Langkawi ialah Dr Mahathir, dan Dr Mahathir ialah Langkawi
Diyana Ibrahim, Noel Achariam - Januari 14, 2018
LANGKAWI sebagai salah sebuah destinasi pelancongan terkenal di Malaysia bakal menyaksikan kepulangan pemimpin yang meletakkan pulau legenda itu di peta dunia.
Dengan legenda sumpahan Mahsuri menjadikan pulau itu padang jarak padang tekukur selama tujuh generasi, dulunya Langkawi dikenali sebagai permata Kedah hanyalah di antara 104 pulau di Laut Andaman, di mana penduduknya melakukan kerja kampung seperti nelayan dan bercucuk tanam.
Sumpahan atau bukan sumpahan ia tidak menghalang Dr Mahathir Mohamad melihat potensi pulau itu untuk dijadikan tempat pelancongan.
Ketua PKR Kedah Dr Azman Ismail berkata Dr Mahathir mempunyai hubungan istimewa dengan Langkawi sejak menjejakkan kaki ke pulau itu pada 1955.
“Beliau doktor pertama yang dihantar untuk menyumbang khidmatnya di klinik kerajaan pulau itu.
"Dr Mahathir adalah orang pertama lihat betapa tandus dan kosongnya Langkawi ketika itu.
“Kerana sayangnya beliau pada Langkawi menyebabkan beliau membangunkan pulau ini apabila dilantik menjadi perdana menteri,” katanya
Dr Mahathir mendapat Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Malaya pada 1953.
Beliau memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada 1954, Dr Mahathir dilantik sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan pada waktu itu memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Antara pembangunan yang dilakukan Dr Mahathir ialah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai pada 1987, dan menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi.
Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kompleks jeti yang menghubungkan Langkawi ke Kedah dan Perlis dibina.
Lapangan terbang pertama di Langkawi dibina pada 1988.
Dr Mahathir juga meneruskan visinya membangunkan pulau itu dengan menganjurkan International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) pada 1991, Le Tour De Langkawi 1996, dan Royal Langkawi International Regatta-kejohanan kapal layar pada 2003.
Pada 2017, Pulau Langkawi menerima kunjungan 2, 326, 779 pelancong domestik dan luar negara.
Jasa lama yang masih dikenang
Penduduk Kampung Padang Lalang, Zainol Saad, 74, berkata kerana Dr Mahathir penduduk pulau itu mampu untuk berulang alik dengan menaiki feri ke Kuala Kedah pada 1960.
“Sebelum Dr Mahathir tiba cuma ada bot kayu sekali perjalanan, naik jam 8 pagi dan lepas itu balik kemudian hari.
“Sejak Dr Mahathir datang di Langkawi pada 1980 beliau bina jeti Kuah dan bawa 15 feri.
“Beliau juga yang bina jalan, bangunkan Langkawi sebagai tempat pelancongan, hospital dan lampu jalan.
“Saya merupakan penyokong Umno sejak 1964 dan masih lagi ahli Umno, tapi ya saya tidak dapat lupakan apa yang beliau lakukan pada penduduk Langkawi.”
Zainol anak jati Langkawi yang melihat bagaimana pulau itu sebelum merdeka dan semasa Dr Mahathir datang ke situ.
Dr Azman berkata Dr Mahathir juga mengenali semua penduduk lama di Langkawi dan mereka juga mengenali beliau.
“Kalau Dr Mahathir pilih Langkawi, ia paling terbaik. Sama juga Putrajaya dan Kubang Pasu kerana sejarahnya dan dekat dengan hati Dr Mahathir,” katanya.
Beliau berkata bukan senang untuk menawan hati penduduk pulau Langkawi kerana mereka mempunyai cara sendiri dan mahu calon anak jati.
“Walaupun beliau tidak berasal di sini tapi beliau memahami keperluan dan budaya penduduk pulau.
“Dr Mahathir adalah Langkawi dan Langkawi adalah Dr Mahathir,” katanya.
Dr Azman berkata penduduk Langkawi juga tidak mudah terpengaruh dengan sebarang pemberian ketika pilihan raya.
“Di sini penduduk tidak akan senang menjual jiwa mereka. Ia mungkin jadi pada tempat lain tapi bukan Langkawi.”
Langkawi kubu kuat Umno
Walau Dr Mahathir mempunyai sokongan kuat oleh penduduk tempatan, namun beliau tetap berdepan dengan kesukaran menentang BN kerana memegang kerusi Parlimen tanpa kalah, kata pemimpin PKR.
“Untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia dan pilihan raya, Langkawi boleh jatuh kepada pembangkang.”
Dr Azman berkata Dr Mahathir berpeluang jika beliau bertanding menentang Ahli Parlimen Nawawi Ahmad.
“Nawawi merupakan ahli politik cukup baik dan ahli Parlimen yang bagus tapi Dr Mahathir dan Langkawi tidak boleh dipisahkan kerana beliau yang membangunkan kawasan tersebut.
“Orang muda juga menyokong beliau kerana merasakan kerajaan sekarang salah mentadbir Malaysia dan polisi kerajaan tidak memihak kepada pemuda,” katanya.
Tetapi Dr Azman juga menjangkakan pilihan raya kali ini berdepan kesukaran, jika terdapat pertandingan tiga penjuru apabila PAS turut menghantar calon.
“Ia tidak akan mudah kalau PAS bertanding. Jika Dr Mahathir bertanding saya fikir beliau boleh berjaya melepasi pertandingan tiga penjuru.”
Pada PRU13, Nawawi yang bertanding atas tiket BN menang majoriti 21,407 mengalahkan calon PKR yang memperoleh 9,546 undi. PRU13 juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Langkawi dengan penyertaan calon bebas, Marina Hussien namun hanya mendapat 180 undi.
Langkawi mempunyai 37,536 pengundi dengan komposisi kaum, 91% Melayu, Cina (6%) dan India (2%).
Dr Azman berkata segala apa yang ada di Langkawi kerana usaha Dr Mahathir dan cetusan idea pengerusi Bersatu itu membangunkan kawasan terpencil menjadi hab pelancongan, membina jeti dan lapangan terbang.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Langkawi Ahmad Marzuki Shariat berkata Dr Mahathir perlu berehat atau buat kerja kebajikan saja, daripada kembali aktif dalam politik.
“Beliau sudah tua dan apa kita perlukan ialah orang muda berfikiran jauh yang mempunyai pandangan baru mengenai era globalisasi.
“Ia tidak sesuai jika kita mahu beliau bertanding dan menjadi wakil rakyat.
“Kami masih menghormati Dr Mahathir tapi kami tak boleh terima beliau masuk Pakatan Harapan,” katanya.
Ahmad berkata jika ada pertandingan tiga penjuru pun, BN akan menang kerana pembangkang lemah.
“Mereka cuma tin kosong yang suka buat bising.”
Pengkaji Akademi Pengajian Melayu Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata hampir pasti kemenangan berpihak kepada Dr Mahathir kerana beliau sinonim dengan Langkawi.
“Tanpa beliau orang luar yang bukan dari Kedah dan tidak tahu buku sejarah tidak akan ingat pulau tersebut.
“Dan kerana beliau, Langkawi menjadi destinasi terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Sumbangan beliau di Langkawi bukan hanya berdasarkan pandangan tempatan kerana populariti Langkawi menaikkan ekonomi Kedah (pelancongan) dan antarabangsa menerusi penganjuran acara seperti Lima yang diadakan setiap tahun.”
Apa kata penduduk berhijrah di Langkawi
Pemandu teksi Shamsul MD Salleh, 40, yang berhijrah dari Kuala Kedah ke Langkawi 15 tahun lalu berkata kalau Dr Mahathir bertanding beliau akan menjadi pilihan penduduk pulau itu.
“Dr Mahathir memang orang suka dan sekarang ini pun rakyat tak suka dengan kerajaan.
“Kerana ekonomi jatuh dan jejaskan perniagaan sejak dua tahun lalu. Dulu di sini sampai tak cukup teksi tapi kalau hari ini paling kurang pun kita boleh buat lima perjalanan sehari.
“Kalau beliau tidak bertanding pun, pembangkang ada peluang menang kerana orang sini dalam mood menolak BN,” katanya.
Pemilik kedai batik di Padang Mat Sirat, Aliff Solleh, 71, yang berhijrah dari Kuala Lumpur ke Langkawi 27 tahun lalu berharap Dr Mahathir tidak bertanding di Langkawi.
“Saya harap beliau tidak bertanding sini kerana ada setengah pihak mungkin akan guna taktik bagi beras dan gula kepada penduduk pulau dan ini menyebabkan perubahan pada undi.
“Saya tak sokong mana parti tapi jika Dr Mahathir bertanding sini saya sudah tentu beri sokongan penuh,” katanya.
Manakala Izzati Rahim, 23, berkata Dr Mahathir sememangnya mendapat sokongan golongan mda.
“Ramai anak muda yang sokong beliau kerana ramai tak suka BN.
“Dr Mahathir susah payah bina Langkawi tapi ada (kerajaan negeri) yang bina kondominium di tempat bersejarah di Taman Lagenda.
“Kami membantah tindakan itu.”

No comments:
Post a Comment