SHAHBUDIN HUSIN - January 16, 2018 8:04 am
Apabila Pas menyasarkan untuk menang hanya 40 kerusi Parlimen saja dalam PRU14 akan datang, apa yang nyata parti itu benar-benar tidak mahu menjadi kerajaan.
Dengan jumlah kerusi Parlimen ada sebanyak 222, matlamat kemenangan cuma 40 menunjukkan Pas telah memperdaya para penyokongnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam melalui perjuangannya.
Sebaliknya, Pas hanya mahu menjadi “king maker” atau kuasa penentu yang sebenarnya belum pun tentu dapat dicapainya.
Barangkali hanya Pas satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang bertanding dalam pilihan raya hanya untuk menjadi “king maker” dan kemudian berharap dapat minta apa saja melalui kedudukan itu.
Itu pun jika kemenangan 40 kerusi yang dihajati dapat dicapai. Tetapi, bagaimana jika sasaran yang mahu digapai gagal dicapai?
Apa akan jadi kepada Pas selepas itu?
Apa pula alasan dan hujah Pas untuk terus mewajarkan perjuangannya?
Pas dalam keadaannya sekarang adalah parti Melayu Islam yang lebih kurang sama saja tarafnya dengan Umno, Bersatu atau AMANAH.
Di antara ketiga-tiga parti itu, Umno kini mempunyai 88 kerusi Parlimen dalam kawasan majoriti Melayu yang dimenanginya dalam PRU 2013 yang lalu.
Pas pula menang 21 kerusi Parlimen dalam PRU 2013 dan tujuh daripadanya sudah menyertai AMANAH dan PKR. Bermakna Pas hanya tinggal 14 kerusi Parlimen saja lagi sekarang ini.
Jika Pas mahu menang 40 kerusi, sasaran mereka tentunya ialah 88 kerusi yang sekarang dipegang oleh Umno.
Kerusi PKR, DAP atau Sabah dan Sarawak tidak relevan sama-sekali untuk ditawan oleh Pas.
Dengan Pas hanya ingin menjadi “king maker” dan dalam masa yang sama tidak berhasrat menjadi kerajaan, berapakah kerusi milik Umno yang dapat dirampasnya?
Bolehkah 20 atau 30 kerusi yang sekarang ditangan Umno dirampas oleh Pas?
Jika hanya satu atau dua kerusi Umno saja yang dapat ditawannya, bagaimana matlamat 40 itu mahu dicapai?
Dalam masa yang sama, oleh kerana Pas bermusuh dengan DAP dan orang Cina, parti itu bukan saja tidak lagi mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, malah beberapa kerusi pengundi campuran yang dimenanginya dulu juga pasti akan terlepas daripada genggaman.
Daripada 14 yang ada sekarang, berapa kerusi yang masih boleh dipertahankannya?
Adakah Bukit Gantang dan Temerloh misalnya, masih mampu dipertahankan oleh Pas?
Tolak campur bahagi darab, meskipun Pas tetap berdegar-degar dengan matlamat 40 kerusi, hakikatnya berapakah jumlah realistik yang mampu dimenangi Pas berdasarkan sikap dan pendirian parti itu sekarang ini?
Tidak mustahilkah akhirnya hanya 4 kerusi saja yang akan dimenangi Pas dalam PRU 14 akan datang?
Nak jadi apa Pas dengan 4 kerusi itu?

No comments:
Post a Comment