Wednesday, July 26, 2017

Benarkah India Johor berubah?

Kaum India di Johor tunjuk sambutan luar biasa kepada PH
25 Julai 2017 | AMNI JAGAT
Majlis makan malam bersama masyarakat India

Kebangkitan kaum India di negeri Johor mulai dilihat dengan sambutan luar biasa dalam program majlis makan malam dan dialog pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Biro Kaum India Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Jeevan Supramaniam, 46, sambutan luar biasa kaum india di negeri Johor kali ini adalah suatu tsunami baru yang melanda negeri itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa kaum India adalah pengundi tegar BN.

Menurut beliau lagi, program makan malam yang dianjurkan itu juga adalah berkaitan dengan cadangan manifesto kaum India terhadap Pakatan Harapan (PH) yang membabitkan sektor pendidikan serta kos sara hidup masyarakat India.

“Malam ini telah memperlihatkan pada kita sebuah kehadiran yang luar biasa oleh kaum India yang bersemangat dalam bersama-sama dengan gelombang PH yang kian memuncak dan ia telah menafikan kenyataan yang mana telah dikatakan kaum india sebagai pengundi tegar Barisan Nasional.

“Makan malam yang dianjurkan ini juga adalah berkenaan dengan cadangan manifesto kaum india terhadap PH yang bakal memerintah di negeri Johor serta Malaysia yang melibatkan sektor pendidikan dan berkenaan kos sara hidup yang terhimpit oleh masyarakat atau kaum india,” kata Jeevan ketika ditemui Malaysia Dateline.

Selain itu, Jeevan juga berpandangan, pendidikan untuk kaum india perlu dipertingkatkan dengan mewujudkan mata pelajaran yang berasaskan pendidikan moral atau akhlak yang baik seperti yang diajarkan oleh kitab falsafah 'Tirukkal'.

Berkaitan kos sara hidup pula, apa yang dicadangkan oleh kaum India terhadap kehidupan mereka adalah berkenaan dengan menaik taraf pengusahaan orang India seperti isu ternakan lembu, tenusu dan daging lembu ke peringkat yang lebih jauh lagi seperti antarabangsa.

“Kita ingin melihat kaum India hari ini terdidik dengan nilai murni dan moral yang mempunyai akhlak yang baik. Justeru kami kaum India mencadangkan supaya dijadikan pendidikan Tirukkural sebagai mata pelajaran dalam sekolah-sekolah india agar anak-anak kami dapat mengenal erti atau nilai baik itu sejak dari kecil lagi.

“Selain pendidikan, kos sara hidup yang menekan khususnya orang India hari ini di Malaysia adalah menjadi faktor yang tinggi mengapa cadangan manifesto ini diadakan dan kami mencadangkan pengusahaan orang India seperti ternakan lembu, tenusu dan daging dikhususkan kepada kaum india serta dinaikkan tarafnya sehingga ke peringkat yang lebih jauh yakni antarabangsa,” katanya.

Program makan malam itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad, Adun DAP Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim serta Timbalan Pengerusi PKR Ronny Murugan dan beberapan pimpinan parti komponen PH yang lain.

India ni pula komen dan persoal Dr. Mahathir:
* Alih-alih Kit Siang lagi yang kena

Kenapa Tun M hanya 'serang' Melayu?: Ramesh
MUHAMMAD AFHAM RAMLI 25 JULAI 2017
Edmund menerima jambangan bunga daripada Ramesh (kiri) sebagai tanda 'tahniah' kepada Kit Siang. - Foto Sinar Online

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa dipengaruhi Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyerang pemimpin Melayu.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, hal in membuktikan Kit Siang seorang pemimpin berpengaruh dan memiliki kehebatan luar biasa untuk menghasut golongan majoriti.

"Kita dah nampak, Mahathir cuma serang Melayu, tidak serang India, Cina. Kenapa?

"Jadi beliau (Tun M) ikut telunjuk Kit Siang," katanya ketika ditemui bersama beberapa bekas ahli DAP di luar pekarangan Parlimen, hari ini.Sebelum itu, bekas ahli dan penyokong DAP menghantar bunga kepada Kit Siang sebagai tanda 'tahniah' di atas kejayaan parti itu yang didakwa memecahbelahkan Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, keadaan bertukar kecoh selepas salah seorang wakil DAP, Edmund Teoh Kheng Yaik enggan menerima hasrat kumpulan itu.

Namun, pertemuan dengan wakil DAP terbabit reda selepas beliau menerima jambangan bunga itu.

Sementara itu, Ramesh turut mendakwa Kit Siang berjaya melaksanakan Deklarasi Setapak 1967 dengan menggariskan prinsip perjuangannya yang mengimpikan Malaysia milik kita bersama.

Menurutnya, dalam mesyuarat itu, didakwa DAP membincangkan untuk memecahkan perpaduan Melayu dan hasut Melayu.

"Hari ini kita lihat Mahathir mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita nak ucap 'tahniah' pada Lim Kit Siang," katanya.

* Seronok juga baca bila ada penjilat dan ada yang menyerang cuma yang berbeza antara mereka adalah 'minda'

No comments:

Post a Comment