Sunday, September 18, 2016

Kalaulah bukan 'umpama' Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang!

Wan Rahim dedah 10 Adun 'sertai' Husam
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 18 SEPTEMBER 2016
Husam Musa Husam Musa

SHAH ALAM -  Pengerusi Parti Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, yang sebelum ini mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan turut bersama Adun Salor Datuk Husam Musa menyertai parti Amanah mendedahkan perihal itu dalam satu ceramahnya baru-baru ini.

Dedahnya, 10 wakil rakyat Kelantan yang di maksudkannya  ialah Husam kali sepuluh, (iaitu bermaksud seorang Husam mewakili sepuluh orang wakil rakyat).

“Ambo (saya) merasakan tidak ada cara lain maka ambo mendesak dan mencabar Pas supaya pecat Husam. Ambo mencabar Pas dan ambo menyatakan dalam cabaran ambo, kalau pecat Husam, ambo bawa 10 wakil rakyat bersama dengan dia. Dari sudut politik, ini adalah cabaran. Oleh kerana kalau kita tak buat begitu, dia takse nak lepas Husam.

“Baik. Jadi mana hok kata 10 orang?

“Malam ni ambo nak buka satu rahsia bahawa 10 orang hok hadir bersama Datuk Husam tu adalah Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam.Hei, Datuk Husam ni 10 orang wakil rakyat naik baru sama dengan dia seorang. Ni lah 10 nya," katanya petik sebuah rakaman video ucapannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Siapa 10 YB sokong Husam?]

Mengulas lanjut, Wan Rahim berkata, sekiranya sesiapa yang tidak percaya dengan kata-katanya ini, maka mereka boleh saksikan sendiri pada siri Dewan Undangan Negeri Kelantan nanti.

“Kalau adik kakak tak percaya, nanti tengok Sidang Dun Kelantan, bulan 10, bulan 11 ni, Datuk Husam akan bangun seorang sebagai Adun Amanah Negeri Kelantan.

"Seorang dia tu, cuba banding dengan 12 orang Adun Umno  pembangkang yang ada dalam dewan. Cuba banding dengan 10 orang lagi wakil rakyat penyokong kerajaan. Jadi, bakpo nak faham payahnya? Hat ni lah 10 orangnya, sebab dia seorang tu serupo dengan 10 orang orang lain. Selesai!"

Ketika ini Pas Kelantan memerintah dengan 32 kerusi, satu PKR manakala Umno 12 dan satu daripada Husam.

1 comment:

  1. Selagi Husam tak di angkat jadi Mentri Besar melalui undi tak percaya dalam ADUN semua cakap cakap kosong saja

    Syok sendiri

    Rakyat Kelatan tetap hidup susah miskin papa kedana

    Yang PAS sudah kaya dengan KARUNG 90 Juta nya

    Masok PRU14 dengan hantu hantu juga lah PAS UMNO terus menang di Kelantan

    Husam mesti panggil undi tak percaya terus jadi MB bukti pada Rakyat yang Amanah ini bukan Parti Politik Kayu

    Bila banjir harap duit CINA DAP jugak buat rumah mangsa

    Bodoh saja

    Maruah letak dekat mana

    ReplyDelete