Rahman Imuda - Hari ini, 10:11 am
ULASAN | Teka-teki terhangat sejak beberapa bulan lepas telah terjawab, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang dipilih oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) memimpin Malaysia.
Dr Mahathir akan didampingi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri sekiranya HARAPAN menang kelak.
Pengumuman itu disertai dengan pembahagian kerusi HARAPAN yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memiliki kerusi terbanyak diikuti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dua aksi yang paling menjadi perbualan pemain dan pemerhati politik ialah Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, dan bilangan kerusi AMANAH yang sedikit.
Sebelum Dr Mahathir menubuhkan BERSATU, siapa yang dapat menjangka bekas perdana menteri itu akhirnya menjadi calon perdana menteri blok pembangkang?
Kehebatan beliau menyusun strategi berjaya membawanya diangkat menjadi Pengerusi HARAPAN.
Beri peluang kedua
Ramai kalangan ahli politik dan aktivis telah berkompromi dengan apa yang mereka perjuangkan demi mendapatkan “pengaruh” Dr Mahathir yang dipercayai mampu menjadi elemen penting dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Apabila kita ingin menilai figura politik, wajib kita melihat “kerosakan” yang pernah dilaluinya berbanding hanya melihat jasa-jasa sahaja.
Saya percaya kita semua setuju Dr Mahathir memberi sumbangan besar terhadap negara ini ketika berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
Atas faktor “kenang jasa” ramai yang berfikiran Dr Mahathir harus diberikan peluang kedua untuk memimpin negara.
Ramai juga yang menyebutkan pada waktu-waktu beliau menjadi orang nombor satu negara, kos sara diri lebih murah dan kehidupan lebih mudah. Mereka inginkan masa-masa ini dikembalikan.
Untuk berlaku adil, saya fikir elok jika kita melihat kepada beberapa isu yang meragukan pernah timbul semasa Dr Mahathir memerintah.
Antaranya isu salah guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Operasi Lalang dan peristiwa Memali.
Sekiranya kita menimbang dengan adil dan melakukan pembacaan lanjut, kita bakal menemui beberapa lagi elemen buruk yang pernah dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu.
Saya turut bimbang kebebasan bersuara dan berekspresi akan semakin tertutup sekiranya Dr Mahathir menjadi perdana menteri kelak.
Bukankah kita sudah tahu bagaimana penentang kerajaan ketika zaman Dr Mahathir berkuasa diladeni?
Namun itu bukanlah hujah utama untuk menolak beliau kerana pada hari ini sukar untuk kita menyebutkan nama politikus yang tidak terlibat dengan “kekotoran”.
Kuasa akan memuncak
Saya berpandangan isu utama yang perlu dilihat oleh HARAPAN sebelum memutuskan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ialah bagaimana untuk mengawal dominansi beliau dalam gabungan politik itu.
Walaupun beberapa tokoh daripada HARAPAN mengatakan mereka mampu mengurangkan kuasa perdana menteri kelak, saya tetap ragu.
Lihat sahaja apabila HARAPAN menawarkan belanjawan yang meletakkan “tol percuma”, Dr Mahathir tetap bertegas bahawa tol di Malaysia antara yang termurah.
Bagaimana mungkin mereka boleh mengawal Dr Mahathir ketika berkuasa jika menahan beliau mengeluarkan kenyataan kontradik dengan pendirian HARAPAN sahaja sudah tidak mampu?
Saya melihat HARAPAN cuba menjadikan BERSATU sebagai Ummno 2.0 dengan memberikan kerusi terbanyak sebagai simbolik “kuasa Melayu” dan membuang imej HARAPAN dikuasai DAP.
Saya berpandangan hal ini bertujuan untuk memastikan undi Melayu berpihak kepada HARAPAN, terutamanya kepada mereka yang sebelum ini mengundi Umno.
Sifir ini sebenarnya agak bahaya. Sekiranya ditakdirkan HARAPAN menang dengan kerusi terbanyak dimenangi BERSATU, maka “kuasa” Dr Mahathir akan memuncak.
Bukan sahaja beliau bertindak sebagai perdana menteri, tetapi parti beliau memiliki bilangan kerusi terbanyak di parlimen. Ini bermaksud parti-parti lain akan berada dalam tekanan untuk mematuhi permintaan Dr Mahathir.
Sebagai pemegang kerusi terbanyak, ancaman seperti bertukar pakatan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dijadikan modal supaya parti-parti lain bersetuju kehendak parti dominan.
Lebih-lebih lagi saya percaya objektif utama Dr Mahathir ialah menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Jika objektif itu tercapai, saya mempunyai kebimbangan berlaku “tsunami politik” selepas itu.
Kita bimbang keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya
Kebanyakan rakyat pada hari ini hidup dengan tekanan, terutamanya dalam isu kos sara hidup, pengangguran dan pemilikan rumah. Oleh itu, kelompok ini berfikiran menukar kerajaan mungkin mampu untuk membebaskan mereka daripada tekanan yang wujud.
Bagi saya meletakkan Dr Mahathir pada usia 92 tahun sebagai calon perdana menteri bukanlah satu langkah ke arah “pembebasan” tersebut.
Walaupun dikatakan sementara, saya tidak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti beliau kelak.
Untuk menjadi perdana menteri, Anwar perlu menjadi ahli parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jika pada masa itu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, disokong kerusi terbesar milik BERSATU, saya amat ragu jawatan itu akan diberikan kepada orang di luar BERSATU.
* RAHMAN IMUDA merupakan aktivis mahasiswa.

baru perasan ka kami dah lama menjangka
ReplyDeletemisi utama jatuhkan matjib lepas tu
hidupkan balik amono 3
hati hati ular tua patuk kali ini
bahaya
Fikirn hampa semua ni tak ubah macam JASA dan walaun-walaun PAS yang tiada hala tuju politik sebab tak pernah memikir pro dan kontra. Sebelum kamu mengeluarkan pandangan kamu yang beringus dan melalui ubun-ubun kamu yg lembut tu, Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad, Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli dah 1 tahun memikirkan bagaimana cara ianya akan terjadi. Kamu ni masih terlalu mentah dan berminda macam budak standard 3 sekolah bantuan kerajaan.
ReplyDelete