Wednesday, February 7, 2018

Yayasan 1MDB taja Haji: Menteri agama, mufti, ulama diasak A Kadir Jasin

Apa kata menteri agama, mufti, ulama 1MDB menaja bakal haji, soal MPT Bersatu
MALAYSIA DATELINE  -  February 6, 2018 6:15 pm
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin menyelar tindakan kerajaan yang memberi tajaan kepada 1,200 bakal jemaah Haji menerusi dana Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut A Kadir dengan kegagalan 1MDB melunaskan hutang RM42bilion dari mana syarikat kerajaan itu mendapat dana untuk menaja imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan tajaan di bawah Yayasan 1MDB itu.

“Dari manakah Yayasan 1MDB ini dapat duit kalau 1MDB gagal dan berhutang RM42 bilion?

“Adakah duit sebuah syarikat yang berhutang dan melakukan kesalahan jenayah di merata dunia boleh digunakan untuk menunaikan haji”,  tulisnya diblog.

A Kadir bekas wartawan dan penulis politik prolifik ini turut mengesa peranan pendakwah, mufti dan menteri agama untuk menerangkan dari segi hukum sebuah syarikat seperti 1MDB ini melalui yayasannya menaja bakal jemaah haji.

“Mohon menteri agama (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom, para mufti, tok guru, tuan guru, ustaz dan tok lebai di merata pelosok negara bagi petua?

“Lagi elok kalau Majlis Fatwa Kebangsaan boleh beri fatwa!

“Tapi sebelum itu mintalah Jamil Khir, para mufti, tok guru, tuan guru, ustaz dan tok lebai pelajari dan fahami 1MDB ini macam yang Najib, Jho Low, Arul Azrul Kanda Kandasamy dan Nik Faisal Ariff Kamil faham.” ujarnya sinikal.
Datuk Seri Mohd Najib Razak (tiga dari kanan) ketika melancarkan alumni Program Khas Haji sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Masjid Putra pada Jumaat lalu

Pada Jumaat lalu seramai 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran haji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naji Razak.

Jumlah keseluruhan 6,911 pemimpin peringkat akar umbi mendapat tajaan dalam program cetusan idea Perdana Menteri itu sejak 2011.

Justeru A Kadir melahirkan kebimbangannya jika sumber dana yang diberikan kepada bakal jemaah haji itu bukan dari sumber yang sah di sisi agama Islam.

“Takut-takut duit curi dan duit hutang ini dicampuradukkan untuk tujuan agama Islam macam membiayai orang naik haji dan buat umrah.” katanya

6 comments:

  1. Duit 1MDB bukan semuanya milik mutlak orang islam, bisnesnya pun tidak sepenuhnya islamik. Ia adalah bersumberkan pinjaman yakni hutang yang perlu dibayar oleh semua penganut untuk menjayakan aktiviti 1MDB itu sendiri. Dengan itu, segala keuntungan mahupun hutang adalah milik semua rakyat, islam dan juga yang bukan islam. Jika wang 1MDB sama ada dari keuntungan ataupun hutang, selain digunakan untuk menaja beberapa orang islam terpilih untuk mengerjakan haji, kenapa tidak ditaja penghantaran penganut hindu contohnya untuk mensucikan diri mengikut kepercayaan agama anutan mereka ke Sungai Ganges di India sana? Tak acilah, wang 1MDB hanya untuk orang islam, yang bukan islam tak kan melopong saja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok lebai non muslim dah bersuara.Mana tok lebai muslim pulak? Bersuaralah supaya rskyat boleh tahu letak duduk perkara...

      Delete
  2. Ada org menunggu bertahun2 utk dpt giliran menunaikan haji mengguna biaya sendiri. Adakah 1200 bakal haji 1mdb ini mencuri giliran mrk? Tanggunglah sendiri

    ReplyDelete
  3. Great beat ! I wish to apprentice while you amend your site, how can i subscribe for a weblog site?
    The account helped me a appropriate deal. I have been a little
    bit familiar of this your broadcast provided shiny
    clear concept

    ReplyDelete
  4. Quality posts is the important to attract the
    visitors to go to see the web page, that's what this web page
    is providing.

    ReplyDelete
  5. Quality articles is the main to interest the viewers to visit the website, that's
    what this site is providing.

    ReplyDelete