tgn silap2 boleh lumpuh operasi kerajaan kerana sesetengah agensi tu tak boleh bergerak psl ramai sgt terlibat mcm kes polis hong kong thn 80an.

    Kalo tak percaya tgok laa.kejap jer tuh.ni mesti psal mat bahri yg berenti tempohari..lg pun yg ditangkap hnya bilis mcm bahri royat tu la.sarang labah2..tangkap dan tangkap.lps tu tak ada kes.kah,kah kah.bestnya kena bodo dgn umngok..

    ReplyDelete