Tuesday, July 25, 2017

Memang kelihatan takut dan terdesak pun!

'Serang Anwar-Mahathir bukti Umno ketakutan'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  -  25 JULAI 2017
Mahathir sokong Anwar jadi PM

SHAH ALAM - Serangan berterusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohammad membuktikan Umno-BN dalam ketakutan," ujar Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, berhubung isu itu, Nik Nazmi berkata, persefahaman yang dicapai oleh Pakatan Harapan menerusi gandingan Anwar dan Mahathir melambangkan komitmen mereka untuk menyelamatkan Malaysia dan memberi harapan baru kepada negara.

"Ketika rakyat dibebankan dengan ekonomi yang bermasalah, institusi-institusi negara punah dan rasuah berleluasa, penyatuan ini amat bermakna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sejarah membuktikan perubahan baru dicapai apabila tokoh-tokoh negara meletakkan perbezaan ke tepi dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Kita tidak boleh menolak sesiapa yang sanggup menerima agenda reformasi dan perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat," katanya lagi.

Justeru, ujarnya, yang pastinya, obsesi Khairy terhadap Anwar- Mahathir menunjukkan beliau dan rakan-rakan pemimpin Umno-BN berada dalam ketakutan.

"Mereka takut kerana tahu rekonsiliasi selepas hampir dua dekad ini akan menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Katanya lagi, jika gandingan Anwar-Mahathir memberi harapan kepada negara, Datuk Seri Najib Razak dan orang kanannya yang paling setia, Khairy pula melambangkan kerosakan yang dialami negara dan beban yang ditanggung oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment