Thursday, February 8, 2018

Rakyat atau Rahman yang banyak duit?

* Dia bercakap berdsarkan atas kertas tapi hakikatnya kita, rakyat yang merasa!
Tahukah dia bukan hanya Mydin yang merungut bahkan majoriti peniaga alaminya. Cubalah turun ke lapangan

February 7, 2018
Rakyat ada wang, data sangkal kenyataan bos Mydin, kata Rahman
FMT Reporters
Rahman-Dahlan-Ameer-Ali2PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bos rangkaian pasaraya itu mempunyai anggapan yang tidak betul kerana data menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara menaikkan pendapatan dan kuasa membeli rakyat.

“Prestasi ekonomi dan keadaan sesebuah negara, tidak boleh dinilai hanya daripada satu sub-sektor, seperti industri pasaraya besar sahaja.

“Penggunaan swasta terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan peratusan sumbangan kepada KDNK sejumlah 53.2%, atau RM589.7 bilion,” kata Rahman dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ameer dalam satu temubual radio tentang kerugian yang dialami rangkaian pasaraya itu mengalami kerugian sehingga RM100 juta apabila mengambil bahagian dalam projek kerajaan, KR1M.

“Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar yang menguasai 50% pasaran runcit negatif.

“Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang,” kata Ameer.

Rahman berkata mungkin satu penyebab kemerosotan jualan yang dialami pasaraya ialah peningkatan bilangan kedai bukan pengkhususan daripada 66,920 pada 2016 kepada 73,848 tahun lepas.

“Ini merupakan satu faktor mengapa pasaraya besar mengalami kadar jualan yang perlahan, ekoran lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah.

“Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), jualan di pasaraya besar hanya mewakili 8% daripada keseluruhan perdagangan runcit di Malaysia.

“Atas sebab itu, jualan pasaraya tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya penanda aras prestasi perdagangan runcit, apatah lagi keadaan ekonomi semasa negara dan rakyat,” kata Rahman.

Beliau menambah perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dari segi nilai dan jumlah.

“Dari segi nilai, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan 2 angka untuk 3 suku tahun berturut-turut pada tahun 2017, manakala dari sudut jumlah pula, perdagangan runcit berkembang 7.8%, 11.5%, dan 10.5%, untuk suku tahun pertama, ke-2, dan ke-3 bagi tahun 2017 masing-masing.

“Perdagangan runcit pada 11 bulan pertama tahun 2017 meningkat daripada RM367.7 bilion kepada RM410.5 bilion untuk tempoh yang sama bagi tahun 2016, iaitu peningkatan sejunlah 11.6%.”

Jualan dalam talian

Menurut Rahman, kemudahan perkhidmatan membeli dan menghantar barangan secara dalam talian juga antara sebab orang ramai jarang mengunjungi pasaraya.

“Berdasarkan laporan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan DOSM, transaksi pengguna-kepada-perniagaan (B2C), mencatat nilai sebanyak RM73.7 bilion dan ia berkembang saban tahun.

“Lebih ramai pengguna membeli produk, termasuk barangan runcit asas tanpa perlu keluar rumah kerana terdapat pilihan yang lebih mudah melalui internet.”

Beliau berkata syarikat-syarikat pasaraya besar yang belum mengikuti trend itu akan kehilangan potensi besar daripada perniagaan dalam talian.

2 comments:

  1. piraun ada para pemukanya
    ini salah sorang pemuka amono
    apa dia peduli susah rakyat bawahan
    ciloko mamat ni

    ReplyDelete
  2. Memangla ramai para menteri tak terasa - elaun minyak, bil air/api, perbelanjaan lain2 semuanya dalam pakej penggajian. Sebab itu kena yg ini kena mansuh dulu. Petrol naik, tariff bil naik & bayar sendiri baru gentleman!

    ReplyDelete