Thursday, January 19, 2017

Tolak segera 'oportunis' PAS

AMANAH: Tolak segera 'oportunis' PAS sebelum terlambat
mk  -  Hari ini, 2:35 tengahari
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa parti-parti pembangkang segera melupakan kerjasama dengan PAS sebelum terlambat.

Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata kelewatan membuat keputusan hanya akan memberi kelebihan kepada PAS dan BN.

“Akhirnya, negara yang tercinta ini terus dihancurkan oleh aparat sang penguasa dan kita gagal untuk mencapai hasrat dan cita-cita rakyat Malaysia!” katanya.

Sany mendakwa sikap “dolak dalik” PAS yang hanya mahu bekerjasama dengan PKR dan Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya melemahkan pembangkang dan mengelirukan rakyat.

Dakwanya, apabila BN dan Pakatan Harapan tidak berupaya memperoleh sokongan majoriti, PAS mahu dilihat sebagai "king maker" (penentu) politik negara.

“Dalam anggapan PAS, blok-blok sedia ada perlu bergantung harap kepada PAS untuk membentuk kerajaan walau pun kerusi yang dimenangi hanya sedikit.

“PAS membayangkan pada waktu itu harga mereka akan menjadi mahal.

“Segala tuntutan PAS perlu dipenuhi oleh mana-mana pihak yang perlukan bantuan mereka. Tanpa kerjasama PAS maka kerajaan yang kukuh tidak boleh terbentuk,” kata Sany.

Beliau justeru berkata, inilah konsep “makan keliling” yang didakwanya berlindung di balik slogan politik matang dan sejahtera.

“PAS dilihat mahu hidup selesa atas perpecahan dan kesusahan orang lain.

“Sewajarnya, istilah king maker ditukar kepada king of opportunist (raja oportunis) agar rakyat tidak keliru dengan politik makan keliling PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment