Friday, June 16, 2017

Takziah dan Alfatihah: Negara kehilangan dua orang wira sekali gus

Jenazah Mejar Yazmi selamat dikebumikan
MUHAMMAD AFHAM RAMLI 16 JUN 2017
Jenazah Mejar Yazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam latihan di Chukai, Terengganu, semalam selamat dikebumikan kira-kira 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Pengebumian Allahyarham Yazmi dihadiri warga Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan ahli keluarga.

Turut hadir, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Terdahulu, jenazahnya tiba di Masjid Ibn Sina, Titiwangsa, dan disembahyangkan kira-kira jam 10.40 pagi.

[Dua juruterbang TUDM disahkan meninggal dunia]

Allahyarham Yazmi meninggalkan seorang isteri, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak iaitu Mikhail Adam Riaz; Mukhriz Anwar Riaz, 10; Muaz Addin Riaz, 7; pasangan kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz,4 dan Musa Ayman Riaz tiga tahun.

Semalam, Mejar Yazmi dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang digunakan terhempas di Chukai, sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Mayat kedua-dua juruterbang itu ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

1 comment:


  1. Negara lain ada PM, kita pun ada PM tp cap ayam

    Org lain ada menteri, kita pun ada tp smua tahap bewok

    Penyenggaraan PESAWAT2 & jet yg sgt2 korup ditangani oleh anggota2 yg TIADA merit kualiti serta integrity yg tiggi sudah pasti mnjd kebimbangan SERIOUS keatas pilot2 anak isteri dan sluruh kluarga mrk..

    Seandai nya SURVEY dilakukan keatas smua pilot2 yg berada dibawah Mindef, saya rasa 100% pasti mengalami igauan buruk dan stress sprt yg sama2 tlh dpt kita bayangkan bedasarkan rekod demi rekod kemalangan fatal yg dgn mudah tlh pun dpt kita jangkakan..

    Yg naik pangkat smua krn BODEK pandai mnjilat, wpun TIADA merit bakat dan kualiti boleh jd Jeneral 4bintang!

    Kpd kluarga yg ada jd pilot dibawah Mindef, renong kan lah dlm2..

    ReplyDelete