Monday, September 12, 2016

Siapa pemimpin PAS yang mempertahankan Anwar ketika difitnah

Ketika Anwar dipecat dan difitnah sejak bulan September 1998, pemimpin PAS yang sangat kuat membela Anwar waktu itu selain Fadzil Noor, yang giat berceramah di sana-sini menceritakan kisah Anwar dianiaya, difitnah, mendedahkan kejahatan UMNO; ialah Nik Aziz, Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Husam Musa, Salehudin Ayub, Khalid Samad dan Mohd Sabu (terkemudian sikit).

Dalam tempoh masa itulah, iaitu sejak September 1998 hingga PRU-1999, Hasan Ali masuk PAS.... Tiba-tiba nama Nasarudin Mat Isa muncul dalam kepimpinan PAS dan dilantik sebagai Setiausaha Agung..... Harun Din pun umumkan untuk aktif dalam PAS dan dilantik sebagai Ketua Penerangan.... Tuan Ibrahim Tuan Man pun turut isytiharkan diri masuk PAS secara terbuka.... termasuk juga Ismail Kamus.

Tidak boleh dinafikan bahawa zaman kegemilangan PAS ialah ketika Nik Aziz jadi Mursyidul Am, Fadzil Noor jadi Presiden, dan Mahfuz Omar jadi Ketua Pemuda..... Inilah regu kepimpinan terbaik yang pernah dimiliki PAS dalam sejarah politik negara.

Orang PAS yang kuat membela Anwar dulu, sekarang semua dah masuk Amanah.... Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Khairudin Takiri, Zaharudin Muhamad, Yusni Mat Piah, Khalil Abdul Hadi, Zuhdi Marzuki, Mokhtar Senik, Azli Taliban, Razman Zakaria dan lebai-lebai PAS yang lain, mereka semua ada di mana pada waktu itu...? Mengaji tak habis lagi, bahkan ada yang sampai ke sudah tak habis.... Mereka tidak sempat merasa zaman 1998/1999 dulu.... Mereka masuk politik ketika PAS sedang kukuh bersama Pakatan Rakyat.....

Kadang-kadang terfikir, puak-puak lebai kelarah ni perangai macam ayam bapak.... asal dekat nak siang je dia berkokok.... Lepas tu memang tiba waktu siang.... ayam bapak perasan kononnya kedatangan hari siang adalah sebab dia berkokok.

Puak-puak ni bukan ada perasaan.... Mereka tak akan faham bantahan rakyat terhadap kezaliman ke atas Anwar.... Puak lebai ni, perut pedal bukan molek sangat sorang-sorang.

Abe Awang Malaya...

Assalamualaikum

Komen........

Saya  malas sebenarnya nak kontra dengan  AAM  nie.....Saya anggap  AAM adalah antara rakyat yang sangat mengambil berat dan berasa bertanggungjawab..

Tengok  saja  surat2  beliau kepada Abang Mat Sabu.....Azmin dan DR WAWI  kalau    tak silap..cuma surat kat Nurul  saja  yang tak ada......😀

Cerita   tentang  Pas  memang betul lah apa yang  AAM  kata tu..cuma versi  saya lain.....

Selepas  DSAI  kena pecat....orang cuma kata reformasi sahaja.....tapi  di sebaliknya banyak kisah dan kesannya..

Saya  sebut yang arwah  TGFN  secara directly telah menubuhkan Pkr bersama  DSAI.....cuba tengok Pas sebelum agenda 98 dan selepasnya..

Tengok la hasil tangan orang bijak pandai.....establishnya  Pkr  menjadi Pas ada kawan malah bertambah kawannya seperti  Dap..inilah rahsia arwah  TGFN dan  DSAI

Bukan sahaja gelombang rakyat semata-mata tapi parti-parti pembangkang lah yang menjadi wadah 98.....hingga kini..keluar masuk....jatuh bangun...tikam menikam menjadi resepi politik tanahair...

Bila cerita khianat ataupun perkataan ratib dan wirid yang popular iaitu PENGKHIANAT!.....

Sebelum Allah turunkan ayat pengkhianat dalam surah An -Nisa.....berlaku kejadian fitnah antara pihak Nabi dan pihak musyrik.....kafir..tuduh menuduh dan akhirnya turun ayat dalam An-Nisa yang mengatakan pengkhianat sebenar adalah yang di kalangan islam sendiri...

Saya  bukan menuding.....saya cuma nak cerita  kisah khianat ni berlaku sejak zaman Nabi..

So ianya perkara lumrah...apa yang menarik kisah khianat cuma viral hal  Pas....

Eh....berbillion dan berbelian diamond  tu siapa  yang khianat..hah....tu jer..dari saya  respon positif untuk kenyataan AAM ....ok bye

  *selamat ulang tahun setahun untuk AMANAH*

Layar Impian

No comments:

Post a Comment