Friday, June 30, 2017

Rasanya kalau dia diam lagi bagus.......

Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh
Jun 30, 2017 07:46 MYT
Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh
Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com.

"Dari 1998 hingga 2001, Dr Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Dr Mahathir dalam blog chedet.cc pada Khamis berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.

Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator. - sumber

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Dr Mahathir dalam blog chedet.cc pada Khamis berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.

Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator. - sumber

Thursday, June 29, 2017

“Membuat dakwaan palsu”: Kerajaan As akan pecat pegawai DoJ yang terlibat?

1MDB-DoJ: Dan ini ‘maklumat’ terkini dari White House…

  | June 29, 2017
Ramesh Rao Krishnan Naidu ada maklumat daripada 'sumber White House', dan meramalkan apa akan berlaku tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Pelbagai kenyataan dikeluarkan menteri dan pemimpin Barisan Nasional (BN)

mempersoalkan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai kecurian dana 1MDB, dan mereka rata-rata menganggap dakwaan itu tidak berserta bukti kukuh malah mempunyai agenda tertentu.

Di tengah-tengah kritikan dan sokongan terhadap DoJ ini, muncul Ramesh Rao Krishnan Naidu, seorang penyokong tegar perdana menteri yang merupakan orang di sebalik sebuah NGO bernama “Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin”.


Ramesh mempunyai “maklumat” dalaman daripada “sumber White House”.


“Sumber White House” itu memberitahu Ramesh, pegawai DoJ yang terlibat menyediakan laporan mengenai 1MDB itu kini berdepan tindakan dipecat daripada kerajaan AS kerana bersubahat “membuat dakwaan palsu” terhadap Malaysia.


Ramesh sempat mengaitkan laporan DoJ itu dengan politik kepartian AS dan pentadbiran Presiden Donald Trump.


“Pegawai dalam DOJ adalah pro-parti Demokrat manakala presiden AS sekarang ini Donald Trump adalah dari parti Republikan,” katanya dalam kenyataan emel kepada beberapa media dan portal tempatan.


Menurut Ramesh, laporan DoJ itu tidak disenangi Trump kerana “menjejaskan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Washington”.


“Pembangkang ini patutnya meminta penjelasan dari DoJ kerana mereka campur tangan dalam urusan hal ehwal dalaman negara dengan saman sivil itu, bukannya ambil kesempatan dan hentam kerajaan dan PM seperti ini,” kata Ramesh.


* yang negara-negara ni bertindak pula mengapa?

- sumber gambar

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua walau pun terlambat!

Dari saya suami isteri dan cucu paling kecil
Selamat Hari Raya Aidilfitri, pohon ampun dan maaf dari semua yang berkunjung ke sini

Radar canggih tentera tak hilang pula?

Kastam: Radar canggih tentera tak hilang, sudah sampai Belanda

  | June 29, 2017
Subromaniam Tholasy berkata, siasatan pihaknya menumpukan pematuhan SOP dalaman ketika pelepasan kontena yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
PETALING JAYA: Jabatan Kastam menjelaskan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang didakwa hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor, sebenarnya sudah sampai ke destinasinya di Pelabuhan Rotterdam, Belanda.
Ketua pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan pihaknya menumpukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika pelepasan kontena yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
Beliau mengulas pengesahan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Nor Hashim Mohamad berhubung laporan yang diterima pihaknya mengenai peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit yang memerlukan kelulusan khas daripada Putrajaya hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.
The Star memetik Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim sebagai berkata, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.
Peralatan itu yang tiba dalam sebuah kontena dari Australia bulan lalu, sepatutnya dihantar ke Belanda melalui Johor.
Bagaimanapun, ia ditahan Jabatan Kastam kerana tiada permit khas dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.
Ia kemudiannya dikesan hilang dalam pemeriksaan audit baru-baru ini.
Ia tiba dalam sebuah kontena dari Australia tetapi menunggu permit khas.

Camne nak masuk akal kalau dah tanak pakai akai?

Thursday, 29 June 2017

TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL...
SERUAN SEGERA SIASAT DAKWAAN DOJ TIDAK MASUK AKAL?
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menempelak Majlis Peguam yang meminta kerajaan tidak mengetepikan atau membebaskan individu yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

“Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan tidak masuk akal,” katanya kepada Free Malaysia Today, bertarikh 24 Jun 2017.

Beliau berkata demikian ketika membalas kenyataan Presiden Majlis Peguam, George Varughese yang mensarankan Apandi menghubungi DoJ untuk meminta maklumat berkaitan saman sivil yang difailkan bagi merampas aset yang dikatakan dibeli dengan dana 1MDB.

Kata George Varughese, dakwaan yang terkandung di dalam fail mahkamah DoJ membabitkan pegawai-pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ahli keluarga mereka, dan rakan lain - termasuk seorang individu yang digambarkan sebagai ‘MALAYSIA OFFICIAL 1’, yang sejak itu diakui sebagai Perdana Menteri – telah melakukan salah laku.

Majlis Peguam memandang serius tuntutan ini, dan mendapati cara saman sivil ini diremehkan, diketepikan, malahan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia, tanpa menangani isi dakwaan yang dibuat, amat merisaukan dan tidak boleh diterima.

Menurut George Varughese, walaupun dakwaan belum terbukti sehingga penghakiman diberikan oleh mahkamah Amerika Syarikat, adalah penting mereka yang namakan sebagai MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan lain-lain, disiasat oleh Kerajaan Malaysia secara menyeluruh dan objektif, berdasarkan bukti, demi kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Tanpa berbuat demikian, terlalu awal bagi Kerajaan untuk tidak mengambil kira dakwaan ini, atau melepaskan mana-mana individu atau syarikat daripada sebarang salah laku.” Katanya.

Pada 28 April 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan denda kompaun pentadbiran terhadap 1MDB.

Sebelum siasatan terhadap 1MDB itu, BNM awal tahun 2015, telah bertindak terhadap Ambank, mengeluarkan denda sebanyak RM53.7 juta kerana melanggar obligasi anti-pengubahan wang haram dan kewangan memerangi keganasan.

Di manakah ‘tidak masuk akalnya’ kenyataan Majlis Peguam yang mahu memulihkan Integriti dan kredibiliti institusi kewangan dan badan pengawalseliaan negara ini, di mata negara serta pemerhati global?

Jom kita siasat apa yang tidak masuk akal:

Portal BN Backbenchers Council (BNBBC) pada 21 Jun 2016 mendakwa bahawa seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berharga RM116 juta itu tiada ditulis pada semua 251 halaman kenyataan DoJ pada 14 Jun 2017:↓
Sudah tentu penulis BNBBC itu tidak menemui catatan mengenai berlian tersebut kerana dokumen mengenainya hanya dikeluarkan oleh DoJ pada 15 Jun 2017, bukan 14 Jun 2017.↓
‘Tuntutan Jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap beberapa aset yang ingin disita di negara itu sebagai campur tangan asing’ oleh segerombolan agamawaan yang menggunakan sentimen agama, serupa Utusan Malaysia: ↓
Teruklah Malaysia kalau negara-negara ini semua mencampuri urusan pentadbiran negara:↓
"Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, " katanya dalam satu kenyataan. Lapor Bernama.↓
Terlebih mengada-ngada pula Bank Negara Malaysia ni. Tak salah buat apa denda?↓
“Sejak siasatan bermula, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barang kemas itu kepada kerajaan. Beliau akan terus membantu siasatan dengan apa jua cara yang boleh," kata jurucakap Miranda Kerr↓ 
Sepatutnya model Australia Miranda Kerr ni minta nasihat Pengarah Strategik Komunikasi JASA ni sebelum menyerahkan barangan kemas bernilai USD$8.1 juta kepada DOJ. ↓
Dah habis baca? Cer fikir. Apa yang tak masuk akal?

WAKAKA!

Posted by Yong Intan Noor at 11:51 

Penghargaan dan terima kasih Yong

Apa nak jadi: Peralatan radar tentera pula hilang!

Peralatan radar hilang: KDN, kastam kena jawab
HASLINA KAMALUDIN  -  29 JUN 2017
Wan Azizah

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) digesa segera memberi penjelasan terhadap insiden kehilangan peralatan radar ketenteraan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjelasan itu penting memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negara.

"Selain penjelasan, mereka juga perlu menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat.


"Ini kerana insiden ini amat mengejutkan dan merisaukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kehilangan peralatan radar ketenteraan ini merupakan satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius.

"Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.

"Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini," katanya.

Jelasnya, apa yang merunsingkan apabila sepatutnya pihak kastam dan pelabuhan mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi dan rapi.

"Ini kerana jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya.

"Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan pihak berkongkol di dalam jenayah ini.

"Saya turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya kes ini," katanya.

Memetik laporan The Star Online, satu siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa  mengenai kehilangan tersebut.

Suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Laporan polis juga telah dibuat mengenai kehilangan itu.

Menerusi laporan portal Astro Awani, laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa, sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik ia sampai di Australia pada bulan lalu.

Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Tetapi, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.

Laporan itu berkata, pihak kastam telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.

Tuesday, June 27, 2017

Enggan tutup pangkalan: Turki akan hantar lebih banyak tentera ke Qatar

Turki enggan tutup pangkalan, akan hantar lebih banyak tentera ke Qatar

 | June 26, 2017
Recep Tayyip Erdogan berkata, 13 tuntutan yang dikemukakan 4 negara Arab itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana mereka tidak boleh menyerang atau mencampuri kedaulatan negara lain.
ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menolak gesaan menutup pangkalan tenteranya di Qatar dan menyifatkan 13 tuntutan dikemukakan 4 negara Arab sebagai campur tangan ke atas kedaulatan Doha.
Dalam kenyataan paling tegas menyokong Doha di tengah-tengah krisis hampir 3 minggu melanda rantau itu, Erdogan berkata, desakan agar Turki mengundurkan tenteranya adalah biadab dan Qatar yang menyifatkan 13 tuntutan 4 negara Arab itu sebagai tidak munasabah, mengambil pendekatan betul.
Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, disusuli penyerahan 13 tuntutan pada Jumaat lalu dalam usaha menamatkan krisis itu.
Tuntutan itu diserahkan Kuwait – orang tengah dalam krisis itu, kepada Qatar yang menuntut Doga menutup agensi berita Al-Jazeera, memutuskan hubungan dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki serta membayar ganti rugi kepada 4 negara Teluk itu.
Bercakap di luar sebuah masjid di Istabul selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri semalam, Erdogan berkata, 13 tuntutan itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana 4 negara Arab itu tidak boleh menyerang atau mencampuri kedaulatan negara lain.
Ahad lalu, Menteri Luar Bahrain dilaporkan berkata, campur tangan luar tidak akan menyelesaikan masalah.
“Demi kepentingan kuasa-kuasa ini, mereka perlu menghormati aturan kuasa serantau sedia ada yang mampu menyelesaikan sebarang isu yang mungkin berbangkit,” kata Sheikh Khalid Ahmed al-Khalifa menerusi Twitter tanpa merujuk Turki.
Tuntutan 13 perkara itu bertujuan menamatkan dasar campur tangan luar Qatar yang membangkitkan kemarahan negara konservatif Arab, susulan dakwaan Doha menyokong kumpulan pengganas yang dianggap ancaman kepada pemerintahan mereka.

Qatar dan Turki – yang mana parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan berakar daripada politik Islamis – menyokong kerajaan Ikhwanul Muslimin di Mesir sebelum dijatuhkan pada 2003. Negara Arab tersebut mendesak Qatar memutuskan semua hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain dianggap pengganas, ideologi atau sektarian. 

Tidak akan berundur 

Turki, negara serantau paling kuat menyokong Doha, menghantar 100 pesawat kargo membawa bekalan ke Qatar, sejak 4 negara Arab itu menutup laluan udara dan laut ke negara itu. Ia turut meluluskan undang-undang untuk menghantar lebih ramai tentera ke Qatar. 

Dua kontinjen tentera Turki bersama kenderan perisai tiba sejak krisis itu meletus 5 Jun lalu, manakala Menteri Pertahanan, Fikri Isik pada Rabu lalu berkata, lebih banyak tentera akan dihantar ke Qatar.

“Pengukuhan pangkalan Turki adalah langkah positif untuk aspek keselamatan rantau ini. Penilaian semula perjanjian dengan Qatar berkaitan pangkalan tiada dalam agenda kami.” 

Minggu lalu, akhbar Hurriyet melaporkan latihan bersama tentera Turki dan Qatar dijangka diadakan selepas cuti Aidilfitri dan jumlah tentera Turki yang dihantar ke negara itu boleh mencecah 1,000 orang dengan sebuah kontinjen tentera udara dijangka menyusul. 

Erdogan berkata, Turki turut menawarkan penubuhan pangkalan tentera di Arab Saudi, namun tidak pernah mendapat jawapan jelas.

“Jika Arab Saudi mahu kami menubuhkan pangkalan di sana, langkah ke arah itu juga boleh diambil. Saya membuat tawaran ini kepada raja sendiri dan mereka kata akan mempertimbangkannya. 

“Mereka tidak memberi jawapan sejak itu. Walaupun mereka belum menjawabnya, menggesa Turki menarik balik tentera (dari Qatar) adalah tindakan tidak menghormati Turki.” 

Katanya, program yang dirancangnya akan diteruskan walaupun beliau tidak berapa sihat. “Ada sedikit masalah dengan tekanan darah saya disebabkan diabetes,” katanya.

Apa masalah agama Zaid ni?

Zaid bidas juruterbang minta penumpang berdoa
mk   -   26 Jun 2017, 4:25 petang
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan seorang juruterbang AirAsia yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa.

Dalam catatan di Twitter berhubung masalah yang melanda pesawat AirAsia Airbus A330 semalam, Zaib berkata syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.
"Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.

“Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul," tulisnya.
Pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Laporan AFP yang memetik seorang penumpang sebagai berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

Selepas penerbangan 90 minit, pesawat itu mendarat dengan selamat di Perth.

Menurut laporan berita ABC di Australia, seorang penumpang mendakwa juruterbang meminta mereka berdoa ketika dalam perjalanan pulang ke Perth.

Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney. Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit.

Sementara itu, AirAsia X dalam satu kenyataan berkata syarikat berkenaan sedang menyiasat punca kejadian Ahad lalu.

"Kami sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu bersama-sama dengan pengilang enjin kami, Rolls-Royce. Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

"Kami ingin menekankan bahawa Kumpulan AirAsia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar enjin kami. Kami juga telah mematuhi semua peraturan dan keperluan seperti yang ditetapkan oleh setiap negara di mana syarikat penerbangan kami beroperasi, termasuk di Australia.

"Keselamatan penumpang dan krew sangat penting bagi kami," kata AirAsia X .

Monday, June 26, 2017

Tragis di ambang Aidil Fitri - 153 rentung mengambil minyak tumpah dari lori terbalik. Kerana miskin atau tamak? - photo and video inside

153 mangsa rentung ketika cuba mengambil minyak tumpah dari lori tangki terbabas yang tiba-tiba meletup
11:07 AM
PAKISTAN - Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh dan sekitar 140 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku selepas lori tangki minyak terbalik di Pakistan dan orang ramai bergegas mengumpul minyak tersebut. 

Tragedi itu berlaku sehari sebelum Pakistan menyambut Hari Raya Aidulfitri selepas sebulan berpuasa, dengan lebuhraya yang sesak susulan ramai yang pulang berhari raya di kampung. 

Gambar kejadian menunjukkan api yang marak dan asap tebal, bersama dengan beberapa buah kenderaan yang hangus. 

Lori tangki minyak itu dilaporkan kemalangan berdekatan bandar Timur Ahmedpur, 416 batu dari selatan ibu kota Islamabad. 

"Seramai 140 orang cedera, termasuk 40 orang dalam keadaan kritikal," kata Mohammad Baqar, pegawai perkhidmatan penyelamat tempatan. 

Sementara itu pihak tentera telah menghantar helikopternya untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera dan hospital diarahkan bersedia menerima mangsa-mangsa kejadian itu. 

Orang awam, Mohammed Salim, cuba memadamkan api dengan sebaldi air dan air, namun gagal kerana api terlalu besar dan panas dan tidak dapat membantu mangsa-mangsa kejadian. 

"Saya terdengar suara jeritan mangsa-mangsa, tetapi saya tidak dapat membantu mereka," katanya. 

Abdul Malik, pegawai polis tempatan yang pertama tiba di tempat kejadian itu berkata, "Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini seumur hidup saya. Mangsa terperangkap dalam api dan mereka menjerit meminta tolong. 

"Kami nampak mayat di merata tempat dan kebanyakan dari mereka sudah tinggal tulang. Manakala mangsa-mangsa yang lain cedera parah," katanya. 

Ramai mangsa yang cedera terbakar 80% dibawa dan dirawat Hospital Bahawalpur Victioria di selatan Punjab.

Mangsa-mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, perlu menjalani ujian DNA untuk dikenalpasti berikutan kebanyakan mangsa terbakar dalam keadaan teruk," kata Mohammad Baqar. 

Perdana Menteri, Nawaz Sharif menyatakan rasa sedihnya dengan kejadiaan itu dan mengarahkan kerajaan wilayah Punjab yang dikendalikan oleh suadaranya, Shahbhaz Sharif, menyediakan bantuan perubatan penuh. 

Lori tangki minyak itu dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik di lebuh raya kira-kira 60 batu di barat daya Multan yang ketika itu dalam perjalanan dari Karachi ke Lahore, ibu kota Punjab.



Menurut Ketua Pasukan Penyelamatan Punjab, Rizwan Naseer, berkata, penduduk kampung berhampiran yang mengetahui kejadian itu kemudian berlari dan mengambil minyak yang tumpah dari lori itu dengan tong minyak atau apa jua jenis bekas yang ada. Dipercayai salah seorang daripada mereka menyalakan rokok lalu menyebabkan kebakaran itu berlaku. 
 
 
 
 
 
 
 
Timbalan Komisoner Bahawalpur, Rana Mohammad Salim, berkata, alat pembesar suara di masjid berdekatan telah disalahgunakan untuk memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mengambil minyak yang tumpah dari lori tangki tersebut menyebabkan ramai penduduk yang datang ke tempat kejadian dengan tong minyak masing-masing.  - sumber

Adakah jawapan yang 'ada akal'?

Monday, 26 June 2017

TAK MASUK AKAL ATAU MATI AKAL?

Desakan dan luahan Majlis Peguam cukup mudah - jangan sesekali meremehkan tuduhan serius yang terkandung dalam saman sivil DOJ berkaitan 1MDB.

Tindakan meremehkan itu, jika diperhati, tergambar berdasarkan semua reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan DOJ tersebut.

"Dakwaan dalam saman DOJ itu melibatkan pegawai 1MDB, keluarga mereka dan rakan sekutu yang lain, termasuk juga yang digambarkan sebagai Malaysian Official 1 dan isteri Malaysian Official 1.
"Memandangkan cara saman sivil itu diremehkan, diketepikan dan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia tanpa menangani semua tuduhan yang dibuat itu, ia adalah tindakan yang tidak dapat diterima," demikian desakan Presiden Majlis Peguam, George Varughese.

Beliau juga meluahkan kekesalannya terhadap media arus perdana yang  seolah-olah sepakat "menggelapkan" laporan mengenai tindakan DOJ itu.

"Semua ini membimbangkan kerana ia adalah tuduhan yang teruk. Intergriti dan kredibiliti institusi kewangan serta badan pengawalselia kita, di mata rakyat dan pemerhati global, adalah bergantung kepada respon pihak kerajaan kita mengenainya," ujar beliau lagi.

Membaca dan meneliti apa yang diperkatakan George itu,  masuk akal atau tidak apa yang diluahkannya?

Tetapi, apa reaksi Peguam Negara, Apandi Ali tentang desakan berkenaan?

"Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan yang tidak masuk akal," kata beliau.
Jika Apandi mengatakan kenyataan Majlis Peguam itu tidak masuk akal, apakah jawapannya yang sebegitu rupa menunjukkan beliau "ada akal"?

Di mana yang tidak masuk akalnya kenyataan Majlis Peguam itu atau Apandi sudah "mati akal" untuk memberi jawapan yang berakal?

Adakah bagi beliau, hanya membersih dan menyucikan 1MDB saja satu-satunya jawapan yang masuk akal, meskipun seluruh dunia melihat ia sebagai tindak balas nakal dan tidak lebih semata-mata ingin menutup sesuatu yang gagal? (ShahbudinHusin 26/06/2017).

Anda mungkin juga meminati:
KENAPA TAK SAMAN DOJ? ADAKAH MUHYIDDIN YANG PERTAMA AKAN ...

Posted by Shahbudin Husin at 08:40 

Sunday, June 25, 2017

13 tuntutan gila: Arab Saudi dan sekutu Yahudinya menganggap Qatar bukan negara berdaulat?

Sunday, June 25, 2017
Qatar Sebut 13 Tuntutan Arab Saudi Tak Masuk Akal
DOHA  - Pemerintah Qatar, Sabtu (24/6/2017) mengatakan, 13 tuntutan yang diberikan Arab Saudi dan sekutunya untuk mengakhiri isolasi dianggap tak masuk akal.

Pada Khamis laluArab Saudi dan sekutunya mengirimkan 13 tuntutan yang harus dipenuhi Qatar untuk mengakhiri krisis diplomatik yang sudah berlangsung lebih dari dua minggu ini.


Meski belum dipublikasikan dokumen yang dibawa delegasi Kuwait yang berperanan sebagai penengah itu sudah banyak dibocorkan ke publik.

Arab Saudi dan sekutunya antara lain meminta Qatar mengikuti negara-negara Timur Tengah lainnya menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi terlarang.

Selain itu Qatar juga diminta memutus hubungan diplomatik dengan Iran, menutup pangkalan militer Turki, dan menutup stesyen televisyen Al Jazeera.

Qatar juga dituntut menghentikan dukungan untuk kelompok-kelompok oposisi di Bahrain, MesirArab Saudi, dan   Emirate Arab Bersatu.

Jurucakap pemerintah Qatar Sheikh Saif bin Ahmed al-Thani kemudian merespon tuntutan dari keempat negara itu.

"Blokade ini bukan ditujukan untuk memerangi terorisme tetapi untuk melanggar kedaulatan Qatar dan mencampuri urusan luar negeri kami," ujar Sheikh Saif.

Saif kemudian menyebut bahwa Menteri Luar AS Rex Tillerson menyatakan Washington menginginkan daftar tuntutan yang "masuk akal dan boleh dilaksanakan".

"Daftar ini tak memenuhi standard itu (masuk akal dan boleh dilaksanakan)," kata Sheikh Saif.

Arab Saudi dan sekutunya terus menekan Qatar agar memenuhi tuntutan mereka.

Bahkan Menlu Uni Emirat Arab Anwar Gargash memperingatkan Qatar harus menjalankan dengan serius tuntutan itu atau menghadapi "perceraian" dari para tetangganya.

Krisis diplomatik di Timur Tengah ini membuat Washington kesulitan kerana semua negara yang terlibat adalah sekutunya.

Menteri luar Tillerson sebenarnya mencoba menjadi mediator, tetapi Rumah Putih lebih memilih lepas tangan dan menyebut krisis diplomatik ini sebagai "masalah keluarga".

Sumber: Kompas.com