Moga Allah Sentiasa Merahmati Dan Memberkati Tok Guru Dunia Akhirat
Januari 13, 2018
Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
1. Tindakan saya keluar dari parti PAS pada penghujung tahun lalu selepas bergiat aktif selama lebih kurang 34 tahun telah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh negara.
Saya mengucapkan rasa syukur Alhamdulillah kerana *kebanyakan maklumbalas yang saya terima terutamanya dari rakyat adalah positif*.
Saya amat terharu apabila teman-teman lama dari kalangan *pemimpin dan aktivis parti politik serta NGO* seluruh negara yang sebahagian besarnya telah saya kenali sejak sekian lama menzahirkan sokongan serta memberi semangat kepada saya.
Begitu juga dari kalangan masyarakat Pokok Sena khasnya dan negeri Kedah amnya yang mengikuti perkembangan saya secara dekat.
2. Pada masa yang sama saya juga maklum akan respon respon yang saya terima dari kepimpinan Pas.Saya memahami perasaan kekecewaan dan mungkin juga kemarahan kepimpinan PAS berdasarkan dari berbagai maklumbalas mereka terhadap saya.
Oleh demikan, saya dengan berlapang dada tidak berhasrat untuk membalas atau menjawab segala apa yang diperkatakan mereka *walaupun saya dilemparkan dengan berbagai kutukan, sindiran, ejekan dan serangan-serangan keras termasuk yang berunsur peribadi terhadap saya*.
Bagi saya hanya cukup *membalas dengan senyuman* setelah diumpamakan seperti buah buruk oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana sikap itulah yang saya pelajari dari buku tulisan Timbalan Presiden Pas yang berjudul *`senyumlah`*.Senyum terhadap kebencian dan kemarahan mereka terhadap saya akan memberi kebahagian kepada kehidupan saya dan keluarga
3. Sepanjang 34 tahun saya menganggotai PAS, antara ilmu yang saya pelajari dan hayati dari kebanyakan tok-tok guru dan ustaz-ustaz adalah *hubungan sesama muslim atas dasar aqidah dan ukhwah islamiyah sesungguhnya tidak akan terputus hanya semata-mata kerana perbezaan wadah politik kepartian*.
Maka dengan itu saya tidak perlu berkecil hati terhadap kesemua mereka yang memberi respon kerana mereka tetap saudara saya di dalam Islam dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
5. Berkenaan dengan kenyataan Tok Guru Presiden PAS yang mengibaratkan saya *seperti orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam*, saya sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata tersebut bahkan saya hargai dan menyanjung tinggi segala ilmu yang saya pelajari dari beliau selama saya berada didalam PAS.
*Terima kasih Tok Guru kerana mengibaratkan saya sedemikian rupa bersama dengan gelak tawa Tok Guru di hadapan warga media*. Moga Allah akan merahmati dan memberkati Tok Guru di dunia dan akhirat*.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala kepercayaan yang beliau berikan kepada saya didalam sudut kepimpinan organisasi PAS sebelum ini termasuk juga dengan Mursyidul Am, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Setiausaha Agung PAS yang turut berkomentar tentang berhentinya saya dari menjadi ahli PAS.
6. Sebagaimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, *keterlibatan atau intima' saya bersama PAS adalah berpaksikan kepada keyakinan untuk memperjuangkan ajaran Islam dalam kerangka melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar* terutamanya dalam aspek politik dan sistem pemerintahan negara bagi menegakkan keadilan Islam serta menentang segala bentuk kemungkaran, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan harta negara.
Prinsip inilah yang saya genggam selama 34 tahun lalu dan ianya *akan saya teruskan selagi saya masih bernyawa*.
Keyakinan dan kesetiaan saya tetap kekal kepada prinsip dan akidah perjuangan, bukan menyandar bahu kepada individu atau parti. *Perjuangan akan tetap saya galang tanpa mengira di wadah atau gelanggang mana sekalipun*.
Saya merasakan telatah politik PAS terutama sejak dua tahun kebelakangan ini sudah mula mengkhianati prinsip yang saya genggam maka saya tidak rela menggadaikan prinsip semata-mata kerana takut atau gentar kepada celaan manusia.
7. Dalam hal ini juga, saya mengucapkan *terima kasih kepada yang mengingatkan saya tentang soal lafaz bai'ah* ketika saya berada bersama PAS dan semasa dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU 13 bagi mewakili PAS.
Begitu juga dengan mereka yang mencabar saya supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana kononnya gaji dan elaun ahli parlimen yang saya terima adalah haram.
Saya tidak perlu terjebak dalam polemik sebegini kerana cukup untuk saya mengatakan bahawa *saya percaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan jalan keluar selama mana kita berpegang kepada kebenaran*.
*Saya amat memahami dan menginsafi baiah tersebut* yang intipatinya janji taat setia dan patuh kepada jemaah dan pemimpin *selama mana tindak-tanduknya selari dengan tuntutan ajaran Islam*.Islam bukannya agama yang sempit sebaliknya Islam adalah agama yang maha luas yang *menyediakan jalan keluar dari kesempitan dan merungkai segala kesulitan*.
Saya meyakini bahawa Allah maha pengasih,maha penyayang dan Allah tidak menzalimi hambanya yang ikhlas kepadanya.
8. *Cabaran yang lebih besar pada saya ialah jihad menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke jurang kehancuran* .
Keutamaaan saya adalah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran memimpin dan membimbing rakyat bagi *menamatkan pemerintahan UMNO BN yang semakin hari semakin merosakkan negara serta menzalimi rakyat dengan pelbagai penyelewengan dan skandal*. Bukannya untuk mempertahankan UMNO BN sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Secara peribadi, saya berpendapat ini adalah *kewajipan saya sebagai seorang muslim maka inilah keutamaan saya sekarang*.
*Terima kasih Tok Guru* kerana mengibaratkan saya `sudah lama mati cuma baru nak tanam`.Kiasan yang keluar dari mulut Tok Guru dan tujukan pada saya ini sebenarnya *menyuntik kekuatan dan melonjakan semangat untuk saya berjuang dan berjihad bagi menyelamatkan negara dan rakyat dalam Pru14 akan datang*.
Terima kasih Tok Guru,saya mendoakan moga Tok Guru *diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati serta diberkati Allah di dunia dan akhirat*.
Berkaitan: Mahfuz jawab isu bai'ah, letak jawatan

Sepatutnya dan terbaik ialah Hj Hadi mengucapkan terima kasih kepada Mahfuz atas sumbangannya dan jasanya selama ini dan teruskan ikatan silatulrahmi.
ReplyDeletePerjuangan tetap sama hanya mungkin bahtera yang berlainan.
Apa yang keluar dari mulut Hj Hadi adalah terjemahan dari hatinya. Perkataan ini sama tahapnya dengan perkataan "Jahanam PAN' oleh seorang pimpinan PAS yang disanjungi. Belum lagi perkataan yang penuh sumpah seranah.
Inilah masalah sikap (attitude problem) yang mungkin diadaptasi dari lingkungan dan percampuran 'surrounding'.
Adalah diharap jangan sekali-kali sikap ini diikuti oleh pimpinan lain.
Sikap ini mencermin keperibadian seseorang itu seterusnya terpalit dengan jemaah dan nama baik pimpinannya. Sekian Terima kasih. TQ, Ancient Mariner.
Bagus n lembutnya doa mahfuz utk hadi. Lihat doa hadi. Dia kata dah lama mati cuma lambat tanam. Ni lah doa hadi olarmak dunia kawan najib mo1. Anjing babi barua broker pengkhianat tu dah jf zikir n wirid hadi awe. Berkat dedak rm90juta. Hihi
ReplyDeleteKnyataan hj hadi terhadap yb mahfuz omar tuu telah melambangi kepribadian jelek dan kasar yg tak sepatut ada dlm jiwa seorang agamawan.dia sendiri yg telah menjahanamkan kewibawaanya
ReplyDeleteBiarkan lah dia terjun dgn labu2nya.