Sunday, June 11, 2017

Senang sangat dijadikan 'Wahabi'!

SESIAPA YANG BERBEZA DENGANNYA MAKA DIA ‘WAHABI’

Kerjanya asyik menuduh orang itu dan ini ‘wahabi’. Sesiapa sahaja yang beri pendapat berbeza dari pendapatnya, ataupun kelihatan tertonjol dengan keilmuan maka dia akan benci dan hasad. Sejak dahulu penyakit itu tidak pernah sembuh dari dirinya. Pelbagai tokoh ulama dan ilmuwan silam dan hari ini tidak terlepas dari kejahatan tuduhannya. Dalam dan luar negara semua dijadikan mangsa. Wahabi, wahabi, wahabi. Zikirnya petang dan pagi.

Dalam lapangan keilmuan, memang banyak pendapat disebabkan banyaknya sarjana. Memberikan pendapat yang berbeza -dengan adab dan disiplin- selagi dalam kerangka keilmuan adalah dibenarkan. Bahkan dialu-alukan. Namun bagi dia tidak. Pendapat yang berbeza dengan pendapat pilihannya maka itu ‘wahabi’. Kemudian sesat. Imam Masjidil Haram Abd ar-Rahman as- Sudaisi pun pernah menjadi sasaran tuduhannya.

Dia menghasut pelbagai pihak kononnya orang-orang yang dia tuduh itu membidaah kemudian mengkafirkan sesiapa yang mereka tidak setuju dalam perkara furu’ (cabang). Namun kita belum pernah melihat tokoh-tokoh yang dituduh itu mengkafirkan mana-mana individu ilmuwan ataupun tokoh ulama yang lain. Bahkan mereka sentiasa santun dalam menghormati para sarjana. Sebaliknya, rakaman-rakaman ceramah beliau penuh dengan maki-hamun orang lain dan ungkapan yang kasar dan biadap. Perkataan sesat, kafir, murtad, terkeluar dari akidah dan pelbagai lagi menjadi zikir mulutnya.

Dia memfitnah orang lain tidak berlapang dada. Padahal setiap yang menonton rakamannya akan dapat menilai keruntuhan nilai budi dan kesantunannya dalam bicara. Orang yang bersolat tarawih 8 rakaat dia anggap tidak sah sebagai tarawih. Kemudian dikaitkan pula dengan wahabi dan sebagainya. Padahal, mereka yang solat 8 rakaat itu adalah atas kadar masa dan kemampuan individu. Dalam banyak keadaan, tiada pun pertarungan aliran di situ. Mengapakah beliau tidak berlapang dada?

Di Bulan Ramadan ini, tidakkah dia terfikir untuk berhenti sejenak memfitnah orang lain?!! Malangnya tidak. Dia buat pembentangan baru untuk menuduh wahabi dan sebagainya kepada individu lain pula. Dia telah memenuhi hidupnya dengan kebencian demi kebencian. Hasutan demi hasutan. Tiada padanya penghormatan Ramadan, tiada padanya penghormatan terhadap larangan al-Quran. Sementara yang ada kedudukan tapi merasakan status mereka tergugat oleh dunia ilmiah yang makin padat, sanggup pula mendengar hasutan orang yang seperti itu.

Bermula dari ilmuan silam, sehingga yang sudah meninggal seperti TGNA, yang hidup, yang tegas dan yang berlembut, asal sahaja berbeza dengan pandangannya maka ‘wahabilah tuduhannya. Kemudian dia akan sesatkan. Kemudian dia akan tuduh mereka sebagai pengganas.

Apa kata jika dia memberikan kerehatan untuk dirinya. Ambil masa untuk beristighfar dan memohon petunjuk daripada Allah. Setiap perkataan dan tuduhan jahatnya itu akan dibicarakan pada Hari Mahsyar kelak. Ketika itu semua akan tahu di manakah duduknya setiap tuduhan itu; di syurga ataupun di neraka. Tidakkah dia juga menginginkan tanda nur pada wajahnya? Kebencian, hasad dan suka menzalimi orang lain hanya membawa kekusutan dalam diri dan menghilangkan nur dalam diri kita.

Dari FB Dr MAZA
10hb Jun 2017

**Yg dimaksudkan oleh Dr Maza itu adalah Ostat Zamihan, seorg ostat bacul yg penakut berdebat dgn Dr Maza.

2 comments:

  1. tarawih sunat kalu tak buat tak masuk neraka
    solat 5 waktu tak buat tanpa sebab mati tak sempat taubat ada harapan untuk masuk neraka

    ReplyDelete
  2. Ako rasa Zamihan ni bukan ahli sunnah tp ahli punnah wal rannah. Mazhab ini hampir sangat dgn Khawarij dimana suka takfir n sesatkan orang. Hihihi

    ReplyDelete