Monday, January 22, 2018

Pas sasar memerintah sendiri: Apa kata korang? dan ini kata penganalisis

#MalaysiaMemilih: Pas sasar memerintah sendiri atau bentuk kerajaan campuran - Hadi Awang
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 21, 2018 14:58 MYT
Datuk Seri Abdul Hadi turut mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Pas berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan Kerajaan baharu selepas pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak akan menjadi pembangkang yang lemah.

Ia selepas beliau mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen.

"Kemungkinan kita akan bertanding 130 lebih kerusi. Sekurang-kurangnya majoriti mudah.

"Ya. Pas mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai pembentukan kerajaan dan bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah," katanya.

Beliau hadir merasmikan jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini hari ini.

Malah, beliau sifatkan Selangor antara negeri utama untuk Pas menang besar pada PRU akan datang.

"Seboleh-bolehnya kita mahu memimpin negeri Selangor ataupun berlaku perubahan di negeri Selangor. Itu yang penting. Pertama kita memimpin dan kedua kita menjadi parti penentu untuk buat perubahan,"

Sekaligus Pas akan menafikan kemenangan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dianggap Hadi sebagai parti 'nyamuk'.

#MalaysiaMemilih: Hasrat Pas bentuk kerajaan sendiri tidak realistik - Penganalisis
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 21, 2018 17:42 MYT
Pas berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya umum akan datang dan meletakkan sasaran mendapat majoriti mudah dengan bertanding 130 kerusi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meletakkan sasaran mendapat majoriti mudah sekaligus membentuk kerajaan sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tidak realistik.

Hujah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar dalam situasi akan berlaku pertembungan tiga penjuru dan Pas kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu, hasrat Abdul Hadi itu dilihat sukar dicapai.

Biarpun menghormati sasaran yang diletakkan oleh Ahli Parlimen Marang itu, Hisomuddin menjelaskan Pas perlu mengambil kira perkembangan semasa dan tidak terpengaruh dengan kehadiran ramai ahli di himpunan Fastaqim yang dianjurkan.

"Kenyataan itu untuk membentuk keyakinan kepada pengundi bahawa Pas masih kuat dan relevan tetapi hakikatnya sasaran itu terlalu tinggi untuk dicapai.

"Dalam situasi pertembungan tiga penjuru yang mana pengundi melayu terpecah kepada tiga, jadi situasi ini adalah faktor yang menyokong bahawa sasaran pas itu adalah terlalu tinggi dan sukar dicapai," katanya kepada Astro AWANI.

Pas berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya umum akan datang dan meletakkan sasaran mendapat majoriti mudah dengan bertanding 130 kerusi.

"Kemungkinan kita akan bertanding 130 lebih kerusi. Sekurang-kurangnya majoriti mudah," kata Abdul Hadi selepas merasmikan  jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4.

Selain itu Pas juga berhasrat untuk menguasai kerajaan Selangor dan menjadikan negeri itu sebagai antara negeri utama untuk Pas menang besar pada PRU akan datang.

BACA: #MalaysiaMemilih: Pas sasar memerintah sendiri atau bentuk kerajaan campuran - Hadi Awang

Mengulas lanjut, Hisomuddin menjelaskan, keyakinan Pas itu timbul mungkin kerana himpunan Fastaqim yang mendapat sokongan ahli parti itu.

"Pas berpendapat dengan kehadiran ramai ahli di Fastaqim itu mereka (Pas) merasakan jentera mereka begitu kuat untuk berdepan PRU akan datang,

"Namun, Pas perlu menyedari bahawa kekuatan jentera bukanlah penyumbang utama kemenangan kepada mana-mana parti dalam PRU," katanya lagi.

Beliau menjelaskan, hasil tinjauan yang dibuat oleh Ilham Centre, Pas perlu membentuk gabungan dengan mana-mana parti yang kuat untuk mendapat sokongan.

3 comments:

  1. Sekadar labon besar dengan bersikap angkuh, cukup untuk dikatakan bodoh kepalang ajar! Berhajat besar bukan main lagi untuk mendapatkan Selangor, sedangkan Kelantan itupun belum tentu dapat dipertahankan. Gelombang kepupusan PAS semakin jelas.

    ReplyDelete
  2. KAH KAH KAH KAH!!
    Teringin benor nampaknya lebai ni nk jd PM!!

    ReplyDelete
  3. KAH KAH KAH KAH KAH
    Tiap2 hari wirid lobai.selangor 33x

    ReplyDelete