RoS nak perap pendaftaran PH berapa lama lagi, soal Tun Mahathir
By Arianna - 2018-01-16
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib. – Foto AsiaOne
Berapa lama lagi Pendaftar Pertubuhan (RoS) hendak perap pendaftaran Pakatan Harapan, tanya Dr Mahathir Mohamad hari ini.
“Kita masih belum dapat jawapan. Kita perlu mulakan kempen.
“Kita perlu ikut peraturan. Kita tak tahu apa masalahnya dengan permohonan kita,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di pejabat Bersatu di Petaling Jaya lapor The Malaysian Insight.
Menurut Dr Mahathir, RoS tidak memberikan apa-apa maklum balas sejak PH mengemukakan permohonan pendaftaran pada 24 Julai tahun lalu.
“Mereka tidak menjawab pertanyaan kami. Mereka juga tidak mengakui apabila kita menghantar peringatan (untuk bertanya mengenai permohonan),” kata Dr Mahathir.
Ketua pengarah RoS Surayati Ibrahim pada November sebelum ini dilaporkan berkata, pendaftaran belum selesai itu disebabkan beberapa isu dengan dua parti dalam pakatan pembangkang iaitu Bersatu dan DAP. Dua parti lagi adalah Amanah dan PKR.
Surayati berkata Bersatu masih belum mengadakan mesyuarat agung tahunan dan DAP belum menghantar laporan penuh pemilihan semula ahlli jawatankuasa pusatnya.
Ketika ditanya, Dr Mahathir enggan mendedahkan langkah yang akan diambil sekiranya pakatan itu gagal mendapatkan status sah sebelum pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang Ogos.
KLIK BACA: Soalan Tun M sambil candat sotong pun Hadi boleh jawab siapa calon PM PAS
KLIK BACA: Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

No comments:
Post a Comment