Wednesday, September 7, 2016

Isu 1MDB: Gelagat PAS dan Harakah tak tau nak gelak ke nak apa?

HARAKAH PAS AMBIL MASA SEBULAN UNTUK ‘PECAH TEMBELANG’?
Selepas sebulan akhbar Amanah mengetengahkan laporan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pas mungkin baharu tergerak untuk menyatakan sikap terhadap tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.

Melalui akhbar rasmi parti diterajui Abdul Hadi Awang itu, ungkapan “Pecah tembelang” menjadi tajuk muka depan Edisi Isnin, 5-8 September.

Menariknya, tajuk sama juga bagi isu sama telah terlebih dahulu menghiasi muka depan lidah rasmi Amanah pada keluaran 31 Julai-6 Ogos lalu.

Namun, berbeza dengan Harakah, tuntutan rampasan harta sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion) berkenaan di akhbar Amanah adalah dalam laporan penuh di halaman dua keluaran Bil. 10 itu.

Sebaliknya, Harakah Bil. 2178 tersebut sekadar menyertakan lima catatan termasuk masih bertanyakan, “Apakah betul duit 1MDB yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan cerita daripada dermawan Arab dongeng semata-mata?”

Pas sebelum ini dilihat banyak pihak sebagai tidak ‘garang’ dalam menyerang Umno-BN ekoran skandal 1MDB yang turut berkait dengan jenayah pengubahan wang haram. – Portal Amanah Malaysia Dateline

KLIK BACA: NAJIB MO1 DAN DUIT 1MDB BIAYAI EMPAYAR HIBURAN – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib guna ungkapan popular Anwar ‘Lawan Tetap Lawan’, adakah dia faham maksudnya?

DIKEMASKINI: Beza skandal 1MDB dan Watergate – Ku Seman Ku Hussain

- sumber

2 comments: