Friday, January 27, 2017

DAP tidak pernah perangkap sesiapa pun tetapi PAS sedang masuk ke perangkap UMNO

DAP TIDAK PERNAH MEMERANGKAP SESIAPA PUN TETAPI PAS SEDANG MASUK KE DALAM PERANGKAP UMNO

DAP tidak pernah dan tidak perlu memerangkap sesiapapun kerana parti ini amat disokongi serta didokongi oleh lebih daripada 85% masyarakat cina di tanahair kita.

DAP akan berjaya mempertahankan hampir kesemua kerusi-kerusi yang mereka menang pada pru13 yang lepas malahan akan memenangi beberapa kerusi baru pada pru14 kelak!!

Sokongan masyarakat cina pada parti DAP amat mantap khususnya di saat kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup sedang mengakibatkan ekonomi negara semakin merudum!!

Seandainya ekonomi negara ranap; bangsa pertama yang bakal merasai bahananya adalah masyarakat cina kerana mereka golongan pedagang yang menguasai bidang ekonomi di negara kita akibat dari daya-usaha sendiri!!

Malahan adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa parti DAP cukup selesa bagi menghadapi pru14 nanti.

Saya pernah menjadi ahli dan pemimpin umno di peringkat akar umbi pada suatu masa dahulu. Minda ahli-ahli umno dan kebanyakan orang melayu selalu tohmah kononnya parti DAP amat chauvinist serta berbaur perkauman.

Secara ringkasnya kini baru saya sedar bahawa parti yang betul-betul 'chauvinist' adalah MCA serta Gerakan. Bukan parti DAP!!

Bila presiden parti MCA memberi amaran keras kepada umno dan Barisan Nasional mengenai pendirian mereka bagi menentang RUU 355; yang amat dihairani kenapa TV3suku tidak mengeksploitasikan pendirian MCA itu!! Begitu juga bila parti Gerakan menentang keras RUU 355; semua pemimpin-pemimpin umno tidak kutuk langsung MCA ataupun Gerakan sepertimana mereka menyerang DAP?!

Sebagai bekas pemimpin akar umbi umno di pulau pinang; saya lihat ketua menterinya iaitu yab saudara lim guan eng amat memberi perhatian kepada program memperkasakan bangsa melayu serta juga agama islam di negeri pulau mutiara ini.

Dulu ketika negeri pulau pinang diterajui oleh Gerakan di bawah Barisan Nasional; mereka tak pernah pun buat sepertimana yang dilakukan oleh yab saudara lim guan eng pada hari ini.

Yab saudara lim guan eng adalah ketua menteri yang menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah agama, masjid-masjid dan imam-imam!!

Baru-baru ini beliau menjemput imam masjidil al-aqsa melawat pulau pinang untuk menunjukkan program-program pentadbiran kerajaan negeri memperkasakan syiar islam di pulau pinang.

Penjawat-penjawat awam di negeri pulau pinang yang terdiri dari orang melayu turut menerima bonus tahunan yang tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Yab saudara lim guan eng juga baru-baru ini melantik dato saifudin nasution sebagai pengarah strategik kepada yab ketua menteri pulau pinang.

Dato saifudin nasution adalah bangsa melayu!!

Yabhg tun dr mahathir mohamad pun terkejut serta kagum bila tokoh-tokoh pemimpin utama DAP berucap dalam bahasa malaysia pada persidangan konvensyen tahunan DAP!!

Ini membawa erti DAP turut memperkasakan bahasa malaysia sebagai bahasa utama negara kita.

Pemimpin-pemimpin parti DAP secara terbuka menyokong dan pertahankan institusi raja-raja melayu, hak orang-orang melayu, agama islam sebagai agama rasmi malaysia serta bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kita!!

Apa lagi bangsa melayu mahukan?! Kaum cina dalam DAP adalah warganegara malaysia yang sah yang dilahirkan di sini. Mereka turut berganding bahu bersama kita untuk lawan rasuah, perkasakan tanahair dan bertungkus-lumus membina kekuatan nasional dengan semua bangsa di malaysia!!

Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh saya huraikan tetapi terlalu banyak fakta-fakta yang bakal membuktikan bahawa parti DAP tidak berbaur perkauman!!

DAP telah bekerjasama secara begitu lama dengan PAS. Parti DAP amat akhrab dengan PAS sejak berpenggal-penggal lamanya dari keujudan parti Semangat 46 yang ditubuhkan oleh ybm tengku razaleigh hamzah.

Dua tiga hari yang lepas  supremo DAP yb lim kit siang masih memujuk parti PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan bagi berjuang secara bersama untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang mengkhianati bangsa, agama serta tanahair kita!!

Yb lim kit siang mengambil pendekatan rendah diri untuk menjemput PAS berjuang bersama pembangkang.

Apa lagi yang tak kena dengan DAP?! Apa lagi yang tak betul dengan DAP?!

Hakikatnya, yang banyak 'songeh' itu bukan parti DAP atau yabhg tun dr mahathir mohamad tetapi yang 'hidung tinggi' itu adalah PAS!!

PAS terlalu banyak 'songeh' dan 'hidung tinggi' yang bakal mengkhianati wadah perjuangan rakyat menentang kerajaan kleptokrasi serta perdana menteri paling korup dalam sejarah kepimpinan politik negara.

PAS tolonglah jangan mengkhianati wadah perjuangan untuk menegakkan kebenaran bagi Selamatkan Malaysia!!

PAS tolonglah jangan banyak 'songeh!!' Dan PAS tolonglah jangan 'hidung tinggi!!'

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
26 Januari 2017

1 comment: