Thursday, January 26, 2017

Aiik.....bercakap tentang adab? Ajarlah dulu para wala'un kamu tuh!

Kalau nak kerjasama, perlu adab, PAS beritahu Dr M

  | January 26, 2017
PAS berkata ia terbuka dengan kerjasama, tetapi ada syarat yang perlu diterima secara sukarela.
PETALING JAYA: PAS hari ini meneruskan serangannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berniat jahat kerana menuduh ada pimpinan PAS mahu sabotaj kerjasama antara 2 parti itu.
“Sedangkan beliau sebut nak kerjasama, tetapi adab, orang kerjasama bukan menyerang, bukan menekan dan bukan mengecam,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
“Itu bukan adab orang yang nak berbincang.”
Ahli Parlimen dari Terengganu itu turut mempertahankan kritikan pimpinan PAS terhadap Dr Mahathir.
“Jadi kalau ada dalam kalangan pimpinan PAS yang menyerang atau mengecam Dr Mahathir, itu tindak balas yang wajar bagi tindakan Dr Mahathir,” katanya.
Dr Mahathir dilihat antara pemimpin PPBM paling lantang mengkritik PAS. Bekas perdana menteri itu baru-baru ini berkata masa untuk PAS membuat keputusan sama ada mahu menyertai pembangkang lain menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat.
Khairuddin berkata, PAS sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak dalam menjalinkan kerjasama dengan parti lain.
Bagaimanapun, kerjasama dengan PAS mesti mengikut syarat yang ditetapkan.
“Kita kenakan syarat dan sesiapa yang nak kerjasama kena ikut dengan kita. Kita tidak paksa, tetapi syarat itu sebagai pilihan. Terpulang kepada kamu, hak kamu dan pilihan kamu,” katanya.
Khairuddin berkata PAS akan hanya membuat pendirian jelas berhubung kerjasama dengan PPBM berdasarkan keputusan Majlis Syura parti itu.
Ini kerana apa-apa bentuk antara PAS dengan parti lain memerlukan kelulusan daripada majlis itu, badan tertinggi parti yang didominasi ahli Dewan Ulama.
“Jadi, bagi PAS tiada pengakhiran lagi. Mungkin ada perbincangan dengan beberapa pemimpin yang diamanahkan, tetapi itu bukan perbincangan akhir dalam membuat keputusan.
“Keputusan sebarang kerjasama politik dengan parti lain di bawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama,” katanya.

* Lupakan jerlah puak-puak mengada-ngada dan POYO ni. Biarkan mereka menjadi punah tak sihat kerajaan Najib.. Duduklah kamu dengan mimpi kamu sebagai 'King maker'. Itu pun sekiranya bahan jajaan kamu laku di PRU 14 nanti

3 comments:

  1. bebudak bahalol nak cakap pasal adab ; sendiri nilai ekonomi pun tak ada melahap dedak pulak sampai tengok porno german pun tak bayar

    cakap sampah saja


    memalu kan melayu lah

    sebaik nya tutup muka tuh dengan serban kerja kutip tol lagi baik , lagi ber maruah

    ReplyDelete
  2. Pas syok sendiri la ni, akar umbi semua dah belah paspispus tak perasan, tunggu dan lihat Pru14 nanti.. tempat gua pas dah melingkuppp..

    ReplyDelete