Wednesday, January 17, 2018

Komen ‘bukan Melayu tak lawan komunis’: Penjelasan oleh Ismail Mina Ahmad

Komen ‘bukan Melayu tak lawan komunis’ diambil luar konteks, kata ulama
Muzliza Mustafa · Diterbitkan pada 17 Jan 2018 7:20AM
Pengerusi Gabungan Pembela Ummah, Ismail Mina Ahmad menafikan kenyataannya merujuk kepada komunis, sebaliknya kumpulan Bintang Tiga. – Gambar The Malaysian Insight, 17 Januari, 2018

PENGERUSI Gabungan Pembela Ummah (Ummah) Ismail Mina Ahmad berkata komentarnya mengenai kaum bukan Melayu tidak melawan komunis adalah merujuk kepada episod tertentu beberapa minggu selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua apabila kumpulan Bintang Tiga melakukan pembunuhan untuk membalas dendam.

Ulama berusia 69 tahun itu berkata ucapannya pada "Konvensyen Perpaduan Ummah" pada hujung minggu diambil luar konteks.

Sejak ucapannya pada Ahad itu, beliau diselar oleh pelbagai pihak seperti persatuan bekas tentera, Persatuan Patriot Kebangsaan dan Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia yang mengatakan kenyataannya itu sebagai satu penyelewengan sejarah.

Beliau yang mengetuai kira-kira 300 organisasi masyarakat sivil Muslim mengatakan tidak pernah membuat kenyataan yang merujuk kepada komunis.

"Saya bercakap tentang Bintang Tiga. Adalah salah untuk menyamakan mereka dengan komunis kerana Bintang Tiga tidak pernah mengaku ia komunis. Mereka dirujuk sebagai Bintang Tiga berdasarkan simbol pada pakaian seragam dan topi mereka.

"Apa yang saya katakan ialah peristiwa dalam tempoh masa tertentu dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas Jepun dikalahkan. Bintang Tiga menyerang dan membunuh ramai orang Melayu. Pada masa itu, mereka menguasai beberapa daerah," katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau menafikan mengatakan hanya orang Melayu yang bertempur melawan Bintang Tiga.

Tetapi berkenaan pembunuhan itu, Ismail berkata fakta dan dokumen yang dbaca menunjukkan tiada bangsa lain yang berjuang bersama orang Melayu selepas Bintang Tiga mensasarkan penduduk Tanah Melayu yang disyaki berkolaborasi atau menjadi pengintip Jepun.

"Semuanya perlu diambil dalam konteks. Saya kata orang Melayu, sebagai peneroka asal Tanah Melayu, juga mempunyai peranan sebagai umat Islam untuk melindungi tanah mereka. Mereka adalah orang-orang yang berperang melawan Siam, Portugis, Jepun, Inggeris dan juga Bintang Tiga," kata Ismail.

Bintang Tiga terpisah daripada Parti Komunis Malaya (MCP) dan merupakan nama lain bagi Tentera Anti-Jepun Rakyat (MPAJA) Malaya, sebuah kumpulan yang disokong British dan MCP untuk memerangi Jepun pada awal 1940-an.

Selepas Jepun menyerah kalah dan sebelum British kembali pada 1945, MPAJA memburu mereka yang dipercayai bekerjasama dengan Jepun.

Ahli-ahli sejarah yang menulis tentang tempoh itu berkata kolaborasi ini biasanya dilakukan orang Melayu yang bekerja dengan orang Jepun sebagai anggota polis.

Ismail, yang menubuhkan sebuah sekolah tahfiz di Kedah, berkata bersedia disiasat kerana membuat kenyataan yang menyalahi undang-undang.

Aktivis Islam, yang merupakan seorang pemimpin pelajar di universiti ketika belajar dalam jurusan antropologi dan sosiologi di Universiti Malaya, enggan menjawab kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Mohamed Arshad Raji, seorang brigadier jeneral bersara, menyalahkannya kerana mneyeleweng sejarah dan menanamkan kebencian di kalangan kaum.

"Beliau merujuk kepada sesuatu yang saya tidak katakan dan beliau (mengulas berdasarkan) maklumat kedua. Beliau sepatutnya merujuk kepada teks saya sebelum menyerang. Saya melakukan penyelidikan dan pemeriksaan fakta sebelum berucap hari itu. Saya berharap beliau akan melakukan perkara yang sama," kata Ismail.

Arshad juga berkata Putrajaya perlu membetulkan fakta mengenai orang bukan Melayu yang berjuang untuk negara ini dan tidak membiarkan kumpulan Islam tertentu menyeleweng sejarah. – 17 Januari, 2018.

4 comments:

  1. tak abeh lagi cerita
    tm pun dah jadi bubur dah
    cina memang takut jepung menang
    depa suka britis lagi
    kalau cerita lawan britis ada jugak elok didengar
    ini tidak jadi khadam penjajah britis haram jadah tak sudah sudah
    ada yang kat tm tak pernah dijajah hnaya beritis tolong perintah
    apa punay bahalol nak bodek pun
    kalau tolong perintah apasai nak medeka kena bagi hak warganegara kat puak puak tu
    sejarah tm memang sedih dibaca
    tak ada pemimpin yang berani bekorban jiwa raga untuk halau britis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tidak setuju dengan ayat terakhir itu. Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Maharaja Lela dan Datuk Bahaman adalah diantara mereka yang berjuang mempertaruhkan nyawa menentang penjajah. Hanya UMNO sahaja yang tidak pernah walau hanya seorang ahlinya pun yang benar-benar menentang penjajah. UMNO hanya mengutip hasil daripada perjuangan penentang penjajah antaranya oleh PKMM, API, AWAS dan lain-lain malahan oleh PKM juga.

      Delete
  2. Msia dah merdeks 50taun yg lalu dan sdang mnuju negara maju. Knape pulak ttiba dia buat knyataan utk sbut kisah silam. Hj nii patut sebut hal2 islam serta mesjid2 yg kosong dlm negara msia nii. Apa dua dapat upah ker utk cakap pasal komunis dan bintng3 nii..

    ReplyDelete
  3. Sekarang dia pusing cakap dengan mengatakan menentang "Bintang Tiga" yang asal drpd MPAJA.
    Mungkin dia lupa, Bintang 3 terpengruh dengan faan komunis. Di Pulau Pinang dan Taiping contohnya, kebanyakan cina adalah penyokong Dr Sun Yat Sen malah negarawan Tun HS Lee adalah slah seorang drpd mereka. Mereka ini menentang Bintang 3 sebagai mana pekerja-pekerja estet kepunyaan British yg terdiri drpd bangsa Cina dan India.,
    Jangan menegakkan benang basah kalau kamu tersilap. Walaupun kamu menuntut bidang anthropologi, tapi adakah kamu membuat kajian terperinci mengenainya. Dah terljak cakap, mohonlah maaf. Tak luakpun. Tapi kesombongan itu yg menjadikan kamu terhina dgn sttutus yg kamu akui selama ini....

    ReplyDelete