Friday, January 27, 2017

"Kisah Kingmaker"

Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi negara sedang berdarah dan salah guna kuasa berleluasa, saya menyeru dan memohon dengan serendah-rendah hati agar kepentingan sendiri diketepikan, ego disisihkan dan hasad dengki dimatikan.

1. Kita seharusnya sedar bahawa mana-mana parti pembangkang, tak kira lah DAP, PKR mahupun BERSATU juga boleh menjadi "kingmaker" seperti PAS sekiranya mahu. Namun, apalah guna prinsip digadaikan sebagai taruhan?

Baru-baru ini beberapa pemimpin PAS menyatakan bahawa mereka adalah "kingmaker" kerana mereka yang menentukan keputusan pilihanraya yang akan datang. Sekiranya PAS bersama pembangkang, pembangkang akan menang, tanpa PAS, pembangkang tak berpeluang untuk merubah tampuk pemerintahan negara.

2. Saya tak akan berdalih dan berlagak, saya mengaku bahawa amat sukar untuk pembangkang memperolehi kemenangan sekiranya perlawanan 3 penjuru terjadi. BN akan menjadi juara pasti sekali lagi.

3. Tapi, cuba kita gunakan logik ini terhadap PAS sendiri. PAS bersungguh menyatakan bahawa pembangkang memerlukan PAS untuk menang.

Logik yang sama boleh digunakan ke atas PKR. Pembangkang memerlukan PKR untuk menang.

PKR mempunyai 28 kerusi parlimen dan mentadbir kerajaan negeri Selangor. DAP mempunyai 37 kerusi parlimen dan mentadbir Penang.
Sekiranya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan pakatan pembangkang dan bermadah "politik matang" tapi pada masa yang sama mencecah kaki dan berdolak dalih antara parti pembangkang dan parti kerajaan, mereka juga boleh menjadi "kingmaker".

Selangor akan jatuh
Penang akan jatuh

Sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menjadi penjuru ketiga dalam perlawanan ini, PAS mungkin akan kehilangan Kelantan dan kerusi kerusi parlimen sedia ada.

4. Sebagai parti bongsu di Malaysia, Bersatu sememangnya tidak boleh tandingi PKR & DAP dalam jumlah kerusi.

Namun,

A) Kami adalah jambatan bertemu Warisan yang merupakan parti terkuat di Sabah.

b) Kami ditadbir pemimpin penarik rakyat dan pengundi seperti Tun M, DSMY dan DSMM; Mantan PM, DPM dan MB Kedah. Kalau DS Anwar boleh tarik banyak kerusi bagi PKR bila tertubuhnya parti tersebut, bayangkan berapa banyak kerusi boleh dimenangi oleg gabungan 3M pada pilihanraya yang akan datang.

C) Parti Bongsu yang berjaya menganjurkan beratus ratus ceramah satu Malaysia yang dihadiri  beribuan rakyat Malaysia setiap ceramah.

D) Pelancaran parti yang dihadiri 10,000 penyokong (dilaporkan oleh Channel News Asia).

5. Bayangkanlah sekiranya BERSATU berpolitik dengan taktik PAS. Ke sana, ke sini bersembang politik matang tapi pada masa yang sama bermain mata dengan kedua-dua kerajaan dan pembangkang, mencipta penjuru ketiga di saat pertarungan sedang genting. Dimanakah kematangannya?

6. Percayalah, kita semua tak kira mana-mana parti boleh menjadi "kingmaker". Tapi gelaran itu tak didamba sebab kami tak nak jadikan BN semakin kuat. Tapi gelaran itu tak diketagihi sebab kami ada prinsip.

Kita perlukan satu sama lain.

Ini bukan masa untuk bermain api, bukan masa untuk menjual nama, bukan masa untuk berpecah belah. Ini adalah masa untuk kita bersatu.

Kita mahu teguh bukan roboh.

-SS-   Akramin Idrus

3 comments:

  1. pas perasan dia nak jadi kingmaker tapi hakikatnya pas adalah king of the barua..
    noktah

    ReplyDelete
  2. Memang tèramat jelas PAS sedang bermain kayu tiga dan dipimpin oleh saf materialistik. Dahulu sèmasa era gabungan UFN & TGNA terutamanya PAS adalah merupakan 'parti pembangkang' yang digeruni oleh UMNO, tetapi kini PAS telah bertukar mènjadi 'parti terkangkang' yang amat disukai UMNO.

    ReplyDelete
  3. Memang tèramat jelas PAS sedang bermain kayu tiga dan dipimpin oleh saf materialistik. Dahulu sèmasa era gabungan UFN & TGNA terutamanya PAS adalah merupakan 'parti pembangkang' yang digeruni oleh UMNO, tetapi kini PAS telah bertukar mènjadi 'parti terkangkang' yang amat disukai UMNO.

    ReplyDelete