Saturday, January 21, 2017

Hilang terus samseng dan muka gedebe bila dah di Mahkamah dan di hadapan Hakim

Hukuman penjara suami isteri ditambah
20 Januari 2017
Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh pemenjaraan daripada 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri Lor Ka Hoo, 36, dan isterinya Tan Sit Fun, 31, yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada November lepas. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Pasangan suami isteri yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada November lepas, terpaksa merengkok lebih lama di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah tempoh pemenjaraan ke atas mereka kepada lima bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng memutuskan sedemikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, serta dua timbalan pendakwa raya Mohd Fairuz Mohd Johari dan Ng Wee Li.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan rayuan silang tertuduh Lor Ka Hoo, 36, dan isterinya, Tan Sit Fun, 31, yang sebelum ini dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 November lepas.

Wong memerintahkan pasangan suami isteri itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Bagaimanapun, beliau mengekalkan jumlah denda RM3,000 yang dikenakan ke atas mereka.

Ka Hoo dan Sit Fun mengaku bersalah bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 24, dengan niat untuk menakutkan wanita itu daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam yang sah di sisi undang-undang.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di parkir kereta awam di Jalan BRP 6/12 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 10.30 pagi, 24 November lepas dan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini dalam satu kenyataan berkata Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes itu kerana berpandangan hukuman ke atas Lor dan Tan adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Dalam penghakimannya, Teck Meng berkata pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri memandangkan bayaran tiket meletak kereta dan saman meletak kenderaan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melibatkan kos yang besar.

"Jika disaman, PBT tetapkan jumlah yang perlu dibayar antara RM10 ke RM15 sahaja sekiranya dibayar pada hari yang sama. Selepas 24 jam baharulah kadar itu bertambah dan jika tidak bayar juga, akan ada tawaran diskaun yang diberikan oleh PBT.

"Kedua-dua perayu (Ka Hoo dan Tan) sepatutnya bertindak tenang, terima saman dan bayar tanpa perlu berkasar dengan anggota penguat kuasa. Menghalang tugas penjawat awam adalah satu kesalahan yang serius," katanya.

Sehubungan itu, Teck Meng berkata mahkamah berpendapat hukuman berbentuk pengajaran wajar dijatuhkan ke atas pasangan suami isteri itu supaya mereka tidak mengulangi kesalahan dan juga sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Terdahulu, dalam hujahannya, Muhamad Iskandar memohon supaya mahkamah lebih mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan tertuduh dengan menambah tempoh pemenjaraan antara enam bulan hingga 11 bulan.

"Kira-kira 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ketika ini mengharapkan satu hukuman yang benar-benar boleh menyedarkan kedua-dua tertuduh serta pihak lain yang cuba memperlekeh tugas penjawat awam," katanya.

Mengenai hujahan peguam pasangan suami isteri itu, Gabriel Susayan bahawa anak guamnya telah 'dihukum' oleh pihak media yang melaporkan kes mereka dengan meluas, Muhamad Iskandar menjelaskan peranan pihak media ialah untuk menzahirkan kegusaran masyarakat dan bukan untuk menjatuhkan hukuman.    

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas sedang mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kemarahan pasangan suami isteri itu yang bertindak menarik baju serta menghalang mangsa daripada beredar.

Kejadian itu menjadi tular selepas rakaman video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. - sumber

2 comments:

  1. orang awam penjawat awam sapa saja yang terangan melakukan kesalahan wajib dihukum
    keadilan nampak dilaksanakan bukan cakapan saja
    ada paham ka itu orang

    ReplyDelete
  2. Mintak2 kena belasah pulak dalam penjara cina 2 ekor ni..

    ReplyDelete