Shariffa Sabrina, cintanya jauh di hutan
Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 18 Jan 2018 11:00AM
Aktivis alam sekitar, Shariffa Sabrina Syed Akil berkata ada sesetengah pihak di negara ini menganggap hutan kita seperti mesin ATM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 Januari, 2018
AKTIVIS alam sekitar yang lantang, Shariffa Sabrina Syed Akil menyimpan seribu satu cerita sepanjang pengalamannya bergiat turun padang mempertahankan khazanah hutan daripada tangan-tangan rakus yang tamak dan tidak memikirkan masa depan.
Beliau pernah ditangkap, tuntutannya diabaikan pihak berkuasa, dan perlahan-lahan beliau dipencilkan oleh kawan-kawan dan dipinggirkan oleh ahli politik.
Sejak mendirikan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) pada 2010, Shariffa berjihad menentang pencerobohan ke atas hutan di Kelantan, Pahang, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
Tetapi ia perjuangan yang sangat sunyi, hanya disahut oleh segelintir orang yang betul-betul mengerti.
"Apabila kami berjumpa Jabatan Perhutanan, mereka selalu kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Apabila kami berjumpa kerajaan persekutuan, mereka kata hutan di bawah kerajaan negeri.
"Mereka buat kami macam bola ping pong," katanya kepada The Malaysian Insight.
Pada 2016, Shariffa Sabrina dan pembantunya, Norhayati Sharom jadi tajuk berita apabila mereka ditangkap dan ditahan reman kerana didakwa membuat kenyataan yang menghina Sultan Johor.
"Kami dihumban ke dalam lokap dan dilayan seperti penjenayah hanya kerana membangkitkan persoalan kenapa hutan simpan kekal terakhir di Mersing dikeluarkan dari gazet untuk ditanam kelapa sawit," katanya.
"Hutan kita macam mesin ATM untuk sesetengah orang. Mereka ingat membalak itu cara cepat untuk buat duit . Kalau hutan dah bersih, nak buat duit macam mana?"
"Dan apa yang dapat daripada pembalakan? Bolehkah buat rakyat kaya? (Kerajaan negeri) Pahang masih berhutang. Rakyat Kelantan masih miskin," katanya.
Sejak beberapa tahun, pemilik resort Tanah Aina di Pahang yang terkenal itu berkata beliau sudah jenuh mencuba menjual idea kepada kerajaan negeri untuk menggunakan pelancongan alam sebagai usaha pembangunan mapan.
Kejayaan Peka menghentikan aktiviti pembalakan di sekitar Bukit Fraser di Pahang tahun lalu merupakan antara pencapaian manis kumpulan aktivis itu dalam usahanya melindungi alam sekitar.
"Pelancongan ekologi ini mapan biar pun ia makan masa untuk dibangunkan. Kita juga sediakan peluang kerja jangka panjang kepada penduduk setempat sebagai pemandu pelancong dan kakitangan layanan," kata Shariffa Sabrina.
Beliau menyebut Taman Negara sebagai contoh pelancongan alam sekitar yang berjaya.
Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil berkata kuasa sebenar untuk mempertahankan hutan daripada terus dijarah terletak pada tangan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2018
Ditanya sama ada kawan-kawannya yang berpengaruh dan kaya-raya mendukung kempennya, Shariffa Sabrina menjawab tidak.
"Mereka cuma kata apa yang saya buat ini bagus. Titik. Tak lebih daripada itu."
Beliau menambah kuasa sebenar untuk mempertahankan hutan daripada terus dijarah terletak pada tangan rakyat.
"Satu-satunya jalan penyelesaian yang saya nampak ialah suara rakyat. Masyarakat, penduduk kampung mesti tampil dan membantah pemusnahan hutan dan kawasan hijau seperti (yang dilakukan penduduk Taman Tun Dr Ismail untuk) Bukit Kiara.
"Kalau kita sama-sama bersatu menentangnya, kerajaan akan fikir dua kali (sebelum menebang hutan," katanya.
Cef pastri bertauliah dan pelatih kecergasan ini berkata beliau mendapat semangat meneruskan perjuangan yang tidak popular ini daripada cintanya kepada khazanah hutan.
"Saya lihat dunia dari mata yang berbeza… Ibu bapa saya bercerai semasa umur saya empat tahun. Saya tidak pernah ada kasih sayang ibu. Ibu tinggalkan saya.
"Ada dua benda yang buat saya gembira (semasa kecil): bersukan dan berjalan di hutan.
"Apabila kita bersama alam, kita akan rasa tenang, damai dan gembira," kata anak Pulau Pinang ini.
"Hutan memberikan kita banyak manfaat. Kenapa kita hendak musnahkannya?" – 18 Januari, 2018.

Hi I am so excited I found your weblog, I really found you by
ReplyDeleteerror, while I was looking on Askjeeve for something else, Anyways I am here now and would just like to
say thank you for a incredible post and a all round enjoyable blog
(I also love the theme/design), I don't have time
to look over it all at the minute but I have saved it and also
added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the superb work.
Rakyat tetap miskin tp pemimpin rakus kaya raya, walau pun serban berat 5 kilo
ReplyDelete