Nacho: Real Madrid tiada masalah disiplin
Astro Arena | Diterbitkan pada Januari 14, 2018 17:12 MYT
Gareth Bale beraksi semasa perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Villarreal di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 13 Jan, 2018. REUTERS
Pertahanan Real Madrid, Nacho Fernandez, menyifatkan pasukannya tidak berdepan sebarang masalah disiplin walaupun terus mempamerkan aksi longlai, kali ini tewas 0-1 di tangan Villarreal.
Lebih perit, kekalahan itu dicatat di tempat sendiri dan walaupun pengendali, Zinedine Zidane, mempertaruhkan Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo di barisan depan, sebaliknya ketangkasan Sergio Asenjo mengawal gawang pelawat membuatkan Los Blancos buntu mencari jaringan.
Gol tunggal perlawanan hadir ketika aksi berbaki tiga minit menerusi satu serangan balas pantas sebelum Pablo Fornals bijak melambungkan bola melepasi Keylor Navas untuk mengutip kemenangan liga pertama Villareal di Santiago Bernabeu.
Madrid kini hanya mengutip satu kemenangan dalam lima aksi terakhir LaLiga dan bakal dibezakan 19 mata dengan pendahulu, Barcelona, sekiranya musuh tradisi itu menumpaskan Real Sociedad pada malam ini, namun Nacho tetap berpendapat pasukannya telah mencuba yang terbaik.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
"Bagi saya, kami menunjukkan disiplin yang baik, bermain dengan baik sebagai satu pasukan. Villarreal mempamerkan permainan yang lebih kepada penguasaan tetapi secara umum, kami beraksi lebih bagus.
"Mereka bijak mengambil kesempatan hasil daripada sepakan sudut yang kami raih tetapi itu bukan bermaksud kami tidak berdisiplin," katanya.
Walaupun ketinggalan jauh di tangga keempat liga, Nacho menegaskan anak-anak buah Zidane tidak akan mengibarkan bendera putiih dan akan cuba bangkit sehingga akhir musim.
"Setiap kali perlawanan, kami turun dan yakin ada sinar untuk kami meraih kemenangan. Saya sering memikirkannya kerana terlalu banyak kehilangan mata.
"Kami berdepan aksi Piala Raja Sepanyol pada minggu ini dan tidak sabar untuk menunjukkan kebangkitan dan membuktikan kami sangat berdisiplin," tambahnya.

No comments:
Post a Comment