Thursday, January 26, 2017

Sedar pun kamu........ya, kami (rakyat) yang berkuasa!

* Jadi jagalah keabajikan kami baik-baik. Orang-orang politik jangan songlap. Jangant cekik kami. Kami memang dah lemas pun.

Janganlah cakap berbelit-belit. Sebahagian besar dari kami dah cerdik, dah bersekolah dan berpelajaran. Bukan lagi di zaman '60an. Segala media ada dihujung jari kami. Kami dah tahu menilai. Jangan bohongi kami.

Undi kami hak kami........bergantung kepada kami nak berikan kat siapa

'Parti tiada kuasa, sebaliknya kuasa datang dari rakyat'
mk    Hari ini, 6:19 pagi
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pimpinan MIC di semua peringkat supaya berkhidmat untuk masyarakat dan tidak hanya mementingkan kedudukan dalam parti.

Perdana menteri berkata ini kerana parti tidak mempunyai kuasa, sebaliknya kuasa datang daripada rakyat.

"Kuasa parti adalah ketika waktu pemilihan parti, tetapi kuasa mutlak adalah pada rakyat ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

"Kita perlu merendah diri dan tahu bagaimana nak dekatkan hati kepada rakyat. Kalau kita bantu mereka terutama yang susah mereka akan mengenang jasa," katanya di majlis sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan anjuran MIC yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga presiden MIC, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar dan Yang Dipertua Dewan Negara merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur pesta berkenaan, Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Najib yang juga pengerusi BN, berkata sekiranya MIC menjadi parti yang mengutamakan kaum India, beliau percaya masyarakat itu akan memberi sokongan kepada parti berkenaan.

"Namun, tidak boleh terhad nak tolong orang India sahaja, perlu berkhidmat kepada semua rakyat berbilang kaum," atanya.

Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan BN bukan sebuah kerajaan bersifat retorik yang hanya boleh menjanjikan sesuatu tanpa melaksanakannya.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan BN sentiasa mengotakan segala janji untuk membantu rakyat termasuk terhadap kaum India.

"Berbeza dengan pembangkang, mereka banyak bermain politik... dulu cakap lain, hari ini cakap lain," katanya.

Najib berkata sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau telah mempengerusikan jawatankuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum India dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum itu.

"Hasilnya, kita bukan sahaja luluskan peruntukan besar untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Saya juga arahkan pinjaman Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diberikan kepada kaum India.

"Begitu juga dalam soal pendidikan, saya tetapkan 1,500 tempat untuk pelajar India mengikuti program matrikulasi selain bilangan yang memasuki politeknik semakin meningkat. Kita juga beri sumbangan besar sehingga 350,000 orang India di Malaysia mendapat pelbagai bantuan keusahawanan," katanya.

Perdana menteri turut menegaskan akan melancarkan pelan pembangunan termasuk jentera pelaksana bagi membangunkan hala tuju masyarakat India di negara ini.

Sementara itu, Dr Subramaniam ketika berucap pada majlis itu, berkata MIC akan terus bersama BN dalam memastikan negara lebih berjaya pada masa depan.

Malah, beliau berkata sejak memimpin kerajaan sepanjang tujuh tahun ini, Najib banyak melaksanakan program untuk pembangunan masyarakat India di negara ini.

1 comment: