Monday, February 26, 2018

Mertua ingat menantu, rupanya 'hantu'! - video inside

Penagih dua beradik guna kereta mentua ragut warga emas
Vivi Sumanti, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 25, 2018 22:39 MYT
Suspek berusia 33 dan 27 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pndiejabat Polis Daerah Kota Bharu pada jam 1.15 petang. - Foto Astro AWANI / Vivi Sumanti
Muka yang tak disamarkan - kredit gambar - thereporter

KOTA BHARU: Dua beradik yang meragut warga emas hanya sempat berjoli sebahagian wang hasil ragut apabila mereka ditahan polis di Jalan Bayam, di sini, sebentar tadi.

Suspek berusia 33 dan 27 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada jam 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum itu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian ragut di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, di sini, pada jam 12.15 tengah hari.

"Pihak polis di bilik gerakan menerima maklumat dipercayai kejadian ragut berlaku melibatkan seorang mangsa wanita berusia 72 tahun oleh dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Pesona berwarna hitam.

"Bertindak atas maklumat itu, polis melancarkan operasi dan menyerbu sebuah rumah di Jalan Bayam sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan," katanya.
Foto Astro AWANI

Polis turut menemui barang kes yang dipercayai diragut iaitu beg tangan mangsa yang mengandungi kad pengenalannya serta sebahagian daripada RM200 wang yang dilarikan.

Kejadian ragut berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.


Tambah Ismail, siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun itu menggunakan kereta milik mentuanya untuk melakukan kegiatan ragut. 

"Ujian awal urin terhadap kedua-dua suspek didapati mereka positif dadah jenis metamphetamine.

"Semakan terhadap suspek utama yang berusia 33 tahun mendapati dia mempunyai rekod kesalahan curi dan dua kes membabitkan penagihan dadah," katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di kepala pada bahagian kiri dipercayai akibat terjatuh di atas jalan raya.

"Mangsa dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya lagi.

3 comments:

  1. Kelantan lagi? Ingatkan Serambi Mekah selamat..

    ReplyDelete
  2. Serambi Mekkah.. kira ok sangat lah tu !!!

    kalu kena kat tempat lain..
    udah sparuh mati kena blasah free-free..
    kaw-kaw punya lah !!!

    ReplyDelete