Thursday, September 22, 2016

Betul......orang luar tak perlu ambil pot pun tentang PAS!

Jawatan mursyidul am: Pihak luar tidak perlu adu domba
     Syed Ahmad Fadhli      Hari ini, 5:50 petang      Hari ini, 5:53 petang
    ULASAN Pagi ini, portal berita Malaysiakini menerbitkan artikel "Hadi, Mahfodz pilihan terbaik PAS ganti Haron?"
    Umum mengetahui, Malaysiakini antara portal yang begitu bermusuh dengan PAS terutamanya selepas PAS memutuskan hubungan tahalluf siyasi dengan DAP.
    Masih ingat lagi, menjelang muktamar pemilihan PAS pada tahun 2015, portal inilah juga yang begitu sibuk berkempen bagi kelompok yang sudah terkeluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara itu.
    Malaysiakini membuat teori spekulasi kononnya presiden PAS akan menjadi mursyidul am PAS yang baru sekiranya beliau sanggup menebalkan muka dikatakan gila kuasa sambil memetik sejarah almarhum Ustaz Yusof Rawa yang pernah menjadi mursyidul Am PAS yang pertama dan turut memegang jawatan presiden PAS.
    Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawasanya jawatan mursyidul am PAS adalah dilantik oleh Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS. Jawatan ini diisi bukanlah melalui kaedah pengundian dalam muktamar.
    Boleh rujuk Perlembagaan PAS, Fasal 8 (6):
    "Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama itu dan boleh diperbaharui pelantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu."
    Apa fungsi Majlis Syura Ulama? Ia terkandung dalam Fasal 8 (1):
    "Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh muktamar tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam Fasal 7(1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 3 perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulama" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:
    (a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.
    (b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
    (c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.
    Berapa orang ahli Majlis Syura Ulama PAS? Ia disebut dalam Fasal 8 (2):
    Ahli-ahli Majlis Syura Ulama hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:
    (a) Seorang mursyidul am
    (b) Seorang timbalan mursyidul am
    (c) Seorang setiausaha Majlis Syura Ulama, dan
    (d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura Ulama
    Siapa ahli Majlis Syura Ulama PAS sekarang iaitu bagi sesi tahun 2015-2020?
    1. Mursyidul Am: Datuk Tuan Guru Dr Haron Din (hingga 16 September 2016)
    2. Timb Mursyidul Am: YAB Datuk Ustaz Ahmad Yakob
    3. Setiausaha: Datuk Ustaz Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh
    4. YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
    5. Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
    6. YB Ustaz Idris Hj Ahmad
    7. YB Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah
    8. Datuk Ustaz Dr Mahfodz Mohamed
    9. YB Ustaz Nasrudin Hassan
    10. YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
    11. Ustazah Dr Wahibah Tahir
    12. Ustazah Dr Nazirah Mohammad
    13. YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali
    14. Ustaz Hashim Jasin
    15. Ustaz Taib Azamudin Taib
    16. Datuk Ustaz Dr Johari Mat
    17. Datuk Ustaz Hussin Awang
    Apa fungsi mursyidul am PAS? Ia dinyatakan dalam Fasal 9(1):
    Mursyidul am
    (a) Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura Ulama bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Fasal 8(1)(a), (b) dan (c) perlembagaan ini.
    (b) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura Ulama.
    (c) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
    Kami, para ahli dan penyokong PAS segenap peringkat yakin sepenuhnya dengan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan yang terbaik bagi memilih mursyidul am PAS yang baru bagi menyambung tugas memimpin bahtera perjuangan ini.

    Semestinya PAS tidak memerlukan arahan, panduan dan lampu hijau daripada DAP mahupun mana-mana pihak luar untuk menentukan siapa pemimpin nakhoda kami.

    SYED AHMAD FADHLI pegawai Pusat Penyelidikan PAS. Tulisan ini diterbitkan kali pertama di Harakahdaily hari ini dengan judul sama.

    3 comments:

    1. Siapa pun yg ganti kalo halatuju nye untuk tidak menentang kemungkaran najib dan umno,PAS dah tak ada makna lagi kpd ahli2 yg menentang kemungkaran....

      ReplyDelete
    2. Pemuja presiden amanat songsang
      Taubat laa
      Hadi hanya seorang manusia biasa yg suka memaki orang, membaruakan orang, membabikan orang
      Insaf laa
      Jangan syirik

      ReplyDelete
    3. Ibarat sebuah WAU, zahirnya cantik bila terbang melayang layang entah kemana arah dan tujuan namun talinya dipegang erat oleh jari jemari najib,.nasib Kanu la Pas,

      ReplyDelete