Thursday, July 20, 2017

Terdesak lawan Tun Dr Mahathir: Guna RCI forex menjelang PRU14

Najib terdesak guna RCI forex lawan Tun Dr Mahathir menjelang PRU14
Pada 19 Julai 2017
PUTRAJAYA, 19 JUL: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara hanyalah alat yang digunakan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menentang ‘bos’ lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tempoh tiga bulan yang diberikan kepada RCI untuk melengkapkan siasatannya memperkuatkan lagi dakwaan bahawa ia sememangnya direka Najib untuk menghadapi Tun Mahathir dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ini akan menjadi satu lagi penyalahgunaan kuasa jijik oleh Najib, kabinetnya, dan Peguam Negaranya apabila menubuhkan RCI berhubung skandal forex yang berlaku suku abad lalu tetapi tidak pula menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal kewangan terbesar.

“Apa yang Najib dan Kabinetnya sepatutnya lakukan adalah menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal 1MDB dengan tempoh masa yang sama seperti RCI ke atas skandal forex iaitu dalam tempoh tiga bulan!” tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan, hari ini.

Penubuhan RCI bagi menyiasat skandal forex yang berlaku pada tahun 90-an itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V seperti dilaporkan media semalam.

Kit Siang dalam kenyataan sebelum ini menjangkakan Najib akan membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU14 selepas selesai membuat pembentangan Bajet 2018 pada Oktober akan datang.

Dalam pada itu, mengulas perkembangan lain, Kit Siang berkata, jika Tan Sri Mohamad Apandi Ali benar-benar takutkan tuhan, beliau tidak akan menjadi Peguam Negara untuk sebuah negara yang digelar sebagai kleptokrasi global berikutan skandal 1MDB.

Apandi ketika diminta mengulas mengenai hasrat Tun Mahathir untuk menyoal mengenai tindakannya yang didakwa menyembunyikan bukti jenayah membabitkan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkata: “Saya tidak takut sesiapa pun termasuk Dr Mahathir. Saya tidak tahu mana-mana orang, tetapi saya takut Allah.” –  sumber

* Ini pula bagi pihak Anwar: link Saya takkan diperalatkan RCI forex, kata Anwar

No comments:

Post a Comment